Thursday 15 December 2016

APAM NASI LETAK ENO









   Apam nasi letak Eno




Ni la resepi apom nasi yang kami paling suka tiga puluh tahun yang lalu
Rasanya lebih kurang sama dengan yang kakak kat felda bukit mendi tu buat
Kami titipkan juga resepinya disini...
Boleh cuba kalau suka...






   Sarapan dengan apam, nasi goreng dan telur dadar





APAM NASI LETAK ENO
Resepi : Aniza Saidin (Aniza little kitchen)

Bahan A
1 cawan nasi sejuk
1 1/2  cawan air
1 cawan gula pasir

Bahan B
2 sudu besar tepung gandum
2 cwn tepung beras
1 sudu kecil yis (mauripan)

Bahan C
I peket Eno biru

Bahan D
1 cawan kelapa parut putih
1/4 sudu teh garam

Kisar nasi dan air sehingga hancur dengan memasukkan air sedikit demi sedikit 
Setelah hancur dan halus masukkan gula ke dalamnya dan  kisar lagi sehingga sebati.
Masukkan pula bahan B ,kisar sekejap hingga semuanya sebati
Perap selama 5 jam.
Gaulkan bersama Eno, masukkan kedalam loyang yang telah disapukan sedikit minyak 
Kukus selama 25 minit
Atau
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna yang disukai 
Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
Masukkan adunan kedalam acuan kecil dan kukus selama 15 minit. 

Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam











APAM NASI








  
    Apam nasi 




Kami paling suka kuih apam
Masa kecik-kecik kami panggei kuih ni apom
Mak kami sangat suka buat kuih ni masa kami duduk di Kedah dulu
Bila dah pindah ke Pahang Mak dah tak buat kuih apom ni lagi
Kata Mak batu pengisar beras dah tak dak
Kuih apom kena buat dari beras yang dikisar baru elok jadinya
Kalau guna tepung beras paket tak berapa nak elok kejadiannya 
Lama lepaih tu kami tak makan kuih apom ni
Sampai la masa dok tunggu keputusan peperiksaan SPM
Kami pi kerja kat kedai makan saudara  
Tiap-tiap hari ada seorang Kakak ni dok hantar kuih apom kat kedai untuk jualan
Punyalah sedap kuih apomnya 
Putih dan gebu....
Kami suruh Mak Jang kami yang tokey kedai tu tanyakan resepinya 
Kakak tu kata dia boh nasi sejuk dalam adunan apomnya 
Tapi tak bagitau cara atau suaktannya 
Punyalah kecewa hati kami...
Tambahan pula masa tu kami dah nak berhenti kerja kat kedai Mak Jang tu...
Keputusan SPM dah keluaq
Kami dapat tawaran masuk ITM Shah Alam
Alhamdulillah bila dah tua ni...
Kami jumpa resepi apom nasi ni kat internet
Kami suka dengan resepi yang ni...
Menepati selera dan citarasa kami
Dengan itu kami titipkan resepinya disini...
Boleh cuba kalau suka.....







   Hidangkan dengan kelapa parut putih bergaram dan nescafe susu ....sangatlah sedapnya





APAM NASI
Resepi : Aniza Saidin (Aniza little kitchen)

Bahan A
2 cawan nasi sejuk
2 1/2  cawan air
1 3/4 cawan gula pasir

Bahan B
2 cwn tepung gandum
2 cwn tepung beras
2 sudu kecil yis (mauripan)

Bahan C
Pewarna merah dan hijau

Bahan D
1 cawan kelapa parut putih
1/4 sudu teh garam

Kisar nasi dan air sehingga hancur dengan memasukkan air sedikit demi sedikit 
Setelah hancur dan halus masukkan gula ke dalamnya dan kisarlagi sehingga sebati.
Didalam bekas yang berlainan masukkan bahan B dan gaul hingga rata
Masukkan semua bahan A yang dikisar tadi kedalam bahan B dan kacau sehingga sebati. 
Perap selama 3 jam.
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna yang disukai 
Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
Masukkan adunan kedalam acuan kecil dan kukus selama 15 minit. 
Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam

Tip kami:
Untuk kelapa tahan lama, kukus kelapa dengan garam selama lima minit
Gantikan gula pasir dengan gula kabung atau gula perang untuk mendapatkan apam gula merah
Kukus selama 30 hingga 40 minit kalau menggunakan loyang besar
Satu adunan akan menghasilkan 24- 30 biji apam seperti kami buat tu.









Monday 12 December 2016

CUCUR CRAB STICK








 
   Cucur crab stick 





Cucur menu kegemaran keluarga kami 
Buat setiap hari pun takpa 
Untuk sarapan pagi, minum petang atau snek malam 
Tak pernah tak habis...
Selalunya kami hidangkan dengan lebihan gulai atau sambal tumis 
Paling sedap kalau sambal tumis sardin
Memang ngamm betul rasanya
Tak kiralah cucur udang, cucur bilis ataupun sekadar cucur bawang dan sayuran
Kali ni kami buat cucur crab  stick
Pun sangat sedap
Kami hidangkan bersama kuah kacang dan sambal sardin
Nak makan begitu saja pun dah cukup sedap
Secukup rasa
Tanpa membuang masa kami titipkan resepinya disini...
Boleh cuba kalau suka...








  Hidangkan bersama kuah kacang dan sambal sardin





CUCUR CRAB STICK
Resepi : Aniza Little Kitchen

Bahan A
Digaul bersama
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung beras
1/4 sudu teh soda bikarbonat 

Bahan B
1 cawan taugeh
6 batang crab stick - dipotong 1/4 inci
1/2 cawan kucai - dihiris
1 labu bawang besar - dihiris
1/4 cawan isi jagung manis - kalau suka
1 biji ubi kentang - dipotong dadu ( kalau suka)
1 biji telur - dipukul sedikit
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh perasa ikan bilis kalau suka
1 1/4 cawan air bergantung pada kelembutan kuih, kalau kurang boleh tambah

Campurkan semua bahan A dan Bahan B dan gaul sebati, adunan sepatutnya sedikit keras sebab kita menggunakan soda dan telur . Kalau adunan terlalu lembut akan dikhuatiri meresap terlalu banyak minyak.
Panaskan minyak dan goreng cucur tadi hingga kekuningan. Toskan 
Sedia dihidangkan bersama kuah kacang, sambal atau gulai

Tip ibu:
Untuk mendapatkan cucur yang comey, rangup diluar tp lembut didalam ..tepung hendaklah dibancuh dengan secawan air panas baru diletakkan bahan lain dan ditambah air biasa. Goreng seperti biasa.

Cadangan hidangan:
Enak dimakan bersama gulai,sambal tumis atau sos cili
Enak juga di sajikan bersama sos cili yang diletakkan sedikit mayonise
Sedap sangat dihidangkan bersama kuah kacang








   Menu yang sangat mudah tapi sangat sedap








Wednesday 7 December 2016

HIJRAH UMAR RAFIE







HIJRAH UMAR RAFIE

Anak soleh seorang ni dah berangkat ke daerah lain
Kebenua terkecil di dunia
Pada 14.2.2015 pada jam 3.30 petang
Tengahari jumaat yang barakah itu, En.Suami menjemput Adam Arif dari Maahad
Umar pula menjemput Sara Hanum dari UIA
Malamnya kami sekeluarga menjemput Nayib Ali yang pulang dari Tapah
Alhamdulillah  kami sekeluarga dapat berkumpul
Sebelum Umar berangkat jauh
Kami masakkan menu yang Umar teringin nak makan
Chicken Gordon Bleu , goreng juga sepeket nugget tempura
Walaupun dah berkurun tak pernah beli nugget
Tak tahu kenapa kami beli masa shopping barang-barang dengan Umar hari tu...
Buat juga jagung kukus untuk anak solehah Sara Hanum
Buatkan juga mushroom sauce untuk dimakan bersama chicken Gorden Bleu tu
Walaupun waktu tu dah 12 tengah malam
Kami gigih memasak untuk anak-anak...
Nayib Ali kami jamu dengan pulut kuning dan rendang ayam
Sebab itu memang kesukaannya...
Pagi esoknya semua anak-anak bangun awal
Kami tak masak sarapan pagi ni...
Kami nak jamu anak-anak makan kat kedai roti kegemaran mereka
Kami pergi ke  levian  sarapan kat sana
Anak soleh Umar Rafie nak belanja pulak
Dia kasi semua ringgit Malaysia pada kakak Sara Hanum
Guna untuk bersarapan dan selebihnya kakak boleh ambik
Gembira tengok anak-anak dapat berkumpul semua
Entah bila dapat lagi suasana macam ni
Lepas tu kami semua terus bergerak ke KLIA
Kena sampai sebelum 12.30 tengahari
Umar kena dengar taklimat katanya 
Ramai kawan-kawan umar dah sampai
Senior Umar pun ada disana
Mereka serahkan bendera Malaysia pada Umar Rafie...
Ramai kawan- kawan yang datang menghantar Umar Rafie
Ada yang belajar kat luar negara juga tapi balik bercuti
Kebanyakkannya kawan-kawan masa kat MRSM Tun Ghafar Baba dulu
Kami tak sangka walaupun Umar nampak pendiam tapi ramai kawan 
Kawan yang sangat baik, sanggup datang jauh - jauh semata -mata nak hantar Umar
Kami duduk minum-minum kat cafe diKLIA sementara menunggu Umar berlepas
Kami suruh Umar raikan kawan-kawannya walaupun Umar berat hati nak tinggalkan kami keluarganya...kami cakap mereka lagi penting sebab mereka datang nak jumpa umar
Sedangkan ibu, ayah , kakak dan adik-adik dah puas bercerita dengan Umar 
Akhirnya masanya tiba
Untuk Umar berlepas
Merantau jauh menimba ilmu
Untuk masa depan Umar
Tabahkan hati dan kuatkan semangat
Doa kami semua senantiasa bersama Umar...
Selamat jalan anak soleh Umar Rafie..
InshaAllah panjang umur dan di murahkan rezeki kita berjumpa lagi...







   Umar Rafie, Sara Hanum dan Ibu sebelum Umar berangkat keluar rumah







   Umar dah penat packing barang- barang






   Nak masak untuk jamuan doa selamat di Maahad Adam Arif sempena hijrah Umar Rafie 






   Kuah spaghetti 






  Spaghetti yang dah siap direbus untuk jamuan 70 orang makan







   Sup cendawan yang akan dimakan bersama roti perancis






   Kentang dan sausage bermayonise, sup cendawan,spaghetti dan air jimi Asmara 









Thursday 1 December 2016

PHAT THAI (KUEYTEOW THAI)









   Phat thai yang sangat sedap




Masa makan disatu kedai makanan Thailand tak lama dulu
Anak solehah Sara Hanum orderkan kami menu ni
Kongsi dengan En. Suami sebab takut tak boleh habiskan
Akhirnya kami rasa macam tak cukup pulak
Order menu yang lain pulak buat tambahan
Sedap sangat phat thai ni...
Kami suka rasa kueyteow yang sedikit kenyal 
Tak terlalu lembik
Tambahan pulak rasa taugeh yang sangat rangup
Kacang tanah dan cili flakes yang menambahkan lagi ummph 
Jatuh cinta kali pertama merasanya
Kami teruja nak mencuba 
Beli kueyteow kering jenama A1
Buat cili flakes sendiri
Alhamdulillah tak jauh beza dan rasanya dari yang dikedai
Rasanya resepi ni kami dapat kat youtube 
Resepi asli dari warga Thailand sendiri
Oleh itu kami titipkan resepinya disini...
Boleh cuba  kalau suka....






   Kami letakkan karot yang diparut untuk memberikan rasa krup krap krup krap






PHAT THAI  (KUEYTEOW THAI)
Resepi : Aniza Saidin (Aniza little kitchen)

Bahan A
Rendam dengan air suam hingga lembut
3 keping kuey teow kering - kami guna jenama A1

Bahan B
1/2 labu bawang besar - dicincang halus
2 ulas bawang putih - dicincang halus
10 ekor sederhana besar - dikopek kulitnya
1 sudu besar udang kering - direndam dan ditumbuk kasar
2 sudu besar lobak asin - dicincang halus
2 keping tauhu- dipotong kecil dan digoreng
2 biji telur - dibuat telur hancur
3 sudu besar minyak untuk menumis 

Bahan C
Sos Phat Thai secukupnya
2 cawan taugeh - dibersihkan 
10 tangkai daun kucai - di potong 1 inci 

Bahan D
1/2 cawan kacang tanah - disangai dibuang kulit dan ditumbuk kasar
2 sudu besar cili flakes
2 biji limau kasturi atau 1 biji limau nipis - dipotong dan dibuang biji
2 tangkai daun ketumbar - dihiris kasar
1/2 biji karot - disagat panjang dan halus

Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi
Masukkan udang, udang kering dan lobak asin serta Bahan A, kacau hingga rata
Masukkan Bahan B yang lainnya dan kacau hingga sekata
Tambahkan sos phat thai secukupnya dan kacau sebati, akhir sekali campurkan taugeh dan kucai
Kacau dengan api kuat sebentar dan tutup api, jangan terlebih masak hingga kucai dan taugeh layu
Hidangkan bersama Bahan D


SOS PHAT THAI
1/2 cawan gula Melaka - dihiris halus
1/4 cawan gula pasir
1/4 cawan air
1/4 cawan sos ikan -nampla
1/4 cawan jus asam jawa pekat

Masak gula melaka dan gula pasir bersama air hingga gula  larut sepenuhnya 
Tapiskan dan campurkan dengan sos ikan dan jus asam jawa
Masak dengan api kecil hingga agak pekat
Tutup api dan sejukkan. Simpan didalam balang dan simpan didalam peti sejuk






   Hidangkan bersama kacang tanah dan cili flakes