Thursday 23 April 2015

BIG HEART CHEESE








BIG HEART CHEESE




My sayang Sara Hanum balik rumah minggu lepas
Sampai jer rumah terus tanya ibu ada stock cream cheese tak
Rupanya dah seminggu anak solehah ni dok menahan selera
Tak makan manis an segala dessert bagai
Katanya nak kurus sikit sebab sara kena jadi MC untuk satu majlis penting kat UIA
Risau sangat takut baju yang dipakai nampak sendat
Anak dara ibu dah besar
Dah pandai nak bergaya
terus Sara masuk dapur
Walaupun jam menunjukkan dah tengah malam
Katanya kalau buat malam ni
Esok dah boleh makan
Sara buat sikit jer
Cuma dua bekas
Katanya satu untuk diri sendiri
Satu lagi nak simpan untuk adik kesayangannya Nayib Ali
Resepi big heart cheese kami data beebread tahun yang dull
Dari jiran kami Khairul Haniza
Lebih kurang macam resepi cheesekut
Tapi big heart cheese leak buah
Tak kisah buah segar atau yang dalam tin
Nak letak puree buah pun boleh
Kami titipkan resepinya disini
Boleh cuba kalau suka.....





TANPA BUAH SEBAB TAK ADA  STOK KAT RUMAH





Big Heart Cheese

Bahan A
 250 gram cream cheese
1/2 cawan fresh/ whipping cream
3/4 cawan susu pekat manis

Bahan B
1-2 peket biskut marie
1 peket buah strawberry
Coklat sos
shreaded cheddar cheese.

Krimkan semuanya bahan A hingga gebu letakkan sedikit didalam bekas
Susunkan biskut Marie, letakkan lagi cream cheese
Susunkan strawberry dan coklat cair
Ulangi proses hingga habis
Akhir sekali taburkan sheraded cheddar cheese n strawberry
Sejukkan beberapa jam sebelum di hidangkan





SEDAP SANGAT DIMAKAN SEJUK-SEJUK




Chocolate Sos

2 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula pasir
2 cawan susu segar
80 gram coklat hitam
1 sudu besar butter

Campurkan semua bahan kering dan susu segar kacau sebati
Jerangkan diatas dapur dengan api perlahan
Masak hingga adunan pekat dan meletup-letup
Masukkan coklat hitam dan butter
Padamkan api dan sejukkan

Selamat Mencuba

Wednesday 22 April 2015

FRUIT TARTLET








FRUIT TARTLET


Anak solehah Sara Hanum ada assignment untuk di siapkan
Kena temuramah pemilik syarikat
Sepatutnya yang di interview orang lain tapi
Kita cuma merancang Allah menentukan segalanya
So...
Ayahnya jadi bidan terjun
Sara dan the gangs tetapkan temujanji
Ayah ok saja...demi anak ayah turutkan
Kami pergi ke UIA Gombak
Tempat perjumpaan dengan Sara dan the gangs
Kami masak- masak sikit
Nak menjamu Sara dan kawan-kawannya
Kami buat spaggetti , mini apple pie dan fruit tartlet
Seronok dan kami bergembira disana
Kawan-kawan Sara sangat baik dan berkhemah
Siapa nak cari calun menantu memang lah sesuai sesangat
Bukan sahaja mereka cantik, terpelajar tapi amat berbudi bahasa
Sebenarnya kami cuma nak tulis resepi fruit tarlet ni
Kami letakkan dua jenis cream custard yang boleh digunakan
kedua-duanya pun sedap belaka
Pilihlah mengikut kesesuaian bajet dan rasa
Jadi.....
Kami titipkan resepinya disini
Boleh cuba kalau suka ....




UNTUK SARA AND THE GANGS



FRUIT TARTLET

Sumber : Mak Lang Azie
Diolah : Aniza Little Kitchen

Bahan A
200g mentega
100g gula ising
1/4 sudu kecil esen vanila

Bahan B
1 biji telur

Bahan C
420g tepung
1 sudu besar susu tepung

Putar bahan A hingga lembut. Masukkan bahan B dan putar lagi.
Masukkan bahan C dan gaul hingga menjadi doh yang lembut.
Simpan sebentar didalam peti sejuk
Ambil sedikit doh dan tekankan ke dalam acuan tat.
Potong lebihan di tepi-tepi acuan dengan pisau.
Cucukkan dasar tat dengan garfu.
Bakar selama 12 minit atau hingga perang keemasan.
Keluarkan dari acuan dan biarkan sejuk. Simpan di dalam bekas kedap udara.





TAK ADA BUAH LAIN CUMA ANGGUR JER





Custard cream
Sumber : Mak Lang Azie

2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung kastad atau tepung jagung
8 sudu besar gula (ikut manis kesukaan)
2 cawan (500ml) susu segar
2 biji telur
2 sudu besar mentega
Kaedah penyediaan :
Campurkan tepung gandum, tepung castard/tepung jagung dan gula ke dalam periuk. Campurkan 2 sudu besar susu dan kacau rata.
 Masukkan telur dan kacau rata.
Tuangkan lebihan susu ke dalam bancuhan dan mentega.
Masak di atas api perlahan dan kacau selalu agar bancuhan tidak berketul.
Bila bancuhan menjadi pekat dan bersinar, padamkan api dan biarkan sejuk.






MASAK MENU NI JUGA




Resepi Vanilla Creme Diplomat
Diolah :Aniza Little Kitchen

Bahan A
250g susu segar
1st esen vanila

Bahan B
1 biji telur
30g gula kastor
10g tepung kastad
15g tepung jagung

Bahan C
 200g fresh cream, pukul hingga kental

Didihkan bahan A
Satukan bahan B hingga sebati dan masukkan separuh bahan A dan kacau sebati
Masukkan adunan tadi kedalam periuk yang ada separuh lagi bahan A
 Kacau guna whisk hingga pekat atas api kecil.
 Alihkan dari api, tutup permukaan kastad dengan cling wrap. Biarkan sejuk pada suhu bilik kemudian simpan dalam peti sejuk hingga benar-benar sejuk.
Apabila sudah sejuk, pukul sebentar guna sudu atau whisk. Kaup balikkan ke dalam fresh cream hingga sebati.



Tip kami:

Sapukan satu lapisan nipis coklat pada permukaan dalam tart untuk mengelakkan tart lemau semasa meletakkan krim nnti
Antara buah-buahan yang boleh digunakan ialah kiwi, peach dan strawberry
Krim custard biasa pun dah cukup sedap tapi vanila cream diplomat tersangatlah sedapnya






LEPAT LABU BERINTI KELAPA DAN GULA KABUNG








LEPAT LABU



Beberapa hari lepas kami beli labu manis yang amat cantik isinya
Jarang kami jumpa isi labu yang halus dan wangi baunya
Malam tadi kami dah buat sira labu
Rasanya macam ubi keledek manis
Masa kami rebus tu En.Suami sampai tegur
Apa yang wangi sangat kami masak kat dapur tu
Pagi ni kami kukus lebihan labu tu
Kami nak buat lepat pulak
Sebenarnya kami suka lepat yang kosong jer
Yang tak ada inti apa-apa
Tapi En.Suami sukal lepat berinti kelapa
Kami tambah nilai pada lepat tu
Kami tambah gula kabung
Isi labu kami sangat cantik kuning ya
Bila dilenyek halus mulus isinya
Rasanya dah tentu manis sangat-sangat
Kami malas nak cerita banyak lah
Kami titipkan resepinya disini
Boleh cuba kalau suka







INTINYA MENYEDAPKAN LAGI RASANYA






Lepat Labu Inti Kelapa Dan Gula Kabung

Bahan A
Dikupas dan dikukus
1/2 biji labu sederhana besar
Anggaran 2 cawan labu yang dilecek

Bahan B
1/4 cawan gula ( boleh tambah kalau suka)
2 1/2 cawan tepung gandum ( tambah kalau adunan terlalu lembut)
1 sudu besar tepung beras
1/4 cawan santan pekat

Bahan C
1/4 cawan kelapa parut
Secubit garam halus
1/2 buku gula kabung dihiris halus
Daun pisang untuk membungkus

Bahan A dilecek halus
Campurkan dengan bahan B
Adunan akan menjadi agak lembut
Letakkan anggaran dua sudu adunan ke atas daun pisang
Letakkan sedikit kelapa parut dan gula kabung
Tutupkan dengan adunan labu semula
Bungkuskan adunan hingga kemas
Kukuskan anggaran 15 hingga 20 minit hingga masak
Sejukkan sebelum dihidangkan

Tip kami
Labu lebih baik dikukus kerana kalau direbus labu akan menyerap banyak air
Boleh diletakkan kelapa parut sahaja tanpa gula kabung
Kurangkan gula dalam adunan kerana labu dan inti gula kabung sudah cukup manis


BAKED EGGS









BAKED EGGS


Semasa kami rajin berdiet Atkins dulu-dulu
Tersangat rajin kami mencipta menu
Maklumlah tak boleh makan nasi
Tak boleh makan makanan yang selalu kami makan
Pastu ajak En.Suami menyertai sekali misi menguruskan badan
Kena masak yang sedap-sedap
Supaya tak jemu tekak menjamahnya
Dan misi boleh berjaya
Salah satu menu sarapan kami waktu tu...
Baked eggs ni
Kekadang kami buat untuk dinner  juga
Anak-anak pun sangat gemar dengan menu ni
Lagipun amat mudah disediakan
Dan bahan-bahan pun mudah dicari
Kami titipkan resepinya disini
boleh cuba kalau suka....


Baked Eggs
Resepi : Aniza Little Kitchen

Bahan A
3 biji telur
3 sudu susu cair atau segar
sedikit garam dan lada sulah

Bahan B
Di tumis bersama
1 sudu olive oil
1/4 labu bawang holland dicincang
1 labu bawang putih dicincang
1 batang sausage dipotong kecil


Bahan C
3 kuntum broccoli dicincang kasar
I batang daun bawang dihiris
Cheddar cheese kalau suka

Pukul bahan A hingga kembang
Masukkan bahan B, masukkan broccoli , kacau rata
Masukkan kedalam bekas tahan panas atau remikin
Taburkan dengan daun bawang dan cheese
Bakar dengan suhu 170C hingga perang..

Tip akak :
Kalau untuk atkin menu, tak perlu letak susu
Kurangkan garam sebab sausage akan memberi rasa masin
Boleh di gantikan sausage dengan hirisan daging ayam

Cadangan hidangan:
Boleh dimakan begitu sahaja bersama sos cili
Enak juga dihidangkan bersama roti bakar
Boleh juga dihidangkan bersama chezzy wedges

AYAM PERCIK MADU








AYAM PERCIK BERMADU



AYAM PERCIK MADU

Kalau masak ayam percik kami mesti teringat kat anak soleh sorang ni...
Gemar sungguh dia dengan ayam percik
Kalau bulan puasa, tiap-tiap hari menu ayam percik dia takkan merungut
Ratah begitu saja
Makan dengan nasi putih panas-panas
Dengan pulut kuning atau pulut tanak
Semuanya sedap katanya ...
Sebab anak soleh sorang ni penggemar tegar ayam percik
Buatlah apa versi pun
Yang kuahnya putih-putih versi Kelantan
Yang merah dan manis- manis versi percik madu
Yang berempah dan harum versi orang Kedah
Pasti menambat selera...
Dulu masa kat rumah di semenyih kami selalu bakar ayam percik guna arang
Sebab ada laman dan ruang untuk membakar
Kat sini kami masuk oven saja
Kalau nak lagi mudah
Guna jer pemanggang yang ajaib tu
Rasanya tak lah berbeza sangat...
Bolehlah untuk melepaskan keinginan
Kali ni kami nak kasi resepi ayam percik stail percik madu
Yang manis dan amat mudah disediakan
Kami titipkan resepinya disini
Boleh cuba kalau suka...


NASI MINYAK , OPOR NANGKA DAN AYAM PERCIK MADU



Ayam Percik Madu
Sumber :Aniza Little Kitchen

Bahan A
6 keping kepak ayam atau peha
Sedikit lada sulah
Sedikit garam

Bahan B
Dikisar halus
I labu  bawang besar
1 inci halia
I inci  lengkuas
2 ulas bawang putih
2 batang serai

Bahan C
3 sudu besar madu atau gula perang
1 sudu kecil stok ayam serbuk
2 sudu besar cili mesin -boleh tambah kalau suka pedas
2 sudu besar cili sos
1 cawan santan pekat


Perapkan bahan A seketika
Sementara itu campurkan semua bahan B dan C
Masak hingga mendidih dan pecah minyak
Masukkan ayam dan biarkan hingga separuh masak
Keluarkan ayam dan bakar menngunakan arang atau didalam oven
Boleh juga dipanggang dengan pemanggang ajaib hingga garing kulitnya
Pekatkan kuah ayam tadi dan siramkan ke atas ayam semasa menghidang


Cadangan hidangan
Sesuai dimakan begitu sahaja
Enak juga dimakan bersama nasi putih
Sedap juga dihidangkan bersama pulut

ROTI SARANG LEBAH








Roti sarang lebah





Muskhil betul kenapa di panggil roti sarang lebah
Langsung tak serupa
Sebab kami memang pernah tengok sarang lebah kat kampung dulu
Memang tak sama langsung
Jauh panggang dari api
Tapi kami buatlah juga
Terliur tengok orang lain dok post gambar
Nampak macam best sangat
Kebetulan anak-anak balik bercuti
Seronok sikit makan ramai-ramai
Kalau berdua dengan En.Suami memang tak makanlah roti
Alamatnya berkulat dalam tuppaware
Kali pertama buat kurang menjadi
Mungkin kami malas menguli kut
Mengelat...uli sikit- sikit...
Tapi kami tak serik, walaupun anak- anak dah cuak
Takut kena paksa makan hmmm...
Kali ni memang sangat cantik hasilnya
Mengembang dan gebu sesangat
Kami yang paling gembira
Nak makan pun rasa sayang
Macam nak keringkan ...pastu letak varnish
Boleh jadikan hiasan kat dapur...
Nak menambahkan enaknya lagi roti sarang lebah ni
Kami buatkan juga butterscotch sos
Wallawei memang umph sangatlah
Kalau makan ni jangan dok rajin nak kira kalori bagai
Makan dulu lepas tu gi gym
Kami juga nak kongsi resepi butterscotch wif coffee juga
Yang ni memang extra sedap, bagi penggemar kopilah
Ok tak mau cerita panjang lagi....jadi...Disini kami titipkan resepinya
Boleh cuba kalau suka...



extra garing



Roti Sarang Lebah ( Bee Hives Bread)
Di olah: aniza little kitchen

Bahan A

500 gram tepung gandum
40  gram susu tepung
100 gram gula castor
11 gram yis kering
80 gram butter atau margerine
1 sudu kecil bread improver
1 sudu kecil bread softener

Bahan B

1 biji telur gred B
1/2 cawan yogurt
200 ml air

Bahan C

1 biji telur
1/4 cawan susu cair

Bahan D
Almond, pistachio , bijan hitam, kuaci dll

Campurkan semua bahan A hingga sebati dan masukkan bahan B sedikit demi sedikit dan uli hingga adunan elastik.
Adunan memang agak lembik jadi jangan ditambah tepung lagi
Biarkan adunan naik dua kali ganda anggaran 30 minit.
Tumbuk2 adunan untuk membuang angin
Sapukan tangan dengan minyak
Bulatkan adunan dan biarkan didalam bekas hingga adunan naik sekali ganda lagi
Sapukan adunan dengan bahan C
Taburkan bahan D
Bakar dengan suhu 180 c bergantung kepada oven masing- masing.








Butterscotch Vanila Sos

4 sudu besar butter
1 cawan gula perang
3/4 cawan cream atau susu cair
1 sudu teh Vanila
1/2 sudu teh garam


Panaskan butter hingga cair
Masukkan gula, biarkan hingga gula mencair dan berbuih
Masukkan cream atau susu cair, kacau hingga 9 minit
3 minit pertama dengan api perlahan
6 minit terakhir dengan api sederhana
Padamkan api, masukkan Vanila dan garam
Kacau hingga sebati
Boleh di simpan didalam jar kaca...


My recipe butterscotch wif coffee

4 sudu besar butter
1/2 cawan gula perang
3/4 cawan cream atau susu cair
1 sudu teh instant coffee
1 sudu teh Vanila
1/2 sudu teh garam


Panaskan butter hingga cair
Masukkan gula, biarkan hingga gula mencair dan berbuih
Masukkan cream atau susu cair dan instant coffee kacau hingga 9 minit
3 minit pertama dengan api perlahan
6 minit terakhir dengan api sederhana
Padamkan api, masukkan Vanila dan garam
Kacau hingga sebati
Boleh di simpan didalam jar kaca...


Tip akak
Sebab adunan ni amat lembut akak guna mixer untuk menguli selama 15 minit
Kemudian akak masukkan dalam plastik besar dan akak golek2 dan uli2 adunan tu lagi selama 15 minit lagi.
Akak biarkan adunan mengembang didalam plastik, bila dah naik dua kali ganda akak golek2 lagi untuk mengeluarkan angin. Sapu minyak ditangan untuk membulatkan adunan supaya tak melekat.
Disebabkan kualiti tepung yang berlainan mengikut jenama, masukkan air sedikit2 untuk menentukan kelembutan doh.

PAVLOVA










pavlova


Beberapa tahun yang dulu
Semasa anak solehah Sara Hanum berumur 16 tahun
Pernah sekali anak solehah cuba membuat pavlova
Masa tu pavlova belum menjadi fenomena lagi
Sara ambil resepi dari internet dan membuatnya
Hasilnya amatlah mengecewakan...
Lepas tu Sara macam trauma bila dengar nama pavlova
Takut nak makan...
Kamipun tak pernah nak cuba buat lagi
Dok bayangkan manis leting dan bau hanyir putih telur tu...
Tapikannnn...suatu hari tu
Kami sekeluarga pergi makan roti kat kedai roti levian di jalan tun razak tu
Sara terliur dengan pavlova kat situ
Besar dan sangat cantik hiasannya
Sebenarnya Sara terliur pada macaron yang menjadi hiasannya tu...
Kami beli sebijik...
Akak cuba rasa...memang manis tapi dimakan bersama whipping cream memang agak sedap jugak
Balik rumah kami ajak Sara Hanum buat pavlova
Kebetulan kami ada banyak putih telur
Sebab sebelumnya kami ada buat portuegese egg tart yang guna kuning telur semata
Dah siap pavlovanya...
Kami letak whipping cream banyak-banyak
Dan susun buah juga banyak-banyak
Dan apabila pavlova tu masuk ke mulut kami
Kami terus jatuh cinta dengan rasanya
Tak tau nak cerita macammana
Tapi kami memang sukalah
Kami buat kurang manis
Sebab tu boleh makan kut
Jadi kami nak kongsikan resepi pavlova ni dengan semua
Supaya semua boleh merasa dan jangan takut untuk mencuba
Kami titipkan resepinya disini
Boleh cuba kalau suka




tersangatlah sedapnya





Pavlova

4 biji putih telur  (120g)
3/4 cawan gula kastor
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung

Pukul putih telur menggunakan mixer dengan kelajuan perlahan. Pukul sehingga adunan menjadi 'soft peak form' ataupun pekat.
Tukar pada  kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan. Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat.
Bila pegang sedikit adunan di tangan terasa lagi gula yang belum hancur.
Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk maka terjadi lah meringue. Make sure tanduknya agak tajam.
Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.
Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula atau sendukkkan kayu
Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak(parchment paper). Kami guna sil ikon paper
Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis. Pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah.
Panaskan oven pada suhu 150' C selama 15 minit
Masukkan adunan meringue. Selepas 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Masak selama 1 jam.
Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.





letak buah banyak-banyak
Bahan Hiasan

1 cawan (240 ml ) whipping cream
1/2 sudu teh esen vanilla
Buah-buahan pilihan
Kiwi, anggur , peach, limau mandarin ,strawberry

Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental.
Masukkan esen vanila.
Masukkan whipped cream dalam piping bag.
Hiaskan mengikut kesukaan dan susunkan buah-buahan kegemaran
Siap untuk dihidangkan


En.Suami terlebih letak krim sampai hilang rupa pavlova



Tip kami

Pastikan  ketika mengasingkan antara telur putih dan kuning, tiada sedikitpun telur kuning yang masuk dalam telur putih. Untuk memudahkan kerja, gunakan telur yang disimpan dalam peti sejuk. Telur yang sejuk, mudah untuk diasingkan antara kuning dan putih. Bila nak digunakan, pastikan putih telur berada dalam suhu bilik. Jangan guna masa telur masih sejuk.

Periksa peralatan yang digunakan bersih dari sebarang air dan kesan minyak.

Simpan mangkuk untuk memukul whipping cream sekurangnya 2 jam didalam freezer