Wednesday 21 September 2016

MENU ATKINS






Menu dan resepi yang kami reka dan cipta masa berdiet Atkins dulu
Dah tiga tahun berlalu
Kami tak simpan resepi dan bahan yang digunakan 
Satu kerugian yang besar
Dulu kami sangat rajin mengira jumlah karbohairat yang terkandung didalam setiap bahan yang kamikan gunakan....
Sekarang kami dah lupa....
Jenuh nak study balik
Tapi kami letakkan juga gambar-gambar menu Atkins disini
Kalau ingat nanti kami nak tulis resepi pelan-pelan
Untuk panduan dimasa depan
Sila jamu mata saja yer....
Resepinya nanti kemudian kami tulis pelan-pelan






Isi ikan digrill garing dan dihidangkan bersama bayam goreng kering






Sangat sedap dan enak





Telur separuh masak, sup cauliflower dan bayam goreng. Kukuskan dulu cauliflower hingga masak
Tumiskan sedikit bawang merah dan bawang putih dan isi ayam, campurkan sedikit air. Masak hingga mendidih. Sejukkan dan kisar hingga halus. Masak sebentar hingga mendidih






Ayam diperapkan bersama lada hitam, halia , bawang putih dan sedikit serbuk cayenne
Panggang hingga garing






Sup cauliflower lagi...resepi seperti diatas






Close upppppp 





 
Telur masak hancur bersama salad dan sedikit mayonise kewpie botol merah






Mayonise jangan letak banyak sangat...anggaran 2 sudu teh sahaja.






Sate ayam Atkins ...perapkan isi ayam dengan kunyit, serbuk cili, garam dan bawang putih 
Cucuk pada lidi sate dan bakar menggunakan non stick pan. Hidangkan bersama mayonise 
dan salad timun, karot serta daun ketumbar yang digaulkan bersama garam dan Apple cider







Sate ayam LAGII







Sesekali buat kacang buncis goreng bersama telur hancur. Tapi menu ni boleh diambil kalau kurang
Sangat pengambilan carb pada hari tersebut sebab kacang buncis sangat tinggi kandungan carb dan 
tidak sesuai untuk pengambilan yang banyak






Sedikit kacang buncis , anggaran sebatang dan tiga keping karot bersama sup telur







Sup sawi bersama isi ayam yang disiat. Boleh tambahkan telur juga dalam menu ni







Sayur sawi dan isi ayam. Letak daun bawang dan daun sup lebih sikit






Isi ikan goreng kunyit, tumiskan bersama daun bawang dan cilipadi 







Telur bakar, pecahkan telur pukul dengan garpu hingga kembang, masukkan sedikit lada sulah, garam , sausage yang dicincang dan daun bawang yang diracik halus. Masukkan dalam remikin atau bekas tahan panas dan bakar hingga garing.






Salad telur rebus




Nanti kami share lagi resepi yang lainnya
Selamat beratkins semua...kuatkan semangat










MENU ATKINS LAGI








Menu dan resepi yang kami reka dan cipta masa berdiet Atkins dulu
Dah tiga tahun berlalu
Kami tak simpan resepi dan bahan yang digunakan 
Satu kerugian yang besar
Dulu kami sangat rajin mengira jumlah karbohairat yang terkandung didalam setiap bahan yang kamikan gunakan....
Sekarang kami dah lupa....
Jenuh nak study balik
Tapi kami letakkan juga gambar-gambar menu Atkins disini
Kalau ingat nanti kami nak tulis resepi pelan-pelan
Untuk panduan dimasa depan
Sila jamu mata saja yer....
Resepinya nanti kemudian kami tulis pelan-pelan







    Telur hancur bersama batang saleri yang dicincang, kami taburkan sikit lada hitam dan  English                              parsley. Timun penambah rasa dan memberi kepuasan makan







Sup bebola daging bersama sawi putih, karot tu nak bagi warna je sebab karot tinggi jumlah carb
Bebola daging tu kami gunakan daging yang dikisar sendiri campurkan sedikit garam dan lada hitam
Serta sebiji telur. Masa sup dah mengelegak perlahankan api dan masukkan bebola daging yang sudah
Siap digentel. Bila bebola dah terapung baru masukkan sayuran lain. Jangan lupa masukkan hirisan 
halia kedalam sup untuk mengurangkan bau daging.








Sup telur an sawi merupakan menu paling popular untuk pengamal diet Atkins, selain murah dan mudah
disediakan menu ini juga memberikan kepuasan semasa makan. Boleh hirup sup hingga kenyang
Tumisan sup hanya sebiji bawang merah dan bawang putih yang kecil. Kalau besar guna separuh aje tau
Boleh ditambahkan daun sup dan daun bawang dengan jumlah yang banyak kerana kedua-dua jenis sayuran ini sangat rendah jumlah carbnya...seperti biasa 2 keping karot setakat menjadi penghias untuk menu ini.







Ini merupakan set bekalan untuk En.Suami kami ke tempat kerja. Ada sup telur dan sawi, ikan bakar bersama bawang dan apple cider, salsa anggaran 2 sudu besar untuk dimakan bersama ikan serta bebola daging bakar sebagai menu kudapan petang








Telur dadar bersama daun basil dan batang saleri, kami letakkan sedikit bawang jeruk untuk mengelakkan rasa mual...kami tak berapa suka menu telur jadi kami akan cuba letak apa-apa sayur
Atau bahan tambahan untuk mengurangkan bau telur. Kena pandai kira jumlah carb seharian yer kalau nak makan bawang jeruk tu...bawang kan tinggi kandungan carb








Telur bungkus Atkins. Isi dalamnya ayam atau daging yang dicincang halus. Campurkan batang saleri
dan sedikit halia serta bawang. Jangan dok pi letak sos cili pulak dalam tu. Letaklah sikit lada hitam atau cilipadi kalau nak pedas. Tumiskan dulu intinya baru di bungkus dengan telur dadar yang nipis. Nasi mana nasikkkkk







Paling cepat dan mudah...ikan goreng, kalau makan panas- panas memang sangat sedap
Sos kat sebelah ikan tu kami dah lupa apa dia...tapi rasanya macam daun pudina kami blend dengan 
Apple cider nak kurangkan rasa mual meratah ikan.








Antara set meal yang kami ambil...ini portion satu hidangan lengkap, ada bayam rebus, cicahan ikan dan salsa.







Menu sarapan untuk En. Suami, egg Benedict hanya diletakkan sedikit taburan lada hitam dan garam
Say no to segala jenis kicap dan sos









Telur rebus dan salad je pun....ingat mesti cantik dimata, barulah sedap di mulut. Telur rebus di hancurkan letakkan sikit mayonise kewpie warna merah dan sedikit lada hitam. Sedap  dimakan 
bersama salad sebagai pengganti roti.








Sup ayam simple. Letak halia dan serai yang diketuk untuk kelainan rasa. Boleh letak batang saleri 
serta daun sup dan daun bawang...jangan dok pi tambah bawang goreng naaa...







Yang ni pun menu kegemaran kami...Isi ayam potong dadu, perapkan dengan sedikit kunyit , garam 
dan Apple cider. Gorengkan dengan sedikit bawang dan sawi pak choy. Menu lengkap tak perlu masak 
sayur lain dah....








Kami namakan tortila Atkins, dalamnya kami selalu letak tuna dalam tin atau ayam panggang
Letakkan juga salad dan batang saleri untuk mendapatkan rasa krunch bila digigit. Telur dadar 
harus di dadarkan nipis untuk mengelakkan koyak semasa membalut 








Close upppppp....






 
Yang ni versi telur dan salad semata...pun sedap jugak


Cukup sampai setakat ni, nanti kami korek-korek lagi gambar lama dan postkan lagi yer
Selamat beratkins, jangan selalu sangat kelaut yer









Wednesday 7 September 2016

KOLEKSI SARAPAN UNTUK ENCIK SUAMI






Antara koleksi sarapan pinggan besar untuk En. Suami kami
Kamikan sekarang duduk berdua saja
Masak sarapan macam main pondok-pondok
Buat secoet je ...
Kekadang kami buatkan untuk En. Suami sorang 
Bukan semua selera kami sama..
Kami tekak orang kampung asli
Dok makan Nasi goreng pagi-pagi
Dengan ayaq kopi kampung hitam likat
En. Suami suka makan roti bakaq, telur separuh masak dengan susu segar
Tapi takpa....itu bukan penghalang untuk kami duduk semeja 
Lagipun kami bukannya banyak sangat kereja 
Seronok juga pagi-pagi dok main masak-masak
Bukan susah sangat pun
Campak-campak siap....
Janji En.Suami suka...
Sebab kami masak ikhlas dari hati
Masak dengan penuh kasih sayang...
Kami titipkan beberapa menu mudah
Boleh cuba kalau suka.....








Menu sarapan masa zaman beratkins dulu...ayam panggang, pizza telur dan sayur rebus. Atkins buatkan En. Suami hilangkan 10 kilo berat badannya...







    Roti bakar, omelette, baked bean dan sausage








   Crepes dengan pisang, Oren dan latte








   Yang ni khas untuk anak soleh...letak marshmallow 








   Roti bakar Penang Village bersama homemade seri kaya dan mentega sejuk







  Roti wholemeal, salad buah, sausage, poaches egg dan kentang bakar 






 
   Roti bakar bersama poaches egg dan Hollandaise sauce, salad, jagung kukus dan salad buah








   Roti wholemeal bersama cheese, salad tembikai, sausage dan telur hancur 







   Croissants tuna sandwich bersama chip kentang, ogura kek dan pisang







   Untuk anak-anak ada tambahan marshmallows 







   Sarapan yang paling simple, roti bakar, baked beans, jagung kukus dan telur mata. Tambahan 
    menu kuih koleh kacang







   Menu sarapan dari lauk pauk lebihan malam tadi. Kari daging dan kentang, sambal ikan bilis,
   Sambal goreng , buat pulut kuning sebab teringin nak makan dan spaghetti  oglio olio utuk 
   anak-anak. Tapi untuk En. Suami kami hidangkan semuanya sekali.







 
    Menu yang simple juga...Roti dan sausage, salad dan jagung kukus







  
   Sandwich telur, kami suka rotinya dibakar dulu. Salad dan tomato serta kentang dibakar bersama
   Keju Parmesan , lada hitam dan daun parsley





Boleh cuba kalau suka...











Monday 5 September 2016

AYAM PERCIK PALING SEDAP










    Ayam percik paling sedap





Balik kampung Felda Kumai
Mesti masak macam- macam kalau balik kesini
Tambahan kalau ada adik beradik lain yang balik juga
Seronok main masak - masak dan makan ramai- ramai
Lagipun kat kampung nak masa apapun senang
Segala bahan masakan boleh kutip je kat tepi rumah
Lengkuas, cilipadi , serai, kunyit dan bermacam lagi
Semua ada disekeliling rumah






   Tumis air labu air, ketam tiga rasa, tomyam ayam dan ayam percik paling sedap




Mak kami memang rajin berkebun 
Suka tanam bermacam sayuran
Ada kacang botol, terung dan ubi sengkuang 
Bendi, keladi dan segala jenis ulaman
Pendak kata setakat nak makan sayur tak payah beli
Jiran- jiran pun sama...rajin menaman
Selalunya ada je yang menghulur rezeki 
Kangkung, ulam raja, pucuk manis
Pisang muda, nangka muda, belimbing buluh 
Best sangat tau kalau balik kampung







  Cokodok sukun dan kerabu mangga muda





Ada jiran bagi sukun dan mangga muda
Sukunnya dah terlebih ranum
Kami kopek dan hancurkan
Campur tepung , garam dan gula
Tambahkan juga tepung gandum dan sedikit soda bikarbonat 
Jadilah menu cokodok sukun
Sedapnya lahai dimakan panas-panas
Cokodok sukun ni sangat harum baunya
Mak teringin nak makan kerabu mangga
Kami buatlah semangkuk
Cukuplah....
Sebab banyak lauk lain lagi yang terhidang
Banyak sangat nanti tak terhabis pulak
Dah membazir
Sayang sangat kalau makanan terbuang 







   Kami guna pemanggang pelepah kelapa dan bakar dengan sabut kelapa 





Bila dah ramai-ramai balik
Mesti nak masak menu special ni
Sebab ramai yang akan tolong membakar
Anak-anak buah pun seronok sangat 
Boleh main api kat luar rumah
Mak memang simpan banyak sabut kelapa 
Untuk dijadikan bahan bakar 
Sedap sangat ayam atau ikan yang dibakar diluar rumah
Bau dan rasanya lain macam 
Kami titipkan resepi ayam percik paling sedap ni
Boleh cuba kalau suka....







    Dah siap di hidang bersama kuahnya





AYAM PERCIK SEDAP
Resepi : Aniza Saidin ( Aniza little kitchen)

Bahan A
1 ekor ayam - potong 8 atau dipotong 2

Bahan B
3 cawan santan pekat - Dari sebiji kelapa
2 batang serai - diketuk
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/4 ketul gula melaka
1 sudu gula pasir

Bahan C
Dikisar bersama
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci lengkuas
10 biji cili kering -  direndam

Bahan D
2 keping asam gelugur
1 helai daun kunyit - disiat 
Garam secukup rasa

Didalam kuali masukkan Bahan B, masak sekejap hingga mendidih
Masukkan pula Bahan C dan masak lagi hingga kuah agak pekat dan terbit minyak 
Masukkan pula Bahan D dan Bahan A, biarkan hingga ayam separuh masak 
Keluarkan ayam dan teruskan proses memasak kuah hingga kuah menjadi pekat
Tutup api dan gunakan kuah ini untuk merenjis ayam semasa membakar 
Susunkan ayam diatas loyang dan bakar pada suhu 200' C hingga keperangan
Sesekali renjiskan lebihan kuah tadi diatas ayam
Kami guna pemanggang yang dibuat dari pelepah kelapa dan bakar menggunakan sabut kelapa 
Apabila siap dibakar hidangkan ayam percik bersama lebihan kuah tadi 








   Ketam masak tiga rasa




Pagi hari minggu dikampung
Kami ke pasar pagi
Ada pak cik dari Rompin 
Bawa berbagai jenis ikan dan makanan laut 
Masih segar bugar dan harganya boleh tahan jugalah 
Tak terlalu mahal berbanding harga di kl
Kami beli ikan dan ketam
Anak buah kecik kami lutfi nak makan ketam tiga rasa
Alhamdulillah.....
Berselera lutfi makan hari tu
Lutfi ni anak adik kami Ucu
Umurnya baru 10 tahun tapi sangat cekap kalau kedapur
Rajin dan sangat pandai , pernah siapkan 2 kilo tepung untuk buat karipap
Pandai juga buat wantan dan sangat kemas hasil kerjanya 






    Secukup rasa, masam, manis dan masin serta sedikit pedas






KETAM MASAK TIGA RASA
Resepi : Aniza Saidin (Aniza little kitchen)

Bahan A
Digaul bersama
2 ekor ketam - dibersihkan dan dibuang cenkerang 
1/2 sudu teh garam 
1/2 sudu teh lada sulah

Bahan B
Bahan tumisan
1 labu bawang besar - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
1 inci halia - dihiris
4 biji cilipadi - dihiris

Bahan C
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato 
2 sudu besar minyak untuk menumis

Bahan D
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air kalau perlu
Daun ketumbar - kalau suka


Panaskan periuk kukusan dan kukus sekejap ketam yang sudah diperapkan tadi
Kukus hingga ketam masak sepenuhnya. Kulit ketam boleh di kukuskan bersama untuk dijadikan hiasan semasa menghidang
Didalam kuali panaskan minyak. Tumiskan Bahan B hingga layu sahaja tak perlu hingga garing
Masukkan cili kisar, masak sebentar hingga agak garing barulah dimasukkan sos yang lainnnya 
Tambahkan air kalau perlu. Masak hingga sos mendidih dan agak kering
Masukkan ketam yang siap dikukus tadi bersama airnya kalau ada 
Kacau rata dan tambahkan garam dan gula
Kuahnya mesti cukup rasa masin, manis dan sedikit masam
Masukkan daun ketumbar kalau suka
Tutup api dan sedia dihidangkan










Bapak teringin nak makan bihun tomyam
Ada lebihan tulang ayam
Ada juga sedikit sayuran dan bahan- bahan sekeliling rumah
Daun limau purut, limau kasturi,cekur
Semuanya kutip disekeliling rumah
Sedap selera bapak...makan bihun tomyam berulang 
Ada pisang nipah dah masak dari  pokok belakang rumah
En.Suami tebang, kami masakkan pengat
Campur keladi yang jiran kasi 
Mak teringin nak makan
Buat lebih sikit....
Simpan dalam petisejuk
Kalau Mak teringin nak makan esok lusa 
Cuma perlu panaskan aje
Sebab petang ni kami dah nak balik semula ke kl
Mak, kak izah dan kak Pidah dah kutip semua bekalan untuk kami 
Daun pandan, daun pisang, daun kunyit serta daun limau purut
Serai, lengkuas , kunyit, cekur , belimbing buluh dan segala Mak nenek
Penuhlah bonet kereta kami yang tak berapa nak besar tu
Terima kasih kesayangan semua yang dekat dihati
InshaAllah panjang umur....kita jumpa lagi






   Menu yang menambat hati kalau balik kampung, tak lupa juga sambal kuinin dan ulaman