Thursday 5 November 2015

MEE SUAH









Mee Suah menu yang mengamit nostalgia



Mee Suah bukanlah menu yang biasa kami makan dari kecil dahulu
Dengar nama pun tak pernah, apatah lagi nak merasa
Bila berkahwin dengan En. Suami baru kami tahu tentang mee suah
Aruah mak mertua kata mee suah sesuai untuk anak kecil yang baru nak belajar makan
Mungkin sebab ianya sangat lembut bila dimasak
Aruah mak mertua pun sangat suka dengan mee suah 
Tapi cara masakannya cuma ditumis bawang dan direbus saja
Ada satu ketika kami terbaca satu coretan
Nostalgia seorang cucu tentang betapa dia merindui masakan mee suah neneknya
Yang dijamu ketika dia pulang kekampung sesekali
Dikala musim hujan....ia merupakan menu yang amat menyegarkan
Menu mee suah yang simple tapi memberi kepuasan yang tak terucap
Kami mahu anak- anak dan cucu mengenangkan kami seperti itu
Kami berusaha mencari satu resepi mee suah yang simple tapi amat lazat
Setelah beberapa kali percubaan....resepi ini yang paling anak- anak dan En. Suami gemari
Ada waktunya kami memasak mee suah dikala fikiran buntu
Tak tahu apa yang mahu dimasak
Ataupun ketika waktunya ada kalangan anak- anak yang tak berapa sihat
Menu ini juga yang membangkit selera mereka
Tapi kami terkilan....kerana tak sempat menjamu aruah mertua dengan mee suah resepi kami ni
Sudah pasti, ia akan menjadi salah satu menu kegemaran aruah
Bersama ini kami titipkan resepinya disini...
Boleh cuba kalau suka...





Menu yang simple dan amat menyegarkan



Mee Suah 

1 pekat mee suah
3 ulas bawang putih
2 labu bawang merah
Sepokok siew bak choy -dicelur
I biji telur
2 keping cendawan jeli  hitam-direndam hingga lembut
Daging rebus atau Isi ayam atau udang
2 cawan air rebusan daging atau ayam atau  ikan bilis
Sedikit lada sulah
Garam secukup rasa

Cincang bawang putih dan goreng hingga garing dan wangi
Angkat dan toskan 
Dengan menggunakan minyak yang sama tumiskan bawang merah hingga garing
Masukkan air rebusan daging dan cendawan jeli hitam
Perasakan dengan garam dan lada sulah
Masukkan telur kedalam sup atau boleh dibuat poaches egg
Didalam periuk berasingan celur mee suah hingga sedikit lembut dan toskan
Hidangkan bersama sayur siew bak choy, gorengan bawang putih dan cili bertaucu kalau suka

 
Cili kicap bertaucu

6 biji cilipadi - diracik halus
1 sudu besar taucu masin
1 sudu besar gula
1 1/2 sudu besar cuka

Gaul semuanya hingga sebati

1 comment:

  1. Hi resepi ni utk berapa org mkn? Terima kasih..

    ReplyDelete