AYAM PERCIK BERMADU |
Kalau masak ayam percik kami mesti teringat kat anak soleh sorang ni...
Gemar sungguh dia dengan ayam percik
Kalau bulan puasa, tiap-tiap hari menu ayam percik dia takkan merungut
Ratah begitu saja
Makan dengan nasi putih panas-panas
Dengan pulut kuning atau pulut tanak
Semuanya sedap katanya ...
Sebab anak soleh sorang ni penggemar tegar ayam percik
Buatlah apa versi pun
Yang kuahnya putih-putih versi Kelantan
Yang merah dan manis- manis versi percik madu
Yang berempah dan harum versi orang Kedah
Pasti menambat selera...
Dulu masa kat rumah di semenyih kami selalu bakar ayam percik guna arang
Sebab ada laman dan ruang untuk membakar
Kat sini kami masuk oven saja
Kalau nak lagi mudah
Guna jer pemanggang yang ajaib tu
Rasanya tak lah berbeza sangat...
Bolehlah untuk melepaskan keinginan
Kali ni kami nak kasi resepi ayam percik stail percik madu
Yang manis dan amat mudah disediakan
Kami titipkan resepinya disini
Boleh cuba kalau suka...
NASI MINYAK , OPOR NANGKA DAN AYAM PERCIK MADU |
Ayam Percik Madu
Sumber :Aniza Little Kitchen
Bahan A
6 keping kepak ayam atau peha
Sedikit lada sulah
Sedikit garam
Bahan B
Dikisar halus
I labu bawang besar
1 inci halia
I inci lengkuas
2 ulas bawang putih
2 batang serai
Bahan C
3 sudu besar madu atau gula perang
1 sudu kecil stok ayam serbuk
2 sudu besar cili mesin -boleh tambah kalau suka pedas
2 sudu besar cili sos
1 cawan santan pekat
Perapkan bahan A seketika
Sementara itu campurkan semua bahan B dan C
Masak hingga mendidih dan pecah minyak
Masukkan ayam dan biarkan hingga separuh masak
Keluarkan ayam dan bakar menngunakan arang atau didalam oven
Boleh juga dipanggang dengan pemanggang ajaib hingga garing kulitnya
Pekatkan kuah ayam tadi dan siramkan ke atas ayam semasa menghidang
Cadangan hidangan
Sesuai dimakan begitu sahaja
Enak juga dimakan bersama nasi putih
Sedap juga dihidangkan bersama pulut
No comments:
Post a Comment