pavlova |
Beberapa tahun yang dulu
Semasa anak solehah Sara Hanum berumur 16 tahun
Pernah sekali anak solehah cuba membuat pavlova
Masa tu pavlova belum menjadi fenomena lagi
Sara ambil resepi dari internet dan membuatnya
Hasilnya amatlah mengecewakan...
Lepas tu Sara macam trauma bila dengar nama pavlova
Takut nak makan...
Kamipun tak pernah nak cuba buat lagi
Dok bayangkan manis leting dan bau hanyir putih telur tu...
Tapikannnn...suatu hari tu
Kami sekeluarga pergi makan roti kat kedai roti levian di jalan tun razak tu
Sara terliur dengan pavlova kat situ
Besar dan sangat cantik hiasannya
Sebenarnya Sara terliur pada macaron yang menjadi hiasannya tu...
Kami beli sebijik...
Akak cuba rasa...memang manis tapi dimakan bersama whipping cream memang agak sedap jugak
Balik rumah kami ajak Sara Hanum buat pavlova
Kebetulan kami ada banyak putih telur
Sebab sebelumnya kami ada buat portuegese egg tart yang guna kuning telur semata
Dah siap pavlovanya...
Kami letak whipping cream banyak-banyak
Dan susun buah juga banyak-banyak
Dan apabila pavlova tu masuk ke mulut kami
Kami terus jatuh cinta dengan rasanya
Tak tau nak cerita macammana
Tapi kami memang sukalah
Kami buat kurang manis
Sebab tu boleh makan kut
Jadi kami nak kongsikan resepi pavlova ni dengan semua
Supaya semua boleh merasa dan jangan takut untuk mencuba
Kami titipkan resepinya disini
Boleh cuba kalau suka
tersangatlah sedapnya |
4 biji putih telur (120g)
3/4 cawan gula kastor
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung
Pukul putih telur menggunakan mixer dengan kelajuan perlahan. Pukul sehingga adunan menjadi 'soft peak form' ataupun pekat.
Tukar pada kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan. Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat.
Bila pegang sedikit adunan di tangan terasa lagi gula yang belum hancur.
Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk maka terjadi lah meringue. Make sure tanduknya agak tajam.
Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.
Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula atau sendukkkan kayu
Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak(parchment paper). Kami guna sil ikon paper
Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis. Pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah.
Panaskan oven pada suhu 150' C selama 15 minit
Masukkan adunan meringue. Selepas 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Masak selama 1 jam.
Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.
letak buah banyak-banyak |
1 cawan (240 ml ) whipping cream
1/2 sudu teh esen vanilla
Buah-buahan pilihan
Kiwi, anggur , peach, limau mandarin ,strawberry
Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental.
Masukkan esen vanila.
Masukkan whipped cream dalam piping bag.
Hiaskan mengikut kesukaan dan susunkan buah-buahan kegemaran
Siap untuk dihidangkan
En.Suami terlebih letak krim sampai hilang rupa pavlova |
Tip kami
Pastikan ketika mengasingkan antara telur putih dan kuning, tiada sedikitpun telur kuning yang masuk dalam telur putih. Untuk memudahkan kerja, gunakan telur yang disimpan dalam peti sejuk. Telur yang sejuk, mudah untuk diasingkan antara kuning dan putih. Bila nak digunakan, pastikan putih telur berada dalam suhu bilik. Jangan guna masa telur masih sejuk.
Periksa peralatan yang digunakan bersih dari sebarang air dan kesan minyak.
Simpan mangkuk untuk memukul whipping cream sekurangnya 2 jam didalam freezer
No comments:
Post a Comment