Tuesday 29 December 2015

KARI MAMAK BAWAL HITAM








  
   Kari mamak bawal hitam



Menu kegemaran bapak kami ni...

Kalau nak masak gulai ikan bawal ni, kena dapatkan yang segar

Baru sedap 

Ikan bawal hitam ni, digoreng camtu saja pun enak sangat dah

Sekarang bukan main mahai lagi harganya

Kamipun bukan selalu beli ikan ni, sebab kami lebih gemar ikan Jenahak sebenarnya

Harga pun lebih kurang jer

Ikan bawai ni kena basuh betul- betul, kalau tidak akan ada sedikit baunya

Kami akan korek semua darah kat tulangnya pastu basuh bersih- bersih kat insang di kepalanya

Rendam dalam air basuhan beras ataupun dalam air perahan limau nipis

Pastu barulah boleh dimasak mengikut menu kegemaran masing- masing

Kami paling suka kalau masak gulai ikan bawal ni, letak terung juga

Kami goreng sebentar terung tu, baru masukkan kedalam gulai

Geng yang paling ngam sekali kalau makan nasi dengan gulai ni kena ada sambal belacan

Goreng  ikan masin dan mesti la ada sedikit ulaman

Makan dok bersila ramai-ramai, dengan nasi beras siam....

Enaklah hai....

Sedaplah hai...

Kalau ada sesiapa yang teringin nak mencuba lauk gulai ni...

Disini kami titipkan resepinya...

Boleh cuba kalau suka...





 
   Sedaplah walawei pekat, likat 




KARI MAMAK BAWAL HITAM

Resepi asal : Mamak Haji

Di olah oleh : Aniza Saidin


Bahan A

Dicuci bersih dan digaram kunyitkan 

I kilo ikan bawal-dipotong 2


Bahan B

Untuk tumisan

1 sudu kecil halba campur

1 biji bawang besar- dihiris menegak 

1 sudu besar pes halia

1 sudu besar pes bawang putih

2 tangkai daun kari 

1/4 cawan minyak masak


Bahan C

Dijadikan pes

3 sudu besar serbuk kari

1 sudu kecil serbuk cili 

1 sudu kecil serbuk jintan putih

1 sudu kecil jintan manis

1 sudu kecil serbuk kas-kas - kalau suka


Bahan D

2 labu bawang merah - dikisar dengan 1 cawan air

1 sudu besar asam jawa - diperah dengan 1/2 cawan air

2 biji tomato masak - diramas 

1 cawan santan pekat - kalau suka, tak letak pun tak apa

3 cawan air

Garam secukup rasa


Bahan E

8 biji bendi - dicelur sekejap

2 ranting daun pudina 


Panaskan minyak dan masukkan halba campur, kacau sekejap jangan sampai hangus nanti kari jadi pahit. Masukkan bawang besar dan goreng hingga wangi dan agak garing

Masukkan pes bawang putih, halia dan daun kari, masak hingga harum

Masukkan Bahan C, dengan api perlahan masak hingga rempah terbit minyak dan garing

Masukkan bawang besar yang dikisar dan biarkan mendidih baru dimasukkan air asam jawa dan tomato yang diramas

Tambahkan 3 cawan air atau lebih bergantung kepada kepekatan kuah yang disukai

Boleh letakkan santan kalau suka

Akhir sekali masukkan ikan dan perasakan dengan garam

Masak dengan api perlahan hingga isi ikan masak sepenuhnya

Padamkan api dan masukkan ranting pudina dan tutup periuk

Semasa menghidang, letakkan bendi yang telah dicelur 




DONUT MERIAH







   
    Donut meriah 



Jom buat donut...
Menu jimat dan murah
Kalau anak ramai sangat berbaloi buat donut ni
Sekilo tepung boleh dapat 70 biji kut
Kami sangat suka buat donut
Dulu anak- anak sangat suka makan donut
Sekali goreng sampai 30 biji, anak- anak soleh dan solehah boleh habiskan semuanya
Kami dah cuba pelbagai resepi donut
Dari yang guna susu segar sampai ke susu pekat manis
Dari yang guna butter sampai yang guna lemak sayuran
Semuanya ada keistimewaan masing- masing
Ada yang suka donut yang sedikit rangup kulitnya
Ada yang suka lembut- lembut macam roti
Ada yang suka kenyal- kenyal bila digigit 
Anak- anak kami suka semua jenis donut 
Apatah lagi yang disalut cokelat pelbagai rasa
Kalau letak gula perang dan cinnamon pun diaorang gemar juga
Donut dengan gula castor pun dah cukup sedap
Ni antara resepi yang kami gemar guna pakai
Dapat dari majalah lama...
Kami titipkan resepinya disini...
Boleh cuba kalau suka...







    Salutan cokelat putih dan badam




DONUT MERIAH
Resepi : Aniza Saidin (Aniza little kitchen)

Bahan A
Masak hingga berwap dan biarkan suam
1 cawan susu segar
1/4 cawan butter
1/3 cawan gula pasir

Bahan B
1 sudu besar yis
2 biji telur - dipukul sedikit

Bahan C
Dicampurkan bersama
3 1/2 cawan tepung gandum
1/8 sudu teh serbuk buah pala- kalau suka

Campurkan bahan A dan bahan B, kacau hingga rata
Masukkan 1 1/2 cawan tepung kedalam adunan cecair dan kacau hingga sebati
Masukkan lebihan tepung tadi dan uli anggaran 5 hingga 8 minit
Rehatkan hingga adunan naik sekali ganda, tumbuk- tumbuk untuk keluarkan angin
Canai adunan dan tekap dengan acuan kegemaran 
Biarkan anggaran 20 minit hingga donut kembang semula
Goreng dengan minyak sederhana panas hingga keemasan
Boleh disalut bersama gula icing atau coklat yang dicairkan





    Salutan cokelat hitam dan kacang tanah




Kali ni kami salutkan donut dengan cokelat yang dicairkan
Sebab nak menjamu tetamu cilik
Supaya diaorang gembira bila menjamahnya 
Bagi yang belum tahu cara untuk mencairkan cokelat
Kami titipkan juga caranya
Harap dapat membantu







  Marshmallow untuk kanak-kanak riang 



Cara untuk mencairkan coklat

Pastikan coklat telah dihiris menjadi kepingan yang kecil dan konsisten 
Jangan cuba menambah cairan kepada jumlah coklat yang besar atau coklat yang tidak dihiris
Pastikan semuanya tidak tersentuh air!!!! 
Coklat akan menjadi sesuatu yang susah untuk dikendalikan bila ia telah bercampur walaupun dengan beberapa titik air. 
Amat penting!!!! Pastikan alatan, tempat kendalian dan tangan anda betul-betul kering
Cairkan coklat dengan menggunakan suhu rendah. 
Coklat terlalu sensitif dan akan menjadi 'kering' jika terlebih panas
Kacau coklat anda dengan kerap menggunakan spatula silikon, apabila coklat kelihatan mula mencair
Coklat mengekalkan bentuknya apabila dilarutkan, jadi satu-satunya cara untuk mengetahui jika ia benar-benar terlarut adalah dengan mengacaunya. 
Jangan bergantung kepada melihat sahaja.


Mencairkan Coklat Dalam Microwave

Microwave adalah dibayangkan sangat berguna untuk mencairkan coklat. Jika digunakan dengan berkesan, ia boleh mencairkan coklat lebih cepat daripada double boiler dengan sedikit usaha. Bahagian yang paling penting mencurahkan coklat di Microwave memilih setting yang sesuai. Pastikan anda menggunakan mangkuk yang selamat untuk microwave untuk mencairkan coklat anda. Jika ianya terlalu panas ini akan menyukarkan anda untuk berurusan selepas ia telah keluar dari Microwave. Jika anda telah panaskan coklat anda, dengan serta-merta tuangkan ke dalam bekas yang sesuai, tambahkan dengan coklat yang belum cair dan kacau secara konsisten.

Ia adalah lebih baik mencairkan coklat anda pada suhu yang rendah untuk mengelakkan 'kekeringan'. Jika microwave anda tidak mempunyai pilihan ini, panaskan coklat dalam suhu yang lebih rendah dan campur antara setiap sesi pemanas. Selain itu, jika microwave anda tidak mempunyai turn-table, secara manual pusingkan bekas itu setiap kali anda berhenti untuk mencampur coklat.

Ia adalah sangat sukar untuk menentukan masa sebenar, kerana ia boleh berbeza berdasarkan gelombang elektrik, jenis coklat dan juga kandungan mentega dalam coklat. Walau bagaimanapun, sebagai maklumat kira kira-kira 1 minit bagi 1 auns coklat, 3  minit untuk 8 oz. coklat, 3.5 minit untuk 1 paun coklat, dan 4 minit untuk 2 kali berat. Kacau coklat konsisten sehingga ia benar-benar terlarut.


Mencairkan Coklat Dengan Double Boiler

Kaedah konvensional mencairkan coklat adalah dengan menggunakan sebuah relau berganda. Sebuah relau berganda adalah satu set khusus alatan yang terdiri daripada periuk sup yang mengekalkan air panas, dan mangkuk yang sesuai dan selamat di atas periuk sup. Jika anda tidak memiliki sebuah relau berganda, apa-apa mangkuk keluli atau cawan untuk disesuaikan dengan baik di atas periuk sup boleh digunakan.

Mulakan dengan mengisi periuk sup dengan air panas daripada air paip. Anda mahu air yang cukup untuk menyediakan air panas, tetapi tidak begitu banyak hingga menyebabkan air melimpah. Panaskan periuk sup dengan api perlahan sehingga air mula mendidih, kemudian letakkan mangkuk coklat di atas air. Jika anda mempunyai jumlah coklat yang banyak, mulakan dengan 1/3 daripada jumlah akhir. Biarkan coklat mula untuk mencairkan, dan kemudian kacau dengan teliti dengan spatula plastik. Apabila hampir semua coklat mencair, kacau dengan konsisten sehingga ia cerah, licin berkilat, dan cair sepenuhnya.






Monday 28 December 2015

MUFFIN COKLAT





Masa anak- anak masih kecil kami gemar buatkan mereka muffin ni
Tapi tak sekerap membuat cup cakes
Sebabnya.....
Anak-anak lebih gemar rasa cup cakes daripada muffin
Dan kami pulak suka buat muffin 
Sebabnya.....
Mudah dan senang cara penyediaannya, tak payah berkencah nak keluarkan mixer bagai
Kacau dengan senduk kayu jer...
Perkakas yang digunakan pun tak banyak, tak penat nak membasuh dan kurang berminyak
Muffin tak payah nak topping bagai, makan camtu jer dengan teh atau kopi panas
Kami anak beranak paling suka makan muffin masa panas- panas
Masa baru keluar dari oven, sangatlah enaknya
Kalau nak muffin yang merekah-rekah kat atasnya guna double action baking powder
Memang cantik kejadian rekahannya...
Muffin juga boleh dipelbagaikan perisanya
Boleh juga ditambah kekacang didalamnya....
Bersama ini kami titipkan resepi muffin coklat yang sangat simple ni....
Boleh cuba kalau suka....






    Muffin coklat


MUFFIN COKLAT

Bahan A
Diayak bersama
1 3/4 cawan tepung gandum  
1/4 cawan serbuk koko 
1 sudu teh baking powder atau double action baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat  

Bahan B
1 cawan gula perang 
1/2 sudu teh garam

Bahan C
Dikacau rata 
1 cawan susu segar atau buttermilk
1 biji telor - pukul sikit  
1/3 cawan minyak jagung atau butter yg dicairkan 
1 sudu teh esen vanila  

Bahan D
1/2 cawan chip cokelat- tinggalkan sedikit untuk taburan

Campurkan bahan A dan bahan B dan bahan D, gaul rata
Campurkan bahan tadi bersama bahan C
Kacau sebentar dengan menggunakan senduk kayu sekadar untuk mencampurkan bahan- bahan sahaja. Terlebih kacau akan menyebabkan muffin keras dan kering
Masukkan adunan 3/4 penuh kedalam acuan muffin 
Taburkan chip coklat di atasnya kalau suka
Bakar pada suhu 200C selama 20 minit ataupun hingga muffin masak
Biarkan di atas redai 10 minit sebelum dikeluarkan dari acuan
Sedap dihidangkan panas bersama secawan teh atau kopi panas