Tuesday 27 January 2015

CREAM CARAMEL











CREAM CARAMEL




Pertama kali merasa cream caramel semasa bekerja di hotel dulu..
Sedaplah sangat chef dekat situ buat...
Cuba belajar..
Guna resepi  mat saleh yang versi bakar
Guna krim bukan susu cair
Tak berapa kena dengan selera..
Bila dah kerja di bank..
Ada seorang kawan
Anis namanya...ibunya pandai buat cream caramel
Mintak resepi dengannya
Guna susu pekat manis semua...
Pun sedap juga tapi terlalu manis pulak...
Ibu suka yang kurang manis dan licin..
Tak mau yang isinya mengerutu...
Berbelas tahun...mencuba beratus resepi..
Kekadang dah dapat yang sesuai tapi ibu hilangkan pulak resepinya..
Kekadang ibu main campak2 jer...
Jadi sedap dan cantik...
Dah tak tau pulak sukatannya ...
Memang selalu buat cream caramel ni...semua rakyat jelata dikerajaan ibu menyukainya..
Kalau buat sebiji memang sekali makan jer...
Tapi...
Entah kenapa...ibu jarang ambil gambar cream caramel ni...
Sampai nak letak kat sini pun tak ada gambar yang elok
Kalau ada tetamu...ini juga menu dessert yang ibu suka sediakan..
Sebab mudah dan cepat...
Ibu titipkan resepinya disini..
Boleh cuba kalau suka...





UNTUK KESAYANGAN YANG MENINGKAT USIANYA



Cream Caramel
Resepi : Aniza Little Kitchen

Loyang 8 inci atau 12 mould kecil
Anggaran 900 ml cecair

Bahan A
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/2 cawan air
4 biji telur gred A
1/4 sudu teh vanila essen

Bahan B
Gula hangus
1/2 cawan gula
1/4 cawan air

Sediakan gula hangus dengan mecampurkan gula dan air dan masakkan dengan api perlahan hingga gula mencair dan bertukar perang
Alihkan dengan segera kedalam loyang atau mould

Untuk menyediakan adunan cream caramel campurkan semuanya dan kacau perlahan- lahan hingga gula hancur. Tapiskan  dua kali untuk mengelakkan bau hanyir telur
Curahkan kedalam gula hangus yang sudah mengeras
Kukus anggaran 30 minit atau lebih dengan api yang sederhana
Sejukka dahulu sebelum dikeluarkan dari bekas atau dihidangkan


Tip ibu:
Boleh digantikan susu cair dengan susu segar
Sediakan terus gula didalam bekas yang akan digunakan untuk mengukus untuk memudahkan proses
Boleh ditambah satu sudu besar tepung custard untuk warna yang sedikit kekuningan

Cadangan hidangan:
Sesuai dihidangkan sejuk
Boleh ditambah buah-buahan campuran semasa menghidang

CUCUQ UDANG KAMI






CUCUQ UDANG



Menu kegemaran keluarga ibu sepanjang masa
Tak kira lah  di cicah sos cili atau kari ataupun sambal tumis semua sedap belaka...
Buatlah waktu bila pun..
Tak pernah tak habis...
Untuk sarapan pagi pun boleh..
Untuk minum petang pun sesuai
Untuk kudapan malam ketika menonton televisen pun ok..
Senang cerita sesuai untuk semua acaralah...
Tapi cucuq sedap dimakan panas - panas
Ketika masih rangup dan lembut
Cucuq udang ibu ada bermacam version..
Ada yang leper dan rangup
Ada yang gemuk dan lembut dan
Ada yang comey -comey rangup diluar dan lembut didalam...
Kalau ada lebihan sambal nasi lemak pun sedap
Kalau ada lebihan kari malamnya pun enak sangat
Kuah masak lemak cilipadi pun boleh
Paling anak dan En.Suami suka kalau di cicah kuah kacang
Itu cara orang kedah makan cucuq
Cucuq udang yang rangup dan leper
Menduduki carta nombor satu dirumah kami...
Ibu titipkan resepinya disini
Boleh cuba kalau suka...





SESUAI UNTUK SETIAP MASA


Cucuq Udang Rangup
Resepi : Aniza Little Kitchen

Bahan- bahannya:
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung beras
1 cawan taugeh
1/2 cawan udang putih yang halus
1/2 cawan kucai dihiris
1 labu bawang besar dihiris
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh perasa ikan bilis kalau suka
1 3/4 cawan air bergantung pada kelembutan kuih, kalau kurang boleh tambah

Campurkan semua bahan, gaul sebati, adunan sepatutnya agak lembut, panaskan kuali...simbahkan sedikit minyak ditepi kuali dan letakkan adunan cucur ditepi2 kuali tadi sambil leper-leperkan sedikit, bila agak kering tolakkan perlahan2 kedalam minyak dan goreng hingga garing...






DIHIDANGKAN BERSAMA SOS CILI DAM MAYO



Tip ibu:
Untuk mendapatkan cucur yang gemuk, tambahkan 1/4 sudu teh soda bikarbonat kedalam adunan tp adunan mesti lah sedikit keras untuk mengelakkan cucur berminyak semasa mengoreng...goreng seperti biasa...
Untuk mendapatkan cucur yang comey, rangup diluar tp lembut didalam ..tepung hendaklah dibancuh dengan secawan air panas baru diletakkan bahan lain dan ditambah air biasa. Goreng seperti biasa.

Cadangan hidangan:
Enak dimakan bersama gulai,sambal tumis atau sos cili
Enak juga di sajikan bersama sos cili yang diletakkan sedikit mayonise
Sedap sangat dihidangkan bersama kuah kacang

Monday 26 January 2015

KUIH BAKAR LABU










KUIH BAKAR LABU





Kuih Bakar
Semasa membesar di kedah waktu kecik-kecik
Ibu tak pernah jumpa kuih bakar
Apatah lagi baulu kemboja
Apa yang pernah ibu makan ialah kuih bengkang atau bingka
Masak dalam periuk
Bakar guna sabut dan tempurung kelapa
Lemak bersari
Sebab santan dari kelapa cukup tua dari tepi rumah
Yang gugur sendiri tanpa perlu dikait...
Tak lama lepas tu
Mak beli periuk yang ada lubang kat tengahnya
Macam acuan chiffon cake tu..
Tapi ada penutup dan pelapik
Mak bakar guna dapur gas
Tapikan ibu lebih suka bengkang yang dimasak guna dapur kayu
Yang guna sabut dan tempurung kelapa
Lebih wangi dan harum
Ada kerak disekeliling bengkang
Sebab ibu suka kerak tu...
Hari ni ibu nak kongsi resepi kuih bakar labu atau kentang
Kedua-duanya sedap belaka..
Ibu letakkan resepinya disini
Boleh cuba kalau suka...






HIDANGKAN BERSAMA SECAWAN TEH KOSONG....





KUEH BAKAR LABU/KENTANG
Resepi : Aniza Little Kitchen

Bahan
250 gram kentang atau labu ( setengah biji labu yg kecil)
180 gram gula pasir ( 3/4 cawan)
150 gms tepung gandum (3/4 cawan)
250 ml santan (1cawan) ataupun 1/2 cwn santan dan 1/2 cwn susu cair
1 sudu besar minyak sapi
4 biji telur
1/2 sudu teh garam


Kentang/ labu direbus dan sejukkan
Blend kesemua bahan2 termasuk kentang/labu tadi
Panaskan acuan  kuih baulu/kuih bakar/loyang yg disapu mentega/minyak sapi
Kalau menggunakan acuan baulu kemboja hendaklah  dipanaskan dulu acuan yang siap disapukan minyak sapi atau mentega.
Bakar anggaran 45 minit dengan suhu 180c mengikut kesusuaian oven masing2.




MEMANG TAK CUKUP KALAU DUA POTONG NI...



Tip ibu:

Boleh digantikan labu dengan ubu keledek
Lagi sedap kalau ada durian
Lebihkan telur untuk rasa yang lebih enak dan lembut

Cadangan hidangan:
Sesuai dimakan bila dah sejuk
Amat sesuai untuk hidangan minum petang
Sesuai juga untuk sarapan



AISKRIM BUAT SENDIRI













AISKRIM COKLAT







Sebut saja aiskrim semua kanak- kanak tersenyum lebar
Orang tua pun suka , remaja pun suka
Masa kecik dulu ibu suka makan ais kepal
Sebab kampung ibu belum ada letrik
Jadi takdak peti ais
Ada lori datang hantar ais blok
Tuan kedai simpan dalam sekam padi
Bila nak guna, baru keluarkan basuh dan mesin
Curahkan dengan air gula merah dan sirap daun pandan
Boleh juga minta tambah susu pekat manis
Tapi kena tambah lima duit ( lima sen) extra
Sedapnya tak tau nak habaq
Bila dah ada letrik
Rumah ibu masih juga belum ada petiais
Tapi maksu ibu ada
Tiap -tiap hari tolong maksu bungkus air kosong dalam plastik
Nak buat air batu dan dijual dengan harga sekupang (10sen )
Tolong jugak  maksu buat aiskrim Malaysia
Macam- macam perasa
Sirap, jagung, milo asam boi...
Jadi dapatlah upah sebatang aiskrim Malaysia
Seronok tak terkata dah...
Dapat jimat duit belanja sekupang sehari
Dapat aiskrim free
Ada juga seorang apek datang kampung naik motor
Jual aiskrim...tapi ibu dan kawan-kawan jarang beli
Sebab mak bapak dah pesan
Tak boleh beli makanan yang dah siap dimakan dengan orang bukan islam
Takut dia makan makanan haram
Katanya lah...
Kami ikut saja sebab takut sangat berdosa...takut terlekat najis kat tangannnya
Budak - budak kan....naïf sangat..
Sekarang kalau anak-anak dan En. Suami nak makan aiskrim
Ibu buat sendiri jer...
Lagi sedap dan berkhasiat dan yang paling penting
Halal dan suci...
Ibu letakkan resepinya disini...
Boleh cuba kalau suka...






AISKRIM BLUEBERRY





Homemade Blueberry Icecream
Resepi by: Aniza Little Kitchen

Bahan A
1/2 tin susu pekat manis
3 cawan susu segar
1 cawan fresh cream
2 sudu teh ovalette
2 sudu kecil Vanila Essen

Bahan B
1/4 cawan blueberry filing

Putar semuanya menggunakan mixer dengan kelajuan perlahan
Agak2 kental tukarkan pada kelajuan sederhana  hingga adunan kental
Bahagikan kebeberapa bahagian dan masukkan perasa yang disukai
Boleh juga dimasukkan buah- buahan atau puree
Masukkan kedalam bekas dan sejukkan

Tip ibu:
Boleh gunakan susu cair menggantikan susu segar
Boleh diolah dengan pelbagai perisa yang lain


Cadangan hidangan:
Enak dimakan sejuk
Hidangkan bersama buah-buahan segar
Sesuai dihidangkan bersama blueberry compote

KUIH BADAK BERENDAM










BADAK BERENDAM




Tak ingat bila mula masak kuih badak yang suka berendam ni...
Kuih badak yang suka berenang dalam minyak tu pun sedap juga
Kegemaran bapak tu...
Kuih badak yang suka berendam ni kegemaran mak...
Sebab lebih kurang sama dengan tepung bungkuih
Mak memang suka tepung bungkuih
Dan memang pakar buat tepung bungkuih
Ramai orang buat kuih ini, intinya kelapa
Mak dulu kalau buat inti kacang hijau..
Anak mak buat inti kacang merah...
Sebab ada lebih inti buat kuih pau hari tu..
Simpan kat tempat sejuk beku...
Bila nak digunakan...keluarkan sekejap dah boleh digunakan untuk pelbagai menu lain
Buat pun sikit jer...
Sebab yang nak makan cuma tiga orang
Kegemaran anak solehah Sara Hanum jugak ni...
Janji jangan inti kelapa..
Sara Hanum tak minat kuih yang berintikan kelapa tapi pelik kalau kuih koci suka pulak...
Dulu kalau buat kuih ni, warna putih jer..
Suci dan murni gitu...
Kena buat acuan daun pisang
Macam kuih tepung pelita tu...
Muat dalam dua biji isinya
Lebih wangi dan harum baunya...
Kali ni ibu letak warna dan air daun pandan sikit
Nak bagi ceria dan meriah...
Bila bergambar nampak lawa sikit...
Ibu titipkan resepinya disini
Boleh cuba kalau suka...





SESUAI UNTUK MINUM PETANG


KUIH BADAK BERENDAM
Diolah Oleh : Aniza Little KItchen

Bahan kulit
I cawan tepung pulut
1 sudu besar tepung gandum
3/4 cawan air bergantung jenis tepung
Sedikit Essen pandan
 Sedikit garam
Seperiuk air mendidih untuk merebus



Inti Kacang merah
500 gm kacang merah
1 1/2 cawan gula pasir
1 keping gula melaka
1 helai daun pandan
1/2 cawan minyak masak
Cara-cara
Kacang merah di rebus sehingga empuk dan lembut
Boleh gunakan pressure cooker
Masukan gula pasir, gula melaka, minyak masak dan daun pandan. Masak lagi sehingga pekat
Sejukkan

Kuah Santan
2 cawan santan pekat
1 sudu besar tepung jagung
Sedikit garam
Sehelai daun pandan

Masakkan semuanya dengan api perlahan hingga pekat, kalau terlampau pekat boleh tambah sedikit lagi air.


Campurkan semua bahan kulit hingga menjadi doh yang lembut
Ambil anggaran sebesar ibu jari masukkan inti.
Bulat-bulatkan dan rebus didalam air mendidih
Bila kuih terapung terus diangkat dan toskan
Masukkan terus kedalam kuah santan
Sedia dihidangkan...





LEMAK BERKRIM



Tip ibu:
Boleh digantikan dengan inti kelapa
Boleh juga digantikan dengan inti kacang hijau
Boleh guna santan sawit atau santan kotak

Cadangan hidangan:
Enak dimakan begitu sahaja
Letakkan beberapa kiub ais dan buah nangka yang dihiris halus untuk rasa yang berlainan
Boleh juga dihidangkan bersama jagung berkrim




Friday 23 January 2015

KETAM TELUR ASIN








KETAM TELUR ASIN




Kampung En.Suami memang berdekatan dengan pengkalan nelayan
Disana ada pasar basah yang mewah dengan makanan laut dan kerangan
Bila balik kampung En.Suami, pagi-pagi lagi ibu dah ke pasar
Borong macam- macam untuk menu makan tengahari
Harganya taklah murah sangat tapi memang sangat segar
Hasil baru dari laut
Kebetulan En.Suami ada tugasan berdekatan daerahnya
Ibu titipkan bekas ais
Bersama pesanan...
Malamnya En.Suami pulang penuh muatan
Ada ketam, sotong, kerang, lala dan pepahat
Nasib baik tak beli ikan...
Kalau tidak memang tak muat freezer ibu yang memang dah sendat
Berhari- hari menjamu selera dengan makanan laut
Alhamdulillah kami sihat tak terkena gaut...
Yang special macam ketam ni...
Ibu tunggu semua anak pulang
Biar semua dapat merasa
Kalau tidak..
Tak tertelan rasanya
Menu istimewa ini kegemaran semua
Tak kira tua muda
Seronoknya tengok semuanya berselera
Ibu titipkan resepinya disini
Boleh cuba kalau suka






KENA BERSABAR BANYAK NAK MAKAN MENU NI




KETAM TELUR ASIN

4 biji telur asin ~ direbus, korek isinya dan hancurkan
4 ekor ketam
4 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh kunyit serbuk
sedikit garam
Minyak untuk mengoreng terendam

3 ulas bawang putih ~ dicincang
6 biji cili padi ~ di hiris
4 helai daun kari

2 sudu besar mentega
4 sudu besar susu cair

Ketam dibersihkan dan dikukus hingga masak
Satukan tepung jagung, serbuk kunyit dan garam, gaul rata
Salutkan ketam dengan bancuhan tepung jagung dan goreng secara terendam dalam minyak sehingga ketam kuning keemasan
Angkat dan toskan

Dalam kuali berasingan panaskan mentega
Tumiskan bawang putih,  cili padi yang diketuk dan daun kari hingga harum
Kemudian masukkan telur asin yang di lenyek tadi bersama susu cair
Gaul dan masak hingga rata
Masukkan ketam dan gaul rata hingga ia menyalut keseluruhan ketam
Angkat dan sedia dihidangkan segera.

LAKSA ORANG KEDAH









LAKSA KEDAH




Sejak dari kecil inilah makanan kegemaran ibu...
Bukan sahaja ibu tapi bapak, emak dan kakak pun amat gemar dengan laksa kedah ni...
Mengimbau kenangan dulu...
Kami buat sendiri laksa beras ..
Bermula dengan merendam beras
Menumbuk menggunakan lesung tangan dan kaki
Mengayaknya menjadi tepung..
Buat secara gotong royong
Dalam sepuluh keluarga..
Malamnya proses menekan dan merebus laksa
Para kaum bapak yang buat ni..
Kaum ibu pula membuat kuahnya
Guna ikan temengnung segar dari laut di hujung kampung
Kami anak-anak kecil bermain bersama-sama
Main sembunyi-sembunyi
Masa tu kampung ibu belum ada elektrik
Tuan rumah pasang lampu gasolin..
Guna minyak tanah sebagai sumber tenaga
Terang benderang macam buat kenduri
Seronok sungguh masa tu
Kami makan laksa ramai-ramai
Ulamannya pucuk selom dan timun serta bawang
Tak perlu letak limau
Sebab kuah laksa secukup rasa...
Indahnya zaman tu..
Bila ibu berpindah..
Semua itu jadi kenangan
Tapi laksa tetap kegemaran kami sekeluarga
Dan kami beli saja laksa kering
Tak buat lagi laksa beras basah tu
Apapun kami gembira menikmatinya bersama-sama
Ibu titipkan resepinya disini
Boleh cuba kalau suka







THE BEST LAKSA IN TOWN




Laksa Kedah

Bahan A
I bungkus laksa kering-dimasak ikut arahan pada bungkusan

Bahan B
5 ekor ikan pelaling
5 ekor ikan selayang
5 keping asam gelugor
 Sedikit garam

Bahan C
Dikisar halus
10 biji cili kering-rendam air panas
10 biji cilipadi
1 biji bawang besar - yang sederhana besar
1 inci belacan bakar- sebesar ibu jari tangan orang kurus

Bahan D
Secekak daun kesum
2 kuntum bunga kantan
5 keping asam gelugur
Air secukupnya
Garam secukup rasa

Bahan E
Ulaman dihiris dan dimayang
Daun selom
Pucuk gajus
Timun
Cilipadi
Bawang besar
Telur rebus

Rebus bahan B dengan sedikit air hingga masak
Simpan air rebusan dan asam gelugur untuk digunakan kemudian
Asingkan isi ikan dari tulang, kisar berasingan
Tapiskan  kisaran yang bahagian tulang
Airnya digunakan untuk mengisar isi ikan
Masukkan kedalam periuk air rebusan dan asam gelugur tadi
Masukkan bahan C, biarkan hingga mendidih sekejap
Tambahkan air hingga mendapat kepekatan yang disukai
Masukkan bahan D, masak anggaran 30 minit
Siap dihidangkan bersama bahan A dan bahan E

Tip ibu:
Boleh gunakan ikan kembung tapi ikan pelaling dan selayang lebih sedap dan manis
Ada yang tumis bahan kisar yang ditambah sedikit udang geragau
Kepekatan kuah bergantung kepada selera masing-masing
Ulaman juga boleh di pelbagai mengikut kesukaan

Cadangan hidangan:
Sedap dihidangkan panas
Boleh ditambah limau semasa menghidang
Boleh digantikan telur rebus dengan telur burung puyuh
Boleh ditambah petis semasa menghidang