Wednesday 29 June 2016

DENDENG BALADO PADANG




Menu Ramadhan ke 3







   Dendeng Balado Padang 




Kami penggemar masakan Padang 
Dari gulai, sambal hijau hingga ke dendeng
Semua kami suka
Dulu kami masak dendeng ikut selera sendiri je
Belajar dari majalah 
Tapi tiga tahun lepas kami berpeluang ke Jakarta dan Bandung
Barulah dapat merasa the real masakan Padang
Dari tempat asalnya...
Selepas kami jumpa resepi yang satu ni...
Kami cukup suka dengan rasanya
Dendeng tersedap pada deria rasa kami 
Seluruh keluarga pun sangat gemar
Sepinggan sekali makan dah licin
Siap ada yang meratah lagi
Resepi yang sedap haruslah dikongsi bersama...
Dengan itu...
Bersama ini kami titipkan resepinya...
Boleh cuba kalau suka...







   Pedas, rangup diluar tapi lembut didalamnya





DENDENG BALADO PADANG 
Resepi : Aniza Saidin (Aniza little kitchen)

Bahan A
1 kg daging bahagian tenderloin - dipotong 3
6 ulas bawang putih - diketuk
3 biji bawang merah - dihiris
3 biji buah pelaga
1 sudu teh lada sulah
Air untuk merebus

Bahan B
Ditumbuk halus
3 biji bawang merah
1 sudu teh lada sulah
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu besar gula pasir
1 sudu teh garam
Air untuk rendamam 

 
Bahan C
Ditumbuk kasar
4 biji cili merah
6 biji cili kering
4 biji cilipadi
8 biji bawang merah- dihiris nipis
6 sudu minyak untuk menumis

Bahan D
1 sudu makan asam jawa- diperah dengan 4 sudu besar air
3 helai daun limau purut
1 sudu teh garam

Rebus Bahan A bersama hingga daging empuk
Angkat dan potong nipis daging, ketuk daging dengan menggunakan lesung batu hingga meleper 
Campurkan semua Bahan B dan masukkan air didalam bekas yang agak besar
Masukkan hirisan daging kedalam campuran Bahan B tadi
Rendamkan anggaran 1 jam, pastikan semua daging tadi terendam 
Toskan daging dan goreng dengan sedikit minyak hingga daging agak garing
Didalam kuali yang berlainan, panaskan minyak dan tumiskan bawang merah
Biarkan hingga agak garing baru dimasukkan semua cili yang sudah ditumbuk kasar
Masak hingga cili agak garing barulah dimasukkan Bahan D
Akhir sekali masukkan daging yang sudah digoreng tadi
Kacau hingga rata dan sebati
Sedia dihidangkan bersama nasi panas




Tip kami :
Selalunya kami skip proses merendam tu, kami rebuskan bersama Bahan A dan Bahan B
Rasanya tak banyak beza sangat pun...ini kerja orang malas









Tuesday 21 June 2016

MENU BERBUKA PUASA 2015




Kami senaja letakkan menu Ramadhan yang lalu 
Untuk rujukan sendiri
Kalau tak dak idea nak masak kami boleh jenguk kat sini
Tengok apa yang kami masak tahun lepaih
Masa ni kami cuma tinggal berdua
Anak-anak semua kat kolej dan madrasah
Sesekali kalau hujung minggu baru anak-anak balik
Meriahlah sikit menu berbuka puasa kami






    Nasi goreng, ayam panggang, sup bebola, popiah goreng serta buah-buahan





  Dari sudut yang lain






   Bubur lambuk, cucur udang, kuah kacang dan agar-agar ros







   Bubur lambuk, agar-agar ros, pulut durian bersantan ,taugeh goreng, tauhu jepun bersos tiram,
   Ikan cermin goreng dan sambal udang petai






   Sup cendawan, ayam caramel, cucur udang, sambal udang petai, timun jepun dan bendi celur
   Sambal belacan serta ikan masin ....tak lupa buah anggur






   Meehoon sup, sambal cilipadi petai dan ikan bilis, daging goreng kunyit, kuih tepung bungkus
   Buah mangga serta anggur






   Close up cikit






  Menu berasaskan ikan...Asam pedas ikan selar, masak taucu, ikan selayang goreng bersama 
  celur pucuk ubi dan sambal belacan, agar-agar ros dan minuman air Bandung tiga lapis






   Kurma satu kemestian sewaktu berbuka, Bandung tiga lapis tu memang sangat nyaman






    Makan ni saja dengan nasi panas dah cukup enak....






    Bandung tiga lapis....lapisan pertama air gula kabung, susu air dan air sirap ros





   Menu paling simple...Kari ayam, goreng hati dan kacang panjang serta gyouza 






   Gyouza lagi, karipap, Kari ayam berkacang kuda dan sup sayur bertelur














Tuesday 14 June 2016

CREAM PUFF








   Cream puff




Dulu- dulu, inilah dessert kegemaran anak -anak kami 
Buat berpuluh biji kejap jer habis
Dulu-dulu mana ada internet macam sekarang untuk kami cari resepi
Resepi ni kami dapat dari majalah
Dah tak ingat Nona atau Wanita
Saji atau Rasa...
Itulah sumber kami mendapatkan resepi
Kekadang menjadi kekadang tidak
Tapi kami tak putus asa 
Cuba sampai berjaya...
Sekarang mudah...tekan-tekan dah jumpa resepi yang dicari
Ramai yang baikhati dan pemurah turunkan ilmu
Siap buat tutorial lagi
Resepi Chef Alex Goh kami guna dari dulu lagi
Sesuai selera kami sekeluarga
Kami suka letak Vanila creme diplomat sebagai filing
Enak dan berkrim
Resepi yang bagus haruslah di kongsi
Bersama ini kami titipkan resepi...
Boleh cuba kalau suka...













CREAM PUFF
Sumber : Chef Alex Goh
Resepi : Aniza Saidin ( Aniza little kitchen )

Bahan A
100 gram mentega
250 ml air
1/2 sudu teh garam

 Bahan B
150 gram tepung gandum - diayak
3 biji telur - gred A

Masak Bahan A hingga mendidih
Tutup api dan masukkan tepung, kacau satu arah hingga sebati
Masak semula dengan api perlahan dan dikacau satu arah hingga adunan tidak melekat pada periuk
Masukkan doh kedalam mixer dan putar hingga doh menjadi suam
Pecahkan telur dan kacau dengan menggunakan garpu
Masukkan telur sedikit demi sedikit sambil dipukul hingga menjadi pes yang lembut
Letakkan didalam piping bag yang sudah dipasang nozzle pecah 6
Picitkan diatas loyang yang telah digriskan dan jarakkan antara satu sama lain
Spraykan air diatas cream puff tadi
Proses ini penting untuk menghasilkan wap semasa dibakar dan membantu proses mengembang
Panaskan oven pada suhu 220'C 10 minit terlebih dahulu sebelum memasukkan puff
Bakar pada suhu 220'C selama 15 minit selepas itu turunkan suhu pada 180'C dan bakar lagi selama 15 minit
Keluarkan puff dari oven dan sejukkan diatas jaring
Potong dibahagian tengah puff dan picitkan sos custard atau cream kesukaan













CREAM CUSTARD
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung custard
4 sudu besar gula pasir 
1 biji telur
1 cawan susu segar
1 sudu besar mentega sejuk

Campurkan semua Bahan diatas dan kacau diatas api perlahan hingga pekat dan meletup-letup
Tutup api dan masukkan mentega
Kacau hingga mentega mencair, masukkan kedalam bekas dan tutup dengan cling wrap dan biarkan sejuk pada suhu bilik
Simpan didalam peti sejuk sekurang-kurangnya 2 jam sebelum digunakan













VANILA CREME DIPLOMAT 
Resepi :Aniza Little Kitchen

Bahan A
250g susu segar
1st esen vanila

Bahan B
1 biji telur
30g gula kastor
10g tepung kastad
15g tepung jagung

Bahan C
200g fresh cream, pukul hingga kental
Simpan didalam peti sejuk sebelum digunakan


Didihkan bahan A
Satukan bahan B hingga sebati dan masukkan separuh bahan A dan kacau sebati
Masukkan adunan tadi kedalam periuk yang ada separuh lagi bahan A
Kacau guna whisk hingga pekat atas api kecil.
Alihkan dari api, tutup permukaan kastad dengan cling wrap. Biarkan sejuk pada suhu bilik kemudian simpan dalam peti sejuk hingga benar-benar sejuk ataupun semalamam
Apabila sudah sejuk, pukul sebentar guna sudu atau whisk. Kaup balikkan ke dalam fresh cream hingga sebati. 


Tip kami :
Jangan buka pintu oven sebelum cream puff masak sepenuhnya
Masukkan telur sedikit demi sedikit hingga mendapat adunan yang sesuai, tak perlu habiskan kalau hasil adunan bila dipaipkan akan mengekalkan bentuknya 












Friday 10 June 2016

SAGU GULA MELAKA RESEPI KE 2



Menu Ramadhan ke 3





    Sagu Gula Melaka 





Desert simple yang mudah sangat nak membuatnya
Kalau ada majlis atau jamuan kami suka hidangkan menu ni
Pernah masa kenduri dikampung, kami buat menu ni
Kukus dalam loyang besar
Berkilo- kilo juga sagu yang kami guna
Alhamdulillah habis semuanya 
Hampir 3 loyang besar
Dan dekat 4 kilo santan sawit yang kami guna
Semua puji kata sedap
Kali ni kami guna resepi yang lain sikit
Kami rebuih je satu dalam ayaq mendidih
Pastu tapis ambik yang biji- biji je...
Nampak lawa sikit biji- biji sagu tu







    Perish pandan




Kami suka buat warna hijau berperisa pandan
Dan warna merah berperisa ros
Makan sejuk- sejuk memang nyaman sekali
Tambahan pulak guna santan sawit jenama khalis
Memanglah lemak berkrim
Guna pulak gula kabung....lagilah sedapnya
Resepi yang bagus haruslah dikongsikan 
Bersama ini kami titipkan resepinya...
Boleh cuba kalau suka...







    Kombinasi yang sangat enak, manis gula melaka dan lemak santan sawit





SAGU GULA MELAKA
Resepi : Aniza Saidin ( Aniza little kitchen)

Bahan A
1 cawan biji sagu -cuci, rendam 10 minit dan toskan
4 cawan air 
2 helai daun pandan
Sedikit pewarna
Sedikit Essen pandan

Bahan B
Dimasak bersama dan ditapis
3 gelang gula melaka 
1/4 cawan gula pasir
1 cawan air

Bahan C
Masak sekejap hingga naik wap dan jangan sampai mendidih
1 cawan santan pekat- ibu guna santan sawit
1/2 cawan susu segar atau susu cair- blh gantikan dgn santan 
1/4 sudu teh garam

Rebus air dan daun pandan hingga mendidih 
Keluarkan daun pandan dan  masukkan biji sagu
Masak hingga sagu bertukar jernih
Kacau untuk megelakkan sagu hangit di dasar periuk
Bila dah pekat jangan risau kalau masih ada yang putih
Tutup tudung periuk dan tutup api , biarkan seketika hingga semua sagu bertukar jernih
Keluarkan sagu sedikit demi sedikit letakkan didalam tapis dan lalukan pada air mengalir
Kacau- kacau dengan sudu untuk mengeluarkan kanji
Buat hingga habis kesemua sagu tadi
Toskan sekejap, masukkan kesemua sagu kedalam bekas dan letakkan pewarna kesukaan
Boleh masukkan pewarna kesukaan dan sedikit Essen pandan
Kalau nak letak satu warna sahaja, boleh terus diletakkan didalam air mendidih tadi
Masukkan kedalam bekas kesukaan dan sejukkan
Hidangkan bersama air gula dan santan yang telah disejukkan











CREAM CARAMEL YANG LEMBUT DAN HALUS



Menu Ramadhan ke 3





    Cream caramel yang sangat sedap




Menu pencuci mulut yang mesti kami buat kalau Ramadhan tiba
Kalau bukan bulan posa pun selalu jugak kami buat ni
Semua isi rumah gemar sangat dengan kuih yang satu ni
Tak pernah kata tak habis
Kami sorang jer yang tak pandai makan
Sebab kami kurang gemar menu yang berasaskan telur
Banyak sungguh resepi yang kami dok cuba 
Ada yang guna susu pekat manis 
Ada yang guna susu segar
Ada yang guna susu cair
Ada juga yang guna fresh cream
Ada yang bakaq
Ada yang kukus
Yang ni guna campuran antara susu cair dan susu pekat manis
Antara resepi yang sangat kami gemari
Sebab suka dengan strukturnya yang lembut dan halus mulus
Resepi yang bagus haruslah di kongsikan
Bersama ini kami titipkan resepinya...
Boleh cuba kalau suka...







    Halus dan mulus ...lembut jeee





CREAM CARAMEL YANG SEDAP ( keeper ricipe)
Resepi : Aniza little kitchen 

Bahan A
5 biji telur gred A
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
2 cawan air
1/2 sudu teh vanila
12 biji bekas microwave yang kecil
Atau loyang berukuran 7 Inci

Bahan B
Bahan untuk gula hangus
1/2 cawan gula pasir
1/4 cawan air
Masak gula dengan api perlahan hingga keperangan
Masukkan air dan masak hingga semua gula mencair dan pekat


Telur di pukul hingga sebati jer, jangan kembang nanti caramel tak halus
Masukkan kedua- dua jenis susu, kacau sebati
Masukkan air dan vanila, kacau dan tapiskan
Masukkan gula hangus  di setiap satu bekas
Masukkan adunan caramel
Kukus selama 15 minit dengan api sederhana
Sejukkan sebelum dihidangkan
Kalau guna loyang, kukus selama 30 minit
Sejukkan sebentar sebelum dimasukkan kedalam peti sejuk
Sedia dihidangkan


Tip kami:
Kukus dengan api kuat boleh membuatkan karamel mengerutu
Terlebih masa mengukus menyebabkan air gula naik dan karamel mengembang
Menghasilkan 1 liter cecair.
Kami gunakan 4 mangkuk kecil











Thursday 9 June 2016

SAYUR AIR PETOLA








 
    Sayur air petola dan tauhu...ada juga fucuk dan suhun 




Menu simple ni tapi kalau kena gengnya memang makan bertambah
Kami masak ni pada Ramadhan ke 3, gengkan dengan dendeng Balado Padang 
Memang kombinasi yang ngam sangatlah...
Untuk yang nak mencuba...
Sayur air cara kami..
Kami titipkan resepinya disini...
Boleh cuba kalau suka...



SAYUR AIR PETOLA DAN TAUHU
Resepi : Aniza Saidin ( Aniza little kitchen )

2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji cilipadi akar (Siam)
1 sudu besar ikan bilis dikopek
1 sudu besar minyak
1 biji petola sederhana besar. - dibuang kulit potong serong
2 keping tauhu - dipotong 4
Segengam suhun - direndam hingga lembut
2 keping fucuk - direndam hingga lembut
Garam secukup rasa


Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih dan cilipadi serta ikan bilis
Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang ditumbuk tadi hingga wangi
Masukkan 3 cawan air dan biarkan hingga mendidih
Masukkan suhun dan fucuk, masak hingga lembut
Akhir sekali masukkan tauhu dan petola
Tambahkan garam secukup rasa
Biarkan mendidih sekali lagi dan padamkan api 
Sedia dihidangkan 



Tip kami :
Sayur air sesuai dihidangkan bersama menu yang pedas
Sedap juga dihidangkan bersama ikan bakar dan air asam 
Ataupun ikan goreng dan sambal belacan
Boleh gantikan petola dengan labu air
Boleh gantikan ikan bilis dengan sedikit belacan







MENU RAMADHAN KE 3


8/6/2016 (Ramadhan ke 3)





   Menu Ramadhan ke 3




Alhamdulillah dah 3 hari kita berpuasa
Masih diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik
Syukur sangat-sangat
Hari ni anak-anak dah tak berselera nak makan nasi 
Jadi kami masakkan kueyteow daging
Dapat kat pasaraya kueyteow yang kecik-kecik tu
Sedaplah sikit dari kueyteow yang biasa







   Kueyteow goreng daging




Minta maaf tak dapat bagi resepi yang lengkap
Letakkan apa yang ada didapur
Kebetulan ada daging rebus lebihan dari buat dendeng
Kami jadikan rencah
Letak cilipadi dan kicap je ni...
Sos ikan sikit..
Alhamdulillah....
Janji ada juadah untuk berbuka








   Kueyteow sepeket makan berempat pun tak habis.....



Resepi yang lainnya nanti kami berikan kemudian yer
Nak menaip dulu satu -satu...
Selamat berpuasa semua....











MENU RAMADHAN KE 2




7/6/2016 (Ramadhan 2)




   
    Menu Ramadhan ke 2



Anak solehah dah balik kerumah malam tadi
Alhamdulillah dah habis peperiksaan untuk semester kali ni
Moga anak solehah dapat menjawab semua soalan dengan hati yang tenang
Hari ni seronok sikit nak main masak- masak
Sebab dah ramai sikit isi rumah
Semalam ada beli babat lembu atau perut lembu
Bukan selalupun kami beli ni
Setahun sekali pun jarang
Penangan bulan posa...
Semua teringin nak makan
Beli jugak rebung jeruk
Pun sebenarnya bahan yang jarangggg sangat kami nak beli
Tanya pada anak-anak menu yang disukai
Kata anak-anak nak makan babat masak lemak cilipadi






  Babat lemak cilipadi bersama rebung jeruk



Kami bukannya pandai sangat masak babat ni
Tapi kami buatlah ikut selera sendiri
Bersama ini kami titipkan resepinya....
Boleh cuba kalau suka...






   Pekat dan likat kuahnya...terlebih kuning



LEMAK CILIPADI BABAT DAN REBUNG

Bahan A
500 gram babat - dibersihkan dan direbus 30 minit
250 gram rebung jeruk - dicuci dan direbus 10 minit
Segengam cilipadi-kurangkan kalau tak tahan pedas
2 inci  kunyit hidup- anggaran seruas ibu jari tangan
4 batang serai-di titik

Bahan B
I keping asam gelugur
I biji kelapa- diperah untuk 2 cawan santan pekat dan 2 cawan santan cair
Garam secukup rasa

Tumbuk hingga lumat cilipadi dan kunyit
Masukkan kedalam periuk dan masak hingga agak kering
Proses ini penting untuk mengurangkan rasa pedas cili dan mengelakkan sakit perut
Masukkan babat dan rebung serta santan cair
Masak anggaran 10 minit 
Masukkan bahan B dan kacau selalu supaya santan tak pecah minyak
Biarkan hingga mendidih dan tambahkan garam secukup rasa
Elakkan meletakkan garam terlalu awal untuk mendapatkan kuah yang cantik 
Sedia untuk dihidangkan







   Babat gulai Padang


Ini untuk En.Suami
Dah kami dok tanya nak masak apa
Siap kami bagi pilihan
A- Lemak cilipadi
B - gulai Padang 
Jawapan En. Suami tak sama dengan jawapan anak-anak 
Tapi takpa....
Bukannya susahpun nak masak gulai Padang ni
Semua bahan dah ada didapur
Bukan nak kena tumbuk bagai
Kami blend jer semuanya
Mudah dan senang






   Pedas menyengat, lemak berkrim...babat tenggelam dengan rebung 



GULAI PADANG BABAT DAN REBUNG 
Resepi : Aniza Saidin ( Aniza little kitchen )

Bahan A
1/2 kilo babat atau perut lembu - dicuci dan direbus 30 minit
1/2 kilo rebung madu -  dicuci dan direbus 10 minit

Bahan B
Dikisar halus
1 biji bawang besar 
3 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
3 biji buah keras
3 biji cili merah 
6 biji cili padi

Bahan C
2 batang serai - diketuk
2 inci lengkuas diketuk

Bahan D
1 cawan santan pekat
1 cawan air 
1 keping asam gelugur


Bahan E
2 helai daun limau purut
2 helai daun salam
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Tumiskan bahan B dengan sedikit minyak, masukkan Bahan C
Masak hingga tumisan garing dan wangi
Masukkan bahan A, kacau sekejap dan tambahkan Bahan D
Masak dengan api perlahan hingga mendidih 
Masukkan Bahan E, masak lagi hingga kuah agak pekat
Sedia dihidangkan bersama nasi putih






   Kerabu babat dengan taugeh dan timun jepun



Tekak kami pulak teringin nak makan kerabu
Ada sikit lebihan babat yang dah siap direbus
Ada pulak taugeh dan timun jepun
Teringin nak makan kerabu macam Mak kami selalu buat
Letak kerisik dan santan pekat
Kalau ada kacang botol pun sangatlah sedap
Taugeh jangan celur lama sangat
Cuma lalukan pada air panas
Kalau lisut dah hilanglah rangup ya
Kami titipkan juga resepinya disini...
Boleh cuba kalau suka...





    Kerabu resepi Mak kami...stail orang Kedah 



KERABU TAUGEH CARA ORANG KEDAH
Resepi : Aniza Saidin ( Aniza little kitchen )

Bahan A
I mangkuk taugeh - disiram air panas
1/2 mangkuk perut lembu - direbus 30 minit
4 batang kacang botol - diracik halus
1/2 biji bawang besar - dihiris halus

Bahan B
Dikisar bersama
2 biji cili merah 
6 biji cili padi - boleh tambah kalau suka
2 biji bawang merah
1 batang serai - dihiris
1 inci halia
1 sudu teh belacan bakar 
1 sudu teh lada hitam
1 sudu besar jus limau atau asam jawa

Bahan C
1 cawan kelapa - disangai hingga perang dan ditumbuk
1/4 cawan santan pekat
Garam dan gula secukup rasa

Campurkan Bahan B dan Bahan C,  gaul sebati
Campurkan Bahan A dan gaul rata
Rasakan masin, masam dan manisnya
Sedia dihidangkan 





   Ayam panggang, murtabak Singapore dan kurma pemberian rakan En. Suami



Risaukan anak- anak dan En. Suami tak puas makan hanya berlaukkan babat
Kami buatkan juga sedikit ayam panggang
Kebetulan ada yang dah siap di marinate 
Kami cuma cairkan dan bakar saja
Buatkan juga telur dadar
Murtabak tu pun yang dibekukan
Ole-ole dari En.Suami semasa ke Johor Baharu hari tu
Memang disimpan untuk anak-anak
Alhamdulillah sudah selesai Ramadhan ke 2
Jomlah kita berterawih, kumpulkan pahala di bulan mulia ni
Untuk mendapat redha Allah sebenarnya...









RAMADHAN KAREEM



6/6/2016 (Isnin )

Ramadhan yang pertama
Alhamdulillah masih diberikan usia dan kesihatan untuk berjumpa Ramadhan pada tahun ini
Terima kasih ya Allah atas nikmat kesihatan ini
Tengahari semalam menjemput anak soleh di madrasah ...
Adam Arif diberikan cuti empat hari sempena menyambut bulan puasa
Menghantar Nayib Ali memulakan semester baru di Uitm
Belajar rajin -rajin yer anak...
Sedih dan sayu 
Sehari sebelum Ramadhan menjelang 
Hari ni pulak anak solehah Sara Hanum akan mengambil peperiksaan kertas terakhir ya
Nanti dapatlah anak ni temankan kami sepanjang bulan posa
Untuk juadah berbuka puasa hari pertama
Kami masak yang mudah- mudah saja
Untuk Adam kami buatkan ayam panggang paling mudah ni
Minta maap kami tak boleh bagi resepi yang detail 
Sebab kami main campak-campak je
Kami letak serai, halia, bawang putih dan bawang holland yang dikisar
Lepaih tu kami tambahkan pulak sedikit serbuk cayenne dan basil
Peyedap rasa pulak sedikit garam dan gula perang
Perapkan anggaran 3 jam atau lebih dalam peti ais
Bakar dalam pemanggang ajaib jee
Cepat dan mudah





   Ayam panggang dan agar-agar ros untuk Adam


Untuk kami dan En. Suami
Kami buatkan ikan cencaru bakar
Kebetulan petang sebelum berbuka En.Suami belikan ikan cencaru ni
Sangat segar dan agak besar ikannya 
Ada lebihan pes sambal kami tambahkan asam jawa dan bawang
Sumbat kedalam perut ikan yang kami dah garam kunyitkan
Perapkan 30 minit, bakar dalam pemanggang ajaib jugak
Buatkan juga air asam untuk cicahan





      Cencaru Bakar dan air asam super sedap



Menu tambahan kami masakkan masak lemak putih labu kuning 
Letak ikan bilis dan daun kunyit
Alhamdulillah sedap selera kami sekeluarga berbuka petang tu
Tiada kuih muih cuma agar- agar ros
Permintaan anak soleh Adam Arif 
Selamat menunaikan ibadah puasa untuk semua
Semoga kita semua dapat menjalankan semua ibadah di bulan mulia ini dengan sempurna 
Aaminn