Monday 31 October 2016

LONTONG DAN TEMAN-TEMANNYA










   Lontong dan teman-temannya 




Pulang keruangan yang dirindui 
Rumah kesuma yang lama ditinggalkan 
Kami cuma pulang bertiga
Bersama anak solehah Sara Hanum
Rindunya nak berlama - lama disini
Menyedut udara yang nyaman
Nak menikmati sarapan sambil ditemani kicauan burung







   Ruangan yang dirindui 







  Lontong origional yang sedap dan lembut





Paginya hari sebelum bertolak pulang
En.Suami belikan lontong ni
Kegemarannya ni
Lontong yang sangat lembut dan wangi
Katanya dibuat oleh orang Indonesia 
Kami rasanya tentu dari daerah Jawa
Kalau hari raya kami selalunya akan buat sendiri lontong ni
Kat kampung ada daun pisang awak yang sesuai untuk dijadikan keronsong 
Kami suka bau daun pisang yang melekat pada lontong
Unik dan tersendiri 







   Set hidangan kuning kegemaran kami...kami beli asing- asing tapi cantik pulak bila digandingkan                             bersama







   Kuah lontong Semarang kegemaran semua isi rumah





LONTONG SEMARANG
Resepi asal : Kak Gee
Di olah : Aniza little kitchen ( Aniza Saidin)

Bahan A
Dikisar bersama
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci belacan
4 biji buah keras
2 inci kunyit hidup 
10 biji cilipadi
Sedikit minyak untuk menumis

Bahan B
2 biji cili merah -dihiris halus
2 batang serai- diketuk
1/2 biji terung- dipotong nipis
1/2 biji petola- dipotong nipis
1 potong nangka muda- direbus
Segengam daun belinjau
5 helai kobis
Sekeping tempe 
Sekeping tauhu

Bahan C
2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair- boleh tambah kalau terlalu pekat
Daging  atau tulang ayam atau udang
Garam secukup rasa

Panaskan periuk dan tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan daging atau ayam dan kacau seketika atau hingga dagingnya kecut. Masukkan serai yang telah diketuk. Kemudian masukkan sedikit air dan biarlah daging empuk atau ayam cukup masak. 
Masukkan sayur bermula dengan yang keras iaitu terung , nangka dan petola. Masukkan semua sayur lain setelah terung empuk.
Kemudian masukkan pula 2 cawan santan, kacau hingga rata dan biarkan mendidih. Bila sudah mendidih, pelahankan api dan reneh seketika. Bubuhlah garam dan sedikit serbuk perasa kalau suka. Kalau tidak bubuhlah sedikit gula.Kemudian taburkan cili merah yang telah dihiris halus, kacau dan angkat. Sedia untuk dihidangkan 







  Sambal sotong kembang memang ngam dengan kuah lontong





SAMBAL TUMIS SOTONG KEMBANG
Resepi : Aniza Saidin ( Aniza little kitchen)

Bahan A
2 ekor sotong kembang sederhana besar
2 sudu besar tepung gandum

Bahan B
Dikisar bersama
5 biji bawang merah 
1 labu bawang besar 
1 ulas bawang putih
½ inci belacan bakar boleh ganti dengan pati ikan bilis

Bahan C
20 biji cili kering direbus dan dikisar
1 sudu kecil pes asam jawa
1 sudu besar gula- boleh tambah kalau suka manis

Bahan D
Garam secukup rasa
I labu bawang besar dihiris
1 sudu kicap pekat manis
garam secukup rasa
1/4 cawan minyak untuk menumis

Sotong dibersihkan dan direndam dalam tepung gandum anggaran 15 minit
Basuh hingga bersih dan toskan. Proses ini penting untuk menghilangkan hanyir sotong 
Masukkan kedalam kuali dan nyalakan api perlahan
Sotong akan keluarkan air jadi masak hingga airnya kering 
Setelah semua air sotong kering padamkan api
Sejukkan sotong sebentar barulah dipotong kecil  ikut kesukaan
Panaskan minyak di dalam kuali.
Tumis bahan B hingga naik bau.
Masukkan cili kisar dan masak lagi dengan api perlahan hingga terbit minyak.
Masukkan gula biarkan sebentar, masukkan asam jawa
Masukkan sotong dan bahan D, kacau sebentar hingga mendidih dan  padamkan api.
Sotong tidak boleh dimasak terlalu lama nanti sotong akan menjadi keras















 
    Serunding kelapa menambahkan rasa





SERUNDING KELAPA JAWA
Resepi : Aniza Saidin (Aniza little kitchen)

Bahan A
1 biji kelapa parut putih
2 sudu makan udang kering 

Bahan B
Disangai dan dikisar bersama
2 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 inci lengkuas
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
2 batang serai - dihiris nipis
1 sudu besar ketumbar biji
1/2 sudu besar jintan manis
1 sudu teh jintan putih

Bahan C
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Sangai kelapa parut hingga kering dan kekuningan dan ketepikan
Sangai pulak udang kering dan ditumbuk halus
Panaskan minyak dan tumis bahan B hingga kering dan wangi
Kacau hingga terbit minyak
Masukkan udang kering dan kacau lagi
Masukkan bahan C dan masakkan hingga agak kering
Akhir sekali masukkan kelapa parut yang siap digoreng tadi
Kacau rata dan rasakan garam dan gula
Kacau hingga sambal kelapa agak kering, padamkan api
Sedia dihidangkan bersama nasi impit dan lontong







   Rendang Padang  dan serunding daging





RENDANG PADANG 
Resepi : Aniza Saidin ( Aniza little kitchen)

Bahan A
1 kilo daging tanpa lemak- dipotong dadu
12 cawan santan pekat -Dari 3 biji kelapa 
4 sudu minyak untuk menumis

Bahan B
Dikisar bersama
12 biji bawang merah 
6 ulas bawang putih
150 gram cili kering ( lebihkan kalau suka pedas)
1 sudu teh lada putih biji
2 cm kunyit hidup
3 biji buah keras

Bahan C
3 batang serai-dititik
3 cm lengkuas - dititik
2 cm halia- dititik
3 helai daun limau purut- dibuang urat tengah
3 helai daun salam 
1 helai daun kunyit - dicarik 
2 kuntum bunga lawang
2 keping asam gelugur

Bahan D
1 sudu besar kerisik
Garam dan gula secukup rasa

Panaskan minyak dan tumiskan bahan B, masak hingga rempah wangi dan garing
Masukkan daging dan biarkan hingga kering airnya
Ataupun cara ke 2, perapkan daging bersama bahan kisar selama 5 jam atau semalamam 
Kemudian dimasak hingga kering air daging
Masukkan santan dan bahan C dan kacau selalu supaya santan tidak bergentel
Teruskan mengacau hingga terbit minyak dan kuah agak kering
Masak hingga daging empuk
Perasakan dengan bahan D
Kalau suka rendang yang agak kering boleh diteruskan proses merendang anggaran 2 jam ke 3 jam







   Alhamdulillah secukup rasa semuanya...









Sunday 30 October 2016

PEACH COBBLER










   Peach cobble















  
    Hidangkan bersama aiskrim






PEACH COBBLER 
Resepi : Aniza Saidin (Aniza little kitchen)

Bahan A
Untuk intinya
1 tin buah peach - ( kalau guna buah peach segar lagi sedap)
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar air buah peach

Bahan B
1 cawan tepung gandum
3 sudu besar gula 
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam
3 sudu besar mentega sejuk - dipotong dadu
2/3 cawan buttermilk
1/4 sudu teh serbuk kulit kayu manis- kalau suka

Bahan C
1/2 cawan mentega 

Panaskan oven pada suhu 170'C
Masukkan Bahan C kedalam bekas tahan panas dan masukkan kedalam oven hingga butter mencair
Boleh guna bekas kecil atau sebiji caserol yang sederhana besar
Campurkan Bahan A dan masukkan kedalam bekas tahan panas
Masukkan tepung kedalam bekas dan masukkan bahan kering
Gaul rata dan masukkan mentega sejuk, gaul rata dengan menggunakan hujung jari hingga bercampur rata. Jangan terlebih gaul yer
Masukkan buttermilk dengan menggunakan spatula gaul hingga sebati adunan 
Gunakan skop icecream, skopkan adunan keatas campuran buah peach tadi
Boleh tabur sedikit gula perang diatas adunan biskut tadi
Bakar selama 30 hingga 40 minit hingga keperangan
Sedap dihidangkan suam bersama icecream








   Dok beratuq tunggu giliran nak kena makan







   Untuk juadah minum petang










VARIASI GORENG PISANG TANDUK










 
    Dengan cheddar cheese dan susu pekat manis







 tambahkan serbuk milo atau serbuk koko








   Cheddar cheese, susu pekat manis dan chocolate rice







   Dengan custard sos dan ceri merah







   Bakar atas non stick dengan gula perang dan serbuk kayu manis







  Ataupun yang origional macam ni...sedap dimakan panas - panas



Selamat mencuba...






KUIH NONA MANIS













KUIH NONA MANIS
Oleh: Aniza Saidin (Aniza little kitchen)
Untuk 25 biji kuih 

Bahan A
2 biji telur
1/2 cawan gula pasir
1 cawan santan  - guna santan kotak Kara 
1 cawan tepung gandum

Pukul telur hingga kembang , masukkan gula pasir dan santan
Kacau hingga sebati, tambahkan tepung gandum dan kacau hingga tak bergentel
Ketepikan sebentar

Bahan B
1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan air daun pandan - ambil 5 helai daun pandan dan kisar dengan 1/2 cwn air dan tapis
1/4 cawan gula pasir
1/4 cawan tepung jagung
Secubit garam
Sedikit pewarna hijau apple

Satukan gula, tepung jagung, garam dan sedikit pewarna hijau. Kemudian masukkan santan yang dicampur dengan air daun pandan. Kacau sampai rata dan tidak berbintil-bintil.
Kemudian masak dengan api sederhana hingga ia meletup-letup, berkilat dan sedikit pekat. Angkat dari dapur dan biarkan sehingga suam suam kuku.
Tuangkan adunan A ke dalam adunan B. Kacau rata sehingga ia menjadi adunan yang pekat dan licin. Saya kisar dengan blender bagi menjadikan adunan yang sebati. 
Ketepikan dahulu sementara kita sediakan adunan putih


Bahan C
1 cawan santan pekat - guna santan kotak Kara 
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar gula pasir
1/2 sudu kecil garam halus

Satukan semua bahan C dan kacau rata. Kemudian masak atas api sederhana sambil sentiasa di kacau hingga ia pekat.
Tunggu suam sedikit dan masukkan dalam piping bag atau botol sos
Panaskan periuk pengukus sehingga airnya mendidih
Balut tutup kukusan dengan kain
Sapukan minyak pada acuan lompang yang kecil
Tuangkan adunan hijau kedalam acuan lompang hingga 3/4 cawan
Kemudian paipkan adunan putih di tengah-tengah adunan hijau, tekan sedikit supaya adunan naik memenuhi acuan cawan lompang.
Kukus selama 7 hingga 10 minit
Sejukkan sebelum dikeluarkan dari acuan
















KUIH LIMAS NEGERI PERAK

























KUIH LIMAS NEGERI PERAK
Resepi asal : Puan Mas Cotek
Diolah oleh : Aniza little kitchen

Bahan A
Lapisan bawah
Diblend dan ditapis
1 1/4 cawan tepung gandum
2 cawan santan cair
1 1/2 cawan jus pandan
3 sudu besar gula
 
Bahan B
Lapisan atas
Di blend dan ditapis
3/4 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan santan pekat
1/2 sudu teh garam

Bahan C
Sampan daun pisang secukupnya
Gula pasir secukupnya

Masukkan 1 sudu besar gula kedalam acuan sampan daun pisang
(Kami letakkan 1/2 sudu besar aje)
Tuangkan bahan A anggaran 3/4 penuh kedalam acuan
Kukuskan anggaran 12 minit
Angkat dan sendengkan sikit, kalau ada air diatasnya
Masukkan pula bahan B hingga memenuhi acuan
Kukus lagi anggaran 10 minit
Sejukkan dan sedia dihidangkan

Tip kami :
Tepung limas berbeza dengan tepung pelita kerana tepung pelita menggunakan tepung beras
Tapi tepung limas menggunakan tepung gandum walaupun cara penyediaannnya hampir sama

























MUFFIN CHOCOLATE CHIPS DAN CUPPUCINO
























MUFFIN CHOCOLATE CHIPS DAN CUPPUCINO
Resepi :Aniza Saidin (Aniza little kitchen)

Bahan A
Diayak bersama
1 3/4 cawan tepung gandum   
2 sudu besar  serbuk koko 
2 sudu teh baking powder 
1/2 sudu teh soda bikarbonat  

Bahan B
1 cawan gula perang 
1/2 sudu teh garam

Bahan C
Dikacau rata 
1 cawan susu segar atau buttermilk
1 biji telor - pukul sikit  
1/3 cawan minyak jagung atau butter yg dicairkan 
1 sudu teh esen vanila  
1 sudu teh cappuccino emulco
1 sudu teh coklat emulco

Bahan D
1/2 cawan chip cokelat- tinggalkan sedikit untuk taburan

Campurkan bahan A dan bahan B dan bahan D, gaul rata
Campurkan bahan tadi bersama bahan C
Kacau sebentar dengan menggunakan senduk kayu sekadar untuk mencampurkan bahan- bahan sahaja. Terlebih kacau akan menyebabkan muffin keras dan kering
Masukkan adunan 3/4 penuh kedalam acuan muffin
Taburkan chip coklat di atasnya kalau suka
Bakar pada suhu 200C selama 20 minit ataupun hingga muffin masak
Biarkan diatas redai 10 minit sebelum dikeluarkan dari acuan
Sedap dihidangkan panas bersama secawan teh atau kopi panas
































GYERAN MARI AKA TAMAGOYAKI AKA TELUR GULUNG






















GYERAN MARI AKA TAMAGOYAKI AKA TELUR GULUNG
Resepi : Aniza Saidin (Aniza little kitchen)

Bahan A
3 biji telur 
2 sudu air 
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
dipukul gebu bersama 

Bahan B
Dihiris nipis dan halus 
2 ulas bawang putih 
1 labu kecil bawang besar
1/2 batang saleri
6 batang daun kucai

Campurkan bahan A dan bahan B 
Kacau rata
Panaskan sedikit butter dlm non stick pan atau pemanggang yang sangat  ajaib tu
Rollkan semasa masih agak basah-basah dan roll ketat-ketam tau..jangan takut panas
Kalau ada lebihan aduanan telur lagi dan mahukan tamagoyaki menjadi  besar , tolak roll tu ke tepi sikit dan curahkan telur dihujungnya dan sambung lagi roll sampai habis adunan
Hasilnya seperti gambar diatas, kami guna 6 biji telur
Selamat mencuba...



























TAUHU ANURA









   Tauhu Anura dan sos manis




TAUHU  ANURA
Resepi : Aniza Saidin (Aniza little kitchen)

Bahan A
12 biji tauhu kering yang kecil

Bahan B
2 sudu besar minyak masak
2 ulas bawang putih dicincang
1 labu bawang holland yang kecil dicincang 

Bahan C
2 biji kentang sederhana besar didadu kecil
1 biji karot  didadu kecil
1 batang saleri didadu
1/2 cawan air

Bahan D
1 sudu teh lada sulah atau lada hitam
Serbuk perasa kalau suka
Garam secukup rasa

Bahan E
6 ekor udang sederhana besar di cincang
1 sudu teh tepung jagung dibancuh bersama 2 sudu besar air 

Bahan F
1 biji telur
1/2 sudu teh lada sulah
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng 
Bawang goreng untuk hidangan 

Lubangkan satu bahagian bahan A, ketepikan dahulu 
Panaskan minyak, tumiskan bahan B hingga wangi tak perlu garing yer
Masukkan bahan C, kemudian masukkan bahan D
Biarkan hingga kentang dan karot empuk, kalau perlu boleh tambahkan air
Masukkan pula bahan E dan biarkan hingga kering sedikit 
Masukkan inti kedalam tauhu yang sudah di lubangkan tadi
Isi hingga penuh dan tauhu jadi padat
Campurkan bahan F, pukul sebati
Ambil tauhu celupkan kedalam telur dan goreng hingga garing
Angkat dan toskan minyaknya
Sedia dihidangkan bersama bawang goreng dan sos manis


SOS MANIS
2 ulas bawang putih ditumbuk lumat
50 gram kismis atau kurma dikisar halus
1/2 cawan cili kisar
1/2 cawan sos cili
1 buku gula melaka
Sedikit jus lemon atau air asam jawa
1 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Bijan goreng untuk taburan

Masak bahan diatas hingga pekat dan berkilat
Boleh tambah asam atau gula ikut citarasa masing- masing
Ada yang suka sos sedikit manis dan ada yang suka sedikit masam







  Sepinggan sekejap je dah habis...









Thursday 6 October 2016

KEK MENTEGA






Kisahnya.....
Kek margerin Mak kami yang paling tersedap
Sebab kami dapat makan setahun sekali jeee
Waktu hari raya
Mak akan bakar sebijik setahun sekali
Selalunya dua malam sebelum raya 
Kak Jah dan Kak Teh akan datang kerumah kami 
Bawa sekali barang-barang nak buat kueh...
Untuk pengetahuan semua, Kak Jah dan Kak Teh ni memang pandai buat kek
Dan beberapa jenis kuih yang moden yang lain
Semperit , maamur dan biskut kelapa 
Ini cerita 40 tahun yang lalu yer...
Cerita kami belum masuk sekolah lagi
Mak kami pulak pakar buat kueh tradisi
Baulu, kueh goyang, karas dan peneram
Kueh bangkit Mak pun tersedap juga, gebusss
Kek Mak akan menggunakan banyak sangat telur, kira- kira 8 bijik rasanya
Guna margerin Planta, tak boleh guna yang jenama yang lain katanya 
Tapi sukatan bahan yang lain Mak dah lupa....
Kak Jah dan Kak Teh pun dah merantau jauh susah nak jumpa dah sekarang ni
Kami sekeluarga pun sama, masuk tanah rancangan 
Mak pulak tak dak buku resepi....
Dulu-dulu kami ghajin simpan segala resepi lama ni
Tulis dalam buku log yang kulit tebal tu...penuh satu buku dengan segala resepi warisan
Buku tu kami tinggai kat kampung...
Satu hari tu kami balik, kononnya nak buat biskut buah kana
Capai buku resepi kat rak...tengok- tengok buku tu dah hancuq lebuq 
Anai-anai dok makan isi dalamnya...
Tamatlah riwayat resepi tradisi dan warisan dari Mak dan jiran-jiran
Antara resepi terbaik semua ada kat dalam tu
Kali ni kami nak letaklah juga kat sini kek mentega asli ni...
Walaupun rasanya tak sama macam kek yang Mak buat tu
Tapi tak palah...kut-kut nanti anak cucu kami teringin nak makan kek macam kami buat ni
Depa bolehlah cari resepi kat sini
Kalaulah blog ni panjang umuqnya...
Dengan itu kami titipkan resepinya disini...
Boleh cuba kalau suka...








Kek mentega asli






KEK MENTEGA LEMBAB
Resepi : Aniza Saidin ( Aniza little kitchen)

Bahan A
250 gram mentega tulen - kami guna Anchor salted
180 gram gula halus
4 biji telur gred A
1 sudu teh essen vanila

Bahan B
Diayak bersama
200 gram tepung gandum
1 1/2 sudu teh baking powder

Bahan C
1/2 cawan susu segar

Panaskan oven dalam pada suhu 170'C selama 10 minit
Pukul butter dan gula hingga kembang dan bertukar warna menjadi putih 
Masukkan telur sebiji demi sebiji hingga habis
Perlahan mixer dan masukkan tepung berselang seli dengan susu segar hingga habis semuanya
Lengserkan loyang berukuran 8 inci dan lapikkan dengan baking paper
Bakar selama 40 minit mengikut oven masing- masing
Cucuk kek dengan menggunakan lidi sate, bila keluar bersih maknanya kek sudah masak sepenuhnya 
Sejukkan sebelum dikeluarkan dari loyang

Tip kami :
Boleh gunakan tepung naik sendiri dengan sukatan yang sama
Boleh gantikan susu segar dengan susu cair
Boleh gantikan susu segar dengan 2 sudu besar susu pekat manis










Wednesday 5 October 2016

KARIPAP KENTANG, DAGING DAN TELUR REBUS










Karipap kentang, daging dan telur rebus




Pulang kerumah kesuma
Aman dan tenang berada diruangan yang dirindui
Kami dah lama tak balik kesini
Banyak barangan dapur yang hampir rosak
Nampak kentangpun dah hampir nak bertugas
Kalau dibiarkan mau lepas ni penuh menjalankan kat dapur kami dengan pokok kentang
Kami ghajinkan diri , kopek kentang dan kebetulan ada sedikit lebihan daging dalam peti sejuk
Kami nak buat karipap kentang berdaging
Masa kami muda - muda dulu karipap ni merupakan punca rezeki kami jugak ni
Masa tu kami buat karipap pusing sejuk beku
Beratus - ratus biji kami juai sehari
Pelanggan tetap kami, kaum Ibu yang ambik anak sekolah
Semua depa tu best friend kami jugak
Tiap-tiap hari sama-sama dok tunggu anak balik kat depan sekolah







Karipap gergasi kata anak-anak kami, makan sebiji dah kenyang




Seronok meniaga masa tu
Laku sungguh jualan kami 
Kami buat juga donat, pie , kuih koci dan bermacam jenis kuih lain
Semuanya dekat sebelas jenis
Tapi karipap yang mendapat permintaan paling tinggi 
Sekarang bila difikirkan balik, mana mai tenaga kami masa tu
Dengan menguruskan empat anak yang masih kecik dan bersekolah dua sesi
Menjemput dan menghantar mereka ulang alik sekolah kebangsaan dan sekolah agama
Memasak, mengemas rumah....kami masih ada kudrat dok buat kuih
Kekadang jiran kami Radhi dok bawa juga karipap kami juai kat tempat kerjanya
Laku sungguh juga kat sana, sampai kekadang tak sempat nak beku karipap kami








Sesuai untuk minum petang




Tapi yang ni kami buat karipap biasa je
Tapi ada telur rebuih kat dalamnya
Anak-anak kami suka
Kekadang kami beli karipap ni kat ikea
Pun sedap jugak, kena dengan selera kami anak- beranak
Walaupun karipap kami ni tak sesedap ikea punya
Tapi teringin jugak nak kongsikan resepinya
Oleh itu....
Kami titipkan resepinya disini
Boleh cuba kalau suka...







Menu sarapan pagi kami hari tu...sedapnya makan ditemani kicauan burung




KARIPAP KENTANG DAN DAGING
Resepi : Aniza Saidin (Aniza little kitchen)

Bahan A
Untuk kulitnya
3 cawan tepung gandum
1/4 cawan minyak
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan air sejuk ( air dari petisejuk )
2 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam


Campurkan garam dan gula kedalam air sejuk, kacau hingga larut 
Masukkan marjerin di dalam tepung gandum dan Gaul sebati hingga menjadi seperti serbuk roti
Panaskan minyak dan curahkkan perlahan-lawan kedalam tepung tadi
Dengan menggunakan senduk kayu , kacau hingga rata 
Selepas itu masukkan pula air sejuk tadi dan uli hingga dengan tangan menjadi doh yang licin
Masukkan doh ke dalam plastik bersih dan simpan di dalam peti sejuk lebih kurang 1 hingga 2 jam 
Langkah ini penting bagi mendapatkan doh yang rangup dan senang untuk di canai nanti.
Sementara itu kita boleh sediakan inti karipap 


Bahan B
Untuk intinya
1 kilo ubi kentang - dipotong dadu
100 gram daging - dipotong halus dan direbus hingga lembut
2 labu bawang besar - dicincang halus
4 ulas bawang putih - dicincang halus
1 inci halia - ditumbuk halus
1 sudu besar serbuk kurma
1 sudu besar serbuk kari 
1 sudu besar serbuk cili atau 2 sudu besar cili kisar 
3 sudu besar gula 
1/2 sudu besar garam - ikut kesesuaian rasa
Daun kari dan daun sup - kalau suka
Sedikit minyak untuk menumis

Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia
Masak hingga wangi tak perlu garing
Masukkan rempah kurma , rempah kari dan cili . Masukkan sedikit air dan masak hingga terbit minyak. Masukkan daging dan air rebusannnya 
Tambahkan air jika perlu dan masukkan kentang
Tambahkan garam dan gula dan masak hingga kuah kering dan kentang empuk sepenuhnya
Sejukkan inti sebelum digunakan

Bahan C
5 biji telur rebus - dipotong 2 atau 4


Cara menyediakan karipap
Bentukkan Bahan A anggaran sebesar bola pimpong 
Canaikan hingga mendapat adunan yang nipis. Masukkan Bahan B dan diikuti Bahan C
Tutupkan adunan hingga kemas dan kelimkan ditepinya
Buat hingga habis semuanya
Panaskan minyak dengan api yang sederhana dan goreng karipap hingga keperangan 
Api jangan terlalu kuat kerana ia akan menyebabkan kulitnya mengerutu 
Sedia dihidangkan 








Telur separuh masak kesukaan En.Suami...








Ruangan yang amat dirindui....









MANGGI KETAM











   Manggi ketam







Pasai kami terliuq dengan orang dok cerita
Dok tunjuk gambaq....
Depa dok makan manggi ketam kat area pantai timur nuu
Punyalah kami teringin nak makan
Walaupun takdak ketam nipah 
Ketam bunga pun bolehlah
Kami tak tau lah betoi ke dak resepi ni..
Tapi kami rasa sangat sedap
Sebab ada ketam kot yang bagi rasa manih pada kuahnya 
Kalau ada teringin nak cuba 
Kami titipkan resepinya disini...






   Sangat sedap dan mudah memasaknya





MANGGI KETAM
Resepi : Aniza Saidin (Aniza little kitchen)

1 paket manggi perasa kari 
1ekor ketam - dibersihkan
1 biji telur
1 batang pokok sawi atau beberapa helai kobis
Sedikit bunga kobis kalau suka
Sedikit daun bawang serta daun sup
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji cilipadi
Sedikit minyak untuk menumis

Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih yang dihiris halus
Masukkan cilipadi kacau sebentar
Masukkan air, biarkan hingga mendidih. Masukkan separuh dari perencah manggi
Masukkan ketam dan manggi
Ketepikan sedikit manggi dan ketam dan pecahkan telur kedalam
Biarkan hingga telur sedikit keras dan masukkan sayuran
Tambahkan garam kalau perlu, taburkan daun sup dan daun bawang
Sedia dihidangkan








Tuesday 4 October 2016

LAGI-LAGI MENU ATKINS









Ayam goreng, perapan cuma sedikit bawang putih dan halia ditumbuk halus serta serbuk cili
Makan dengan salad segar







Sup brokolli, kukus sekejap brokolli dan kisar halus. Tumiskan sedikit bawang besar hingga wangi dan masukkan brokolli yang dikisar tadi. Boleh juga dimasukkan hirisan isi ayam. Perasakan garamnya 
Kami hidangkan bersama telur dadar yang di gulung sebagai hiasan







Ayam pandan. Perapkan isi ayam bersama sedikit bawang putih, bawang merah dan halia yang dikisar
Jangan lupa garam dan sedikit kicap cair. Kalau suka boleh letak sedikit stevia tapi kami tak letak pun
Perapkan anggaran 1 jam. Balut dengan daun pandan dan goreng hingga masak







Ayam goreng kunyit. Perapkan ayam dengan bawang,cili kering ,garam dan kunyit. Gorengkan dengan sedikit minyak dan boleh renjiskan dengan sedikit apple cider. Selalunya kami tak makan pun bawang dan cili tu sebab nak jimat carb....untuk menambahkan rasa dan bau je







Bayam goreng
Menu sayur yang paling kami sukatan rendah jumlah carbnya
Kami gorengkan dengan sedikit bawang putih dan minyak






Sesekali kalau dah jemu dengan ayam dan ikan, kami akan buat sup ketam ni
Tumiskan bawang putih dan halia, dan letakkan daun sup dan bawang
Penting untuk menghirup sup sesekali untuk memberi kepuasan makan







Ini pun menu yang jarang sekali kami masak. Kalau dah sampai tahap nak menangis tak boleh nak makan benda lain baru kami makan menu ni... Lemak cilipadi udang dan terung telunjuk 
Kami makan sebiji dua je terung tu ambik rasa. Terung memang sangat tak digalakkan ketika beratkins
Kena pandai kira carb yer kalau nak makan menu ni







Ikan goreng letak cilipadi dan sedikit bawang, selalunya kami tumiskan bawang dan cilipadi dengan sedikit minyak, masukkan sedikit air dan Apple cider, susunkan ikan yang telah siap digoreng tadi dan masak dengan api perlahan hingga kuah kering. Kami suka masak camni untuk menghilangkan rasa mual masa makan ikan...







Menu sekali sekala juga ni...udang goreng kunyit dengan brokolli, selalunya kami akan meratah lebih brokolli daripada udang..







Selalu dijadikan menu bekalan untuk En.Suami, telur mata letak sedikit lada sulah atau lada hitam







Telur dadar bersama brokolli, sedap dimakan panas-panas







Telur masak hancur bersama brokolli dan sedikit sausage
Kami jarang ambil process food tapi sesekali kami gunakan untuk menambah rasa dan rupa pada masakan. Hidangkan bersama mayonise kewpie yang botol merah







Menu berasaskan telur, telur separuh masak, sup telur dan sawi putih serta telur dadar dan brokolli 







Menu telur yang paling kami suka. Telur digoreng hancur bersama lobak asin yang dicincang halus
Campurkan juga cilipadi. Dah garing masukkan sayur sawi putih yang dipotong halus
Perasakan dengan sedikit garam dan lada sulah







Ayam goreng kunyit bersama brokolli 







Sup ayam bersama cauliflower dan sawi putih







Kudapan Atkins
Seaweed dipotong kecil, gaulkan dengan sedikit garam dan lada hitam
Kami goreng kering bersama sedikit minyak zaitun hingga rangup







Chicken Chop Atkins
Perap Ayam dengan garam dan lada hitam
Untuk salutan kami gunakan whey protein dan telur
Celupkan ayam kedalam bancuhan whey protein dan telur dan goreng
Hidangkan bersama brokolli dan cauliflower yang dikukus, sos tu kami dah lupa cara membuatnya
Whey protein kami guna yang cosway punya







Tomyam udang
Letak lebih batang saleri dan cauliflower 
Jangan dok letak tomato pulak nooo







Sup bebola ayam
Selalunya kami akan kisarkan isi ayam bersama lada hitam dan garam
Gaulkan dengan sedikit telur yang dipukul, gaul sebati
Bila sup sudah mendidih, perlahankan api dan masukkan  adunan ayam tadi seperti buat cokodok pisang. Tunggu hingga semua bebola timbul dan letakkan daun sup dan daun bawang








Ayam nugget Atkins.
Prosesnya sama seperti membuat bebola ayam cuma salutkan isi ayam bersama campuran telur dan whey protein. Goreng kering dengan sedikit minyak diatas non stick pan hingga garing







Kepak ayam goreng garing dan ayam goreng kunyit






Sup telur dan sawi putih







Nugget ayam seperti resepi diatas, cuma yang ini kami golekkan diatas physillium husk







Telur masak hancur bersama daun bawang







Ayam panggang Rosemary bersama bayam merah
Marinate ayam bersama bawang putih, halia dan serbuk Rosemary serta sedikit garam
Kalau ada lebihan carb pada hari tu, boleh letak sedikit mayonise kewpie. Perapkan anggaran 2 jam atau lebih
Bakar dalam non stick pan hingga masak







Telur dadar bersama cauliflower dan batang saleri 







Paling mudah dan simple
Ikan goreng kunyit







Nugget ayam tanpa salutan, sup bebola ayam serta chicken Gorden Bleu 
Untuk chicken Gorden Bleu, perapkan isi ayam yang sudah dileperkan bersama sedikit garam dan lada hitam. Bentangkan isi ayam dan letakkan sedikit cheese dan batang saleri. Gulung kemas dan cucukkan dengan lidi untuk melekatkannya. Bakar atas non stick pan dengan sedikit minyak atau pure butter. Pilih cheese yang paling rendah jumlah carbnya yer...







Telur dadar berinti...letaklah apapun sayuran kesukaan janji carbnya rendah







Nugget ayam yang dijadikan salad. Kami hidangkan bersama sedikit mayonise yang dicampurkan sedikit serbuk cayenne 







Telur masak hancur bersama brokolli 







Gaeran Mari
Kami titipkan resepinya disini...
Boleh cuba kalau suka....


GYERAN MARI AKA TAMAGOYAKI AKA TELUR GULUNG
Resepi : Aniza Saidin (Aniza little kitchen)

Bahan A
3 biji telur 
2 sudu air 
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
dipukul gebu bersama 

Bahan B
Dihiris nipis dan halus 
2 ulas bawang putih 
1 labu kecil bawang besar
1/2 batang saleri
6 batang daun kucai

Campurkan bahan A dan bahan B 
Kacau rata
Panaskan sedikit butter dlm non stick pan atau pemanggang yang sangat  ajaib tu
Rollkan semasa masih agak basah-basah dan roll ketat-ketam tau..jangan takut panas
Kalau ada lebihan aduanan telur lagi dan mahukan tamagoyaki menjadi  besar , tolak roll tu ke tepi sikit dan curahkan telur dihujungnya dan sambung lagi roll sampai habis adunan
Hasilnya seperti gambar diatas, kami guna 6 biji telur
Selamat mencuba...










Keretan rentas gaeran mari






Semasa belum dipotong






Gaeran mari, telur separuh masak dan telur hancur bersama brokolli







Cucur whey protein 
Campuran sedikit whey protein dan telur serta banyak daun bawang dan daun sup







Ayam panggang Rosemary







Tomyam ayam bersama daun kantan




Cukup sampai disini dulu
Kalau ada gambar yang lain nanti kami letakkan lagi disini
Selamat beratkins semua
Kuatkan semangat tau
Kamu bolehhhhhh