Baulu kemboja Hajah Safiah
Hajah Safiah aruah Mak mertua kesayangan kami
Ibu kepada En.Suami kami yang terchenta
Baulu kemboja memang terkenal dikampung En.Suami di Kuala Selangor
Nama kampungnya...Kampung Permatang
Selama kami berkahwin tidak pernah sekalipun keluarga kami di Kuala Selangor memasak kuih ni
Selalunya kami order jer dengan Kak Tam yang tinggal dikampung berdekatan
Baulunya masyaAllah tabarakallah terlalu sedap
Lembut dan lemak berkrim
Baulu kemboja yang sedap mestilah cukup rasa lemaknya
Adakalanya keluarga kami akan order sampai seratus biji baulu dari Kak Tam
Maklumlah keluarga kami ramai
Pada suatu hari semasa aruah Mak masih ada lagi
Semasa aruah Mak berkunjung kerumah kami
Leka bercerita, kami tanyakan resepi baulu kemboja ni
Aruah Mak berikan resepi beserta cara membuatnya
Kami mencuba beberapa kali guna resepi aruah Mak
Kuih kami sedap tapi terlalu lembut
Kami tak putus asa ....
Cuba lagi beberapa kali...
Olah disana sini...
Sepotong kuih yang sangat enak dan lembut
Akhirnya kami dapat resepi yang kami suka
Itupun selepas dapat persetujuan dari anak solehah dan En.Suami
Katanya kuih kami dah hampir sangat sama dengan baulu kemboja Kak Tam
Alhamdulillah.....
Syukur Ya Allah...
Oleh itu kami titipkan resepinya....
Boleh cuba kalau suka....
Kami suka baulu kemboja yang extra garing....keraknya yang paling sedap
BAULU KEMBOJA HAJAH SAFIAH
Resepi : Aniza Saidin ( Aniza little kitchen )
Menghasilkan 1 liter adunan
Bahan A
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula pasir - boleh kurangkan jika tak suka manis
1 1/2 cawan telur - anggaran 5 biji telur gred A
2 cawan santan pekat - perahan dari sebiji kelapa
1 sudu besar tepung beras
1/2 sudu kecil garam
2 helai daun pandan - dicarik- carik
Bahan B
Dimesin dan ditapis
5 helai daun pandan
5 helai pandan serani
1 cawan air
Bahan C
2 sudu besar minyak sapi
bijan secukupnya - kalau suka
Panaskan oven pada suhu 200'C.
Sediakan 4 atau 3 biji acuan bahulu kemboja mengikut saiz
Ramaskan perlahan-lahan gula, telur, garam bersama daun pandan hingga larut.
Masukkan santan dan air daun pandan, kacau rata
Tapiskan adunan supaya tepung tidak bergentel
Panaskan acuan yang telah dioleskan dengan minyak sapi diatas dapur hingga cukup panas
Tuang adunan ke dalam acuan dan taburkan bijan kalau suka
Bakar selama 45 minit hingga 1 jam hingga perang dan berkerak
Sejukkan sebentar sebelum dikeluarkan dari acuan
Hidangkan bila kuih agak sejuk
Satu adunan dapatlah 4 biji baulu kemboja saiz camni
Tip kami:
Kali ni kami guna satu cawan santan sawit dicampurkan 1 cawan air
Boleh juga gunakan 1 kotak santan Kara yang dicampurkan 1 cawan air
No comments:
Post a Comment