Monday 5 September 2016

AYAM PERCIK PALING SEDAP










    Ayam percik paling sedap





Balik kampung Felda Kumai
Mesti masak macam- macam kalau balik kesini
Tambahan kalau ada adik beradik lain yang balik juga
Seronok main masak - masak dan makan ramai- ramai
Lagipun kat kampung nak masa apapun senang
Segala bahan masakan boleh kutip je kat tepi rumah
Lengkuas, cilipadi , serai, kunyit dan bermacam lagi
Semua ada disekeliling rumah






   Tumis air labu air, ketam tiga rasa, tomyam ayam dan ayam percik paling sedap




Mak kami memang rajin berkebun 
Suka tanam bermacam sayuran
Ada kacang botol, terung dan ubi sengkuang 
Bendi, keladi dan segala jenis ulaman
Pendak kata setakat nak makan sayur tak payah beli
Jiran- jiran pun sama...rajin menaman
Selalunya ada je yang menghulur rezeki 
Kangkung, ulam raja, pucuk manis
Pisang muda, nangka muda, belimbing buluh 
Best sangat tau kalau balik kampung







  Cokodok sukun dan kerabu mangga muda





Ada jiran bagi sukun dan mangga muda
Sukunnya dah terlebih ranum
Kami kopek dan hancurkan
Campur tepung , garam dan gula
Tambahkan juga tepung gandum dan sedikit soda bikarbonat 
Jadilah menu cokodok sukun
Sedapnya lahai dimakan panas-panas
Cokodok sukun ni sangat harum baunya
Mak teringin nak makan kerabu mangga
Kami buatlah semangkuk
Cukuplah....
Sebab banyak lauk lain lagi yang terhidang
Banyak sangat nanti tak terhabis pulak
Dah membazir
Sayang sangat kalau makanan terbuang 







   Kami guna pemanggang pelepah kelapa dan bakar dengan sabut kelapa 





Bila dah ramai-ramai balik
Mesti nak masak menu special ni
Sebab ramai yang akan tolong membakar
Anak-anak buah pun seronok sangat 
Boleh main api kat luar rumah
Mak memang simpan banyak sabut kelapa 
Untuk dijadikan bahan bakar 
Sedap sangat ayam atau ikan yang dibakar diluar rumah
Bau dan rasanya lain macam 
Kami titipkan resepi ayam percik paling sedap ni
Boleh cuba kalau suka....







    Dah siap di hidang bersama kuahnya





AYAM PERCIK SEDAP
Resepi : Aniza Saidin ( Aniza little kitchen)

Bahan A
1 ekor ayam - potong 8 atau dipotong 2

Bahan B
3 cawan santan pekat - Dari sebiji kelapa
2 batang serai - diketuk
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/4 ketul gula melaka
1 sudu gula pasir

Bahan C
Dikisar bersama
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci lengkuas
10 biji cili kering -  direndam

Bahan D
2 keping asam gelugur
1 helai daun kunyit - disiat 
Garam secukup rasa

Didalam kuali masukkan Bahan B, masak sekejap hingga mendidih
Masukkan pula Bahan C dan masak lagi hingga kuah agak pekat dan terbit minyak 
Masukkan pula Bahan D dan Bahan A, biarkan hingga ayam separuh masak 
Keluarkan ayam dan teruskan proses memasak kuah hingga kuah menjadi pekat
Tutup api dan gunakan kuah ini untuk merenjis ayam semasa membakar 
Susunkan ayam diatas loyang dan bakar pada suhu 200' C hingga keperangan
Sesekali renjiskan lebihan kuah tadi diatas ayam
Kami guna pemanggang yang dibuat dari pelepah kelapa dan bakar menggunakan sabut kelapa 
Apabila siap dibakar hidangkan ayam percik bersama lebihan kuah tadi 








   Ketam masak tiga rasa




Pagi hari minggu dikampung
Kami ke pasar pagi
Ada pak cik dari Rompin 
Bawa berbagai jenis ikan dan makanan laut 
Masih segar bugar dan harganya boleh tahan jugalah 
Tak terlalu mahal berbanding harga di kl
Kami beli ikan dan ketam
Anak buah kecik kami lutfi nak makan ketam tiga rasa
Alhamdulillah.....
Berselera lutfi makan hari tu
Lutfi ni anak adik kami Ucu
Umurnya baru 10 tahun tapi sangat cekap kalau kedapur
Rajin dan sangat pandai , pernah siapkan 2 kilo tepung untuk buat karipap
Pandai juga buat wantan dan sangat kemas hasil kerjanya 






    Secukup rasa, masam, manis dan masin serta sedikit pedas






KETAM MASAK TIGA RASA
Resepi : Aniza Saidin (Aniza little kitchen)

Bahan A
Digaul bersama
2 ekor ketam - dibersihkan dan dibuang cenkerang 
1/2 sudu teh garam 
1/2 sudu teh lada sulah

Bahan B
Bahan tumisan
1 labu bawang besar - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
1 inci halia - dihiris
4 biji cilipadi - dihiris

Bahan C
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato 
2 sudu besar minyak untuk menumis

Bahan D
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air kalau perlu
Daun ketumbar - kalau suka


Panaskan periuk kukusan dan kukus sekejap ketam yang sudah diperapkan tadi
Kukus hingga ketam masak sepenuhnya. Kulit ketam boleh di kukuskan bersama untuk dijadikan hiasan semasa menghidang
Didalam kuali panaskan minyak. Tumiskan Bahan B hingga layu sahaja tak perlu hingga garing
Masukkan cili kisar, masak sebentar hingga agak garing barulah dimasukkan sos yang lainnnya 
Tambahkan air kalau perlu. Masak hingga sos mendidih dan agak kering
Masukkan ketam yang siap dikukus tadi bersama airnya kalau ada 
Kacau rata dan tambahkan garam dan gula
Kuahnya mesti cukup rasa masin, manis dan sedikit masam
Masukkan daun ketumbar kalau suka
Tutup api dan sedia dihidangkan










Bapak teringin nak makan bihun tomyam
Ada lebihan tulang ayam
Ada juga sedikit sayuran dan bahan- bahan sekeliling rumah
Daun limau purut, limau kasturi,cekur
Semuanya kutip disekeliling rumah
Sedap selera bapak...makan bihun tomyam berulang 
Ada pisang nipah dah masak dari  pokok belakang rumah
En.Suami tebang, kami masakkan pengat
Campur keladi yang jiran kasi 
Mak teringin nak makan
Buat lebih sikit....
Simpan dalam petisejuk
Kalau Mak teringin nak makan esok lusa 
Cuma perlu panaskan aje
Sebab petang ni kami dah nak balik semula ke kl
Mak, kak izah dan kak Pidah dah kutip semua bekalan untuk kami 
Daun pandan, daun pisang, daun kunyit serta daun limau purut
Serai, lengkuas , kunyit, cekur , belimbing buluh dan segala Mak nenek
Penuhlah bonet kereta kami yang tak berapa nak besar tu
Terima kasih kesayangan semua yang dekat dihati
InshaAllah panjang umur....kita jumpa lagi






   Menu yang menambat hati kalau balik kampung, tak lupa juga sambal kuinin dan ulaman













1 comment: