Wednesday 5 October 2016

KARIPAP KENTANG, DAGING DAN TELUR REBUS










Karipap kentang, daging dan telur rebus




Pulang kerumah kesuma
Aman dan tenang berada diruangan yang dirindui
Kami dah lama tak balik kesini
Banyak barangan dapur yang hampir rosak
Nampak kentangpun dah hampir nak bertugas
Kalau dibiarkan mau lepas ni penuh menjalankan kat dapur kami dengan pokok kentang
Kami ghajinkan diri , kopek kentang dan kebetulan ada sedikit lebihan daging dalam peti sejuk
Kami nak buat karipap kentang berdaging
Masa kami muda - muda dulu karipap ni merupakan punca rezeki kami jugak ni
Masa tu kami buat karipap pusing sejuk beku
Beratus - ratus biji kami juai sehari
Pelanggan tetap kami, kaum Ibu yang ambik anak sekolah
Semua depa tu best friend kami jugak
Tiap-tiap hari sama-sama dok tunggu anak balik kat depan sekolah







Karipap gergasi kata anak-anak kami, makan sebiji dah kenyang




Seronok meniaga masa tu
Laku sungguh jualan kami 
Kami buat juga donat, pie , kuih koci dan bermacam jenis kuih lain
Semuanya dekat sebelas jenis
Tapi karipap yang mendapat permintaan paling tinggi 
Sekarang bila difikirkan balik, mana mai tenaga kami masa tu
Dengan menguruskan empat anak yang masih kecik dan bersekolah dua sesi
Menjemput dan menghantar mereka ulang alik sekolah kebangsaan dan sekolah agama
Memasak, mengemas rumah....kami masih ada kudrat dok buat kuih
Kekadang jiran kami Radhi dok bawa juga karipap kami juai kat tempat kerjanya
Laku sungguh juga kat sana, sampai kekadang tak sempat nak beku karipap kami








Sesuai untuk minum petang




Tapi yang ni kami buat karipap biasa je
Tapi ada telur rebuih kat dalamnya
Anak-anak kami suka
Kekadang kami beli karipap ni kat ikea
Pun sedap jugak, kena dengan selera kami anak- beranak
Walaupun karipap kami ni tak sesedap ikea punya
Tapi teringin jugak nak kongsikan resepinya
Oleh itu....
Kami titipkan resepinya disini
Boleh cuba kalau suka...







Menu sarapan pagi kami hari tu...sedapnya makan ditemani kicauan burung




KARIPAP KENTANG DAN DAGING
Resepi : Aniza Saidin (Aniza little kitchen)

Bahan A
Untuk kulitnya
3 cawan tepung gandum
1/4 cawan minyak
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan air sejuk ( air dari petisejuk )
2 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam


Campurkan garam dan gula kedalam air sejuk, kacau hingga larut 
Masukkan marjerin di dalam tepung gandum dan Gaul sebati hingga menjadi seperti serbuk roti
Panaskan minyak dan curahkkan perlahan-lawan kedalam tepung tadi
Dengan menggunakan senduk kayu , kacau hingga rata 
Selepas itu masukkan pula air sejuk tadi dan uli hingga dengan tangan menjadi doh yang licin
Masukkan doh ke dalam plastik bersih dan simpan di dalam peti sejuk lebih kurang 1 hingga 2 jam 
Langkah ini penting bagi mendapatkan doh yang rangup dan senang untuk di canai nanti.
Sementara itu kita boleh sediakan inti karipap 


Bahan B
Untuk intinya
1 kilo ubi kentang - dipotong dadu
100 gram daging - dipotong halus dan direbus hingga lembut
2 labu bawang besar - dicincang halus
4 ulas bawang putih - dicincang halus
1 inci halia - ditumbuk halus
1 sudu besar serbuk kurma
1 sudu besar serbuk kari 
1 sudu besar serbuk cili atau 2 sudu besar cili kisar 
3 sudu besar gula 
1/2 sudu besar garam - ikut kesesuaian rasa
Daun kari dan daun sup - kalau suka
Sedikit minyak untuk menumis

Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia
Masak hingga wangi tak perlu garing
Masukkan rempah kurma , rempah kari dan cili . Masukkan sedikit air dan masak hingga terbit minyak. Masukkan daging dan air rebusannnya 
Tambahkan air jika perlu dan masukkan kentang
Tambahkan garam dan gula dan masak hingga kuah kering dan kentang empuk sepenuhnya
Sejukkan inti sebelum digunakan

Bahan C
5 biji telur rebus - dipotong 2 atau 4


Cara menyediakan karipap
Bentukkan Bahan A anggaran sebesar bola pimpong 
Canaikan hingga mendapat adunan yang nipis. Masukkan Bahan B dan diikuti Bahan C
Tutupkan adunan hingga kemas dan kelimkan ditepinya
Buat hingga habis semuanya
Panaskan minyak dengan api yang sederhana dan goreng karipap hingga keperangan 
Api jangan terlalu kuat kerana ia akan menyebabkan kulitnya mengerutu 
Sedia dihidangkan 








Telur separuh masak kesukaan En.Suami...








Ruangan yang amat dirindui....









No comments:

Post a Comment