Monday 9 November 2015

NASI SALIK








Nasi Salik



Bulan Ramadan yang lalu...
Ternampak menu nasi salik di fb professor Mohd Kamil
Nasi salik hasil air tangan Puan Roza...
Kami teringin yang amat sangat nak mencubanya
Kamikan pantang dengaq orang kata menu sedap
Mesti nak cuba buat dan nak cuba rasa
Kami gigih berusaha mencari resepi
Mencari merata-rata...susahnya nak jumpa resepi ni
Tapikan akhirnya pencarian kami berjaya juga
Pastu nampak salah satu bahannya kena letak serbuk dukkah
Mana pula nak mencarinya...
Dengar pun tak pernah
Tapi kami tak putus asa...
Godek-godek iPad , tanya kat pakcik Google 
Akhirnya dapat juga resepi buat rempah dukkah ni
Dari blog mana tapi kami dah lupa
Mohon puan punya blog halalkan resepinya yer
Sebab resepi ni , puan punya blog yang cipta sendiri
Hasil kajian dan pemerhatian
Alhamdulillah berbuka petang tu kami menikmati nasi salik
Yang fizikalnya lebih kepada bubur nasi
Yang diletakkan susu segar
Apapun kami titipkan resepinya disini...
Boleh cuba kalau suka....


NASI SALIK
Sumber : Bukan Sekadar Resepi
Diolah : Aniza Saidin ( Aniza Little Kitchen)

1 ekor ayam besar (potong 8) kami potong 4 jer
1 sup bunjut Adabi - kami buat sendiri
1 biji bawang besar (belah 4)
1 sudu besar minyak zaitun
1 sudu teh serbuk Dukkah (Rempah Arab)
Garam dan lada sulah secukupnya
Air merebus secukupnya
Sedikit Lada hitam 
2 sudu besar mentega & minyak sapi (untuk menggoreng)

Rebus ayam bersama bahan rebus hingga empuk. Keluarkan ayam dan goreng hingga garing kulit luarnya di atas kuali bersama mentega dan minyak sapi. 

Bahan B:
2 cawan beras Egypt atau beras wangi (rendam 30 minit dan tos)
2 cawan susu segar
4 sudu besar mentega
Garam
Air panas secukupnya

Hiasan 
Badam, Batang daun bawang, tomato & buah zaiton

Cara Masak Bahan B

Tapis keluar rempah dari air rebusan ayam. Gunakan air rebusan untuk merebus beras seperti masak bubur nasi. Masukkan susu ke dalam bubur nasi.

Setelah masak, campurkan mentega dan garam secukup rasa. Kacau rata. Biarkan selama 10 minit lagi. Masukkan nasi ke mangkuk dan atur ayam di tengah nasi.

Curahkan lebihan mentega atau minyak sapi cair ke atas ayam. Tabur bahan hiasan. Sedia dimakan panas-panas.





Juadah yang menyegarkan dan sesuai disajikan waktu berbuka


Homemade Rempah Dukkah 
Bahan dikisar bersama
3 tbsp coriander seeds/ biji ketumbar 
3 tbsp poppy seeds 
2 tsp fennel seeds / biji jintan manis 
2 tsp cumin seeds / biji jintan putih 
2 tsp ground White pepper / serbuk lada sulah 
10 biji cashew nuts / kacang gajus 




Sunday 8 November 2015

KUIH KETAYAP AKA KUIH GULUNG





Kuih ketayap



Teringin nak makan kuih ketayap
Ada juga yang panggil kuih gulung
Ada juga yang sebut kuih dadar
Kami suka buat kuih dadar yang nipis dan lembut 
Dulu kami buat kuih ni untuk jualan
Laku sangat.....
Ramai yang suka kuih ketayap kami
Depa suka dengan intinya yang manis tapi lemak
Kami guna gula merah yang warna gelap sangat
Beli timbang kilo kat kedai runcit India
Balik rumah kena rebus dengan daun pandan dan heningkan
Baru di tapis untuk buang semua kotoran dan bendasing didalamnya
Sekarang kami rasa tak berapa nak lalu pulak guna gula merah tu...
Rasa kurang sikit tahap kebersihannya...
Lagipun sekarang dah ada juai gula merah dalam peket cantik
Nampak bersih sikit kan...
Kali ni kami ghajin sikit
Buat kulit ketayap guna adunan crepe
Macam dok buat crepe durian tu...
Sedap sungguh laaa....rasanya..
Lembut jer dan sangat lemak....
Kami titipkan resepinya disini...
Boleh cuba kalau suka....





Lembut dan halus jer kulitnya


KUIH KETAYAP AKA KUIH GULUNG

Bahan untuk inti

1 biji kelapa parut putih
1 buku gula melaka
4  gula pasir
1 cwn air
Secubit garam
2 helai daun pandan
1 sudu besar tepung beras atau tepung gandum

Sementara itu masak gula merah, gula pasir dan garam bersama air dan sehelai daun pandan
Angkat dan tapiskan
Masukkan semula air gula kedalam kuali bersama sehelai daun pandan
Masak hingga air gula agak pekat dan masukkan kelapa parut
Kacau hingga sebati dan pekat
Masukkan tepung dan kacau hingga inti agak kering
 

Bahan untuk kulit Crepe  7 Jenis Tepung

Bahan-bahan:
3 sudu besar tepung Hong Kong
3 sudu besar tepung naik  sendiri
2 sudu besar tepung ubi kayu
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung kentang
2 sudu besar tepung Super Fine
2 sudu besar gula icing
2 biji telur - buang tali pusat
1/2 tin susu cair atau santan kelapa
1 sudu kecil garam halus
3 sudu besar mentega yang dicairkan
2 cawan air
1 sudu pes pandan
sedikit pewarna hijau & kuning 

Satukan semua bahan dan kacau sebati dengan menggunakan whisker.
Simpan dalam peti sejuk selama 1 jam. Keluarkan dan kacau rata.
Panaskan sebentar kuali non-stick menggunakan api paling perlahan.
Masukkan  sesenduk kecil adunan ke dalam kuali dan lenggangkan kuali hingga menjadi crepe yang nipis
Tunggu hingga bahagian atasnya masak.
Crepe tidak perlu diterbalikkan
Angkat crepe dari kuali
Susunkan didalam bekas berlainan untuk setiap keping crepe untuk mengelakkan crepe melekat
Bila crepe sejuk baru boleh dilapiskan antara satu sama lain
Atau nak lebih selamat lapiskan setiap helai crepe dengan plastik
Ulangi sehingga adunan habis dan biarkan crepe sejuk 






Mana-mana resepi pun kami suka...janji intinya sedap



Kami titipkan juga resepi kulit ketayap yang asli
Yang kami dok buat juai dulu
Cubalah yang manapun...
Dua-duapun sangat sedap dan enak...


Bahan untuk kulit yang asli

3 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung beras
1 biji telur ayam
1/2 sudu teh garam halus
2 cawan santan cair atau susu segar
2 cawan air perahan daun pandan ( 4 helai daun pandan biasa campur 4 helai pandan serani)
Sedikit pewarna hijau kalau suka
1 helai daun pandan untuk merenjis minyak

Kisar semua bahan dan tapiskan
Perapkan anggaran 20 minit
Panaskan non stick pan dan sapukan sedikit minyak masak dengan menggunakan daun pandan yang telah disiat-siatkan hujungnya
Letakkan anggaran satu senduk adunan dan dadarkan menjadi dadar yang bulat dan nipis
Masak anggaran satu minit dengan api yang perlahan
Angkat dan letakkan inti kelapa 
Gulung hingga kemas
Sedia dihidangkan





Thursday 5 November 2015

MEE SUAH









Mee Suah menu yang mengamit nostalgia



Mee Suah bukanlah menu yang biasa kami makan dari kecil dahulu
Dengar nama pun tak pernah, apatah lagi nak merasa
Bila berkahwin dengan En. Suami baru kami tahu tentang mee suah
Aruah mak mertua kata mee suah sesuai untuk anak kecil yang baru nak belajar makan
Mungkin sebab ianya sangat lembut bila dimasak
Aruah mak mertua pun sangat suka dengan mee suah 
Tapi cara masakannya cuma ditumis bawang dan direbus saja
Ada satu ketika kami terbaca satu coretan
Nostalgia seorang cucu tentang betapa dia merindui masakan mee suah neneknya
Yang dijamu ketika dia pulang kekampung sesekali
Dikala musim hujan....ia merupakan menu yang amat menyegarkan
Menu mee suah yang simple tapi memberi kepuasan yang tak terucap
Kami mahu anak- anak dan cucu mengenangkan kami seperti itu
Kami berusaha mencari satu resepi mee suah yang simple tapi amat lazat
Setelah beberapa kali percubaan....resepi ini yang paling anak- anak dan En. Suami gemari
Ada waktunya kami memasak mee suah dikala fikiran buntu
Tak tahu apa yang mahu dimasak
Ataupun ketika waktunya ada kalangan anak- anak yang tak berapa sihat
Menu ini juga yang membangkit selera mereka
Tapi kami terkilan....kerana tak sempat menjamu aruah mertua dengan mee suah resepi kami ni
Sudah pasti, ia akan menjadi salah satu menu kegemaran aruah
Bersama ini kami titipkan resepinya disini...
Boleh cuba kalau suka...





Menu yang simple dan amat menyegarkan



Mee Suah 

1 pekat mee suah
3 ulas bawang putih
2 labu bawang merah
Sepokok siew bak choy -dicelur
I biji telur
2 keping cendawan jeli  hitam-direndam hingga lembut
Daging rebus atau Isi ayam atau udang
2 cawan air rebusan daging atau ayam atau  ikan bilis
Sedikit lada sulah
Garam secukup rasa

Cincang bawang putih dan goreng hingga garing dan wangi
Angkat dan toskan 
Dengan menggunakan minyak yang sama tumiskan bawang merah hingga garing
Masukkan air rebusan daging dan cendawan jeli hitam
Perasakan dengan garam dan lada sulah
Masukkan telur kedalam sup atau boleh dibuat poaches egg
Didalam periuk berasingan celur mee suah hingga sedikit lembut dan toskan
Hidangkan bersama sayur siew bak choy, gorengan bawang putih dan cili bertaucu kalau suka

 
Cili kicap bertaucu

6 biji cilipadi - diracik halus
1 sudu besar taucu masin
1 sudu besar gula
1 1/2 sudu besar cuka

Gaul semuanya hingga sebati

Wednesday 4 November 2015

NASI AYAM KARAMEL






 Nasi Ayam Karamel


Hari ni kami masak nasi ayam karamel
Untuk menu makan tengahari
Anak- anak gemar sangat
En. Suami pun kata ok
Kami guna resepi ayam karamel yang seperti biasa
Tapi kami tambah kicap dan sos tiram didalamnya
Jadi ayam karamel kami jadi lebih hitam dan berperisa




Set untuk En.Suami


Kami buat juga sup kentang dan sausage
Pun kena dengan selera semua
Untuk nasinya kami masak seperti resepi biasa
Berselera sangat menengok anak- anak makan
Sangat sedap katanya
Benda yang sedap mesti dikongsi bersama
Oleh itu kami titipkan resepinya disini ....
Boleh cuba kalau suka...




Nasi Ayam yang sangat lembut dan berderai


Nasi Ayam

Bahan A
2 cawan beras basmathi di basuh dan toskan 
3 cawan stok ayam - ataupun I kiub pati ayam campur 3 cawan air
1/4 cawan susu cair
3 butir gula batu
1 sudu teh garam

Bahan B
4 ulas bawang putih-dikisar
1 inci halia-dikisar
1 sudu besar mentega
1 sudu besar minyak sapi 
2 helai daun pandan 

Masukkan bahan A kedalam rice cooker.
Tumiskan bahan B hingga wangi dan masukkan kedalam bahan A
Masak seperti biasa.
Kacau nasi yang kering dengan garpu.




Ayam Karamel yang sangat enak


Ayam Karamel

Bahan A
5 paha ayam
2 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
1 sudu besar cili kisar
1 sudu teh garam

Bahan B
4 sudu gula pasir
1 cawan air 

Bahan C
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram

Perapkan bahan A anggaran 1/2 jam atau lebih
Bakar sekejap diatas non stick dengan api yang kuat hingga kulit ayam garing
Angkat. Proses ini untuk mengelakkan ayam kehilangan jusnya dan menjadi kering
Masak gula hingga warna bertukar keperangan
Masukkan air dan bahan C
Masukkan ayam
Masak hingga ayam empuk dan kuah menjadi pekat
Sedia dihidangkan




Sup Kentang dan Sausage gandingan yang serasi



Sup Kentang Dan Sausage

Bahan A
1/2 labu bawang holland dicincang
2 ulas bawang putih dicincang
Satu sudu minyak untuk menumis

Bahan B
I butir kentang dipotong dadu
I batang lobak merah kecil di potong dadu

Bahan C
1 batang saderi
I tangkai daun sup
2 batang sausage ayam

Tumiskan bahan A hingga wangi.
Masukkan 2 cawan air dan biarkan mendidih
Masukkan bahan B tunggu hingga empuk
Masukkan bahan C dan biarkan mendidih 




Kuah cili dan kicap pelengkap rasa


Kuah Cili 
2 biji cili merah
5 biji cili padi
2 ulas bawang putih
3 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
3 sudu kecil jus lemon atau 1 sudu kecil cuka
2 sudu besar air masak
 
Kisarkan semuanya dan perasakan ikut kesukaan
Boleh ditambah 1 sudu sos cili Thai





Sepinggan mana cukup....nak tambahhh



Kuah Kicap

5 sudu besar sup
1 sudu besar kicap
Sedikit halia yang dikisar - kalau suka

Campurkan semuanya dan kacau sebati




Menu yang lengkap dan mudah disediakan 


Selamat mencuba.....


NASI KAROT , AYAM KARAMEL , GULAI AYAM BERLABU AIR




 Nasi karot


Entah kenapa anak-anak soleh dan solehah kurang mengemari nasi berempah
Kami cuba juga banyakkkk kali sediakan hidangan nasi beriyani dan nasi tomato
Tapi sambutannya agak hambar
Kami tak putus asa...
Masak juga nasi berperisa tapi tanpa rempah ratus
Mula- mula kami buat nasi udang
Anak- anak berselera menjamah
Habis seperiuk



   Dihidangkan bersama gulai ayam bersama labu air dan ayam karamel



Lepas tu kami buat pula nasi karot 
Parut karot banyak-banyak masukkan kedalam 
Pun laju jer anak-anak makan
Alhamdulillah ...tapi lauknya bukan kari atau dhal
Kami buat ayam panggang atau ayam goreng 
Kekadang kami tambahkan sup
Sesekali kami buat juga gulai ayam...sebab anak soleh Nayib Ali penggemar gulai tegar
Kali ni nasi karot kami lawankan dengan ayam karamel
Pun sedap sangat...
Kami titipkan resepinya disini
Boleh cuba kalau suka


Nasi Karot 

Bahan A
2 cawan beras basmathi - di basuh, rendam selama 10 minit dan toskan 
3 cawan air ditambah 1 sudu kecil serbuk stok ayam atau
3 cawan stok ayam
1/4 cawan susu cair
1 sudu kecil garam

Bahan B
1 sudu margerine 
1 sudu minyak sapi
1 labu kecil bawang holland- dicincang
2 ulas bawang putih - dicincang
Sebesar ibu jari halia-dimayang halus
1 batang serai - dititik

Bahan C
1 batang karot - disagat halus
1 helai daun pandan

Tumiskan bahan B hingga garing dan wangi
Masukkan bahan C, kacau rata
Masukkan bahan A , dimulai dengan  beras, kacau sebentar hingga agak wangi
Masukkan bahan B yang lainnya
Masak seperti memasak nasi biasa
Kacau dengan menggunakan garpu atau chopstick sebelum dihidangkan
Sesuaikan dihidangkan bersama menu ayam atau daging



 
   Ayam karamel



Ayam Karamel

Bahan A
5 paha ayam
2 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
1 sudu besar cili kisar
1 sudu teh garam


Bahan B
4 sudu gula pasir
1 cawan air 

Perapkan bahan A anggaran 1/2 jam atau lebih
Bakar sekejap diatas non stick dengan api yang kuat hingga kulit ayam garing
Angkat. Proses ini untuk mengelakkan ayam kehilangan jusnya dan menjadi kering
Masak gula hingga warna bertukar keperangan
Masukkan air dan masukkan ayam
Masak hingga ayam empuk dan kuah menjadi pekat



  Gulai ayam bersama labu air


Untuk gulai bersama labu air , Kami gunakan resepi camni
Cuma gantikan kentang tu dengan sebiji labu air yang kecil
Tapi jangan masukkan labu air away sangat yer
Masukkan akhir sekali, lepas kuah dah mendidih
Bila labu dah lembut bolehlah tutup api
Kami buat separuh jer dari resepi di bawah ni...
Kami guna bahagian tulang ayam sebab yang isi kami buat ayam karamel ...


Gulai Ayam Utara

Bahan A
1 ekor ayam - dipotong 16
2 sudu teh garam
2 sudu teh serbuk kunyit
4 biji kentang- dipotong 2

Bahan B
1/4 cawan minyak masak
1 biji bawang besar - dimayang halus
2 ulas bawang putih -dimayang halus
3 inci halia -dimayang halus
1 batang kayu manis 
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari
2 helai daun pandan

Bahan C
Dikisar bersama
5 sudu besar rempah kari ayam 
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 inci halia
1 sudu besar serbuk cili atau 
2 sudu cili kisar

Bahan D
2 cawan santan pekat
2 cawan air atau santan cair
1 sudu besar kerisik
1 keping asam gelugur

Bahan E
2 biji tomato- dipotong 4
3 biji cili hijau- di belah tak putus
Garam secukup rasa

Gaulkan ayam bersama kunyit dan garam ketepikan sebentar
Didalam periuk tumiskan bahan B hingga wangi dan garing
Masukkan bahan C, masak hingga terbit minyak
Rempah hendaklah dikacau selalu supaya tidak hangit
Masukkan bahan A, kacau rata
Perlahankan api dan biarkan hingga air ayam hampir kering
Hendaklah dikacau selalu supaya rempah tidak hangit dan melekat
Masukkan bahan D, masak hingga kentang dan ayam empuk 
Akhir sekali masukkan bahan E dan biarkan kuah mendidih baru ditutup api
Sesuai dihidangkan bersama nasi minyak atau nasi putih





    Bahagian kepak ni kami punya...sebab kami tak pandai makan paha ayam