Showing posts with label MEE. Show all posts
Showing posts with label MEE. Show all posts

Friday, 4 November 2016

MEE KARI NYONYA









   Meehoon kari nyonya 





Menu alternative yang kami suka masak kalau tak masak nasi 
Tapi kami suka kuahnya yang berapa rasa sangat karinya 
Keluarga kami juga tak suka makan mee kuning
Dengan itu kami akan gantikan dengan bihun 
Bahan yang tambahan lain, kami suka letak tauhu dan sawi
Kalau makan ni memang berulang-ulang
Sedapnya lahai
Malaih nak cerita banyak
Lebih baik kami teruskan aje titipkan resepinya disini...
Boleh cuba kalau suka....







  Makan dalam set pinggan mangkuk lama ni...bertambahlah sedapnya








   Bahan- bahan sampingan






MEE KARI NYONYA
Resepi : Aniza Saidin (Aniza little kitchen)

Bahan A
Dicelur dan ditoskan
1 paket mee kuning atau meehoon 

Bahan B
1 labu bawang besar - dikisar
4 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 sudu besar minyak untuk menumis

Bahan C
Di bancuh menjadi pes
2 sudu besar serbuk kari ayam 
2 sudu besar cili kisar

Bahan D
1/4 ekor ayam - dipotong kecil
10 ekor udang - sederhana besar
10 biji tauhu kering
2 keping fish cake
2 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
1 tangkai daun kari 
4 tangkai daun kesum

Bahan E
Sawi , taugeh - dicelur
Tauhu digoreng
Telur rebus
Bawang goreng
Limau nipis atau kasturi


Panaskan minyak dan tumiskan Bahan yang dikisar hingga wangi
Masukkan kulit kayu manis dan bunga lawang
Masukkan Bahan C dan kacau hingga garing dan terbit minyak
Masukkan ayam dan biarkan hingga ayam kecut 
Tambahkan santan cair, biarkan hingga mendidih
Tambahkan daun kari, daun kesum, fish cake dan tauhu kering
Masukkan pula santan pekat dan kacau senantiasa supaya tak pecah minyak
Akhir sekali masukkan udang dan masak hingga mendidih 
Tutup api, tambahkan garam secukup rasa
Hidangkan bersama Bahan A dan Bahan E

Tip kami:
Udang boleh direbus dan kopekkan kulitnya dan hidangkan bersama Bahan E
Air rebusan udang boleh digunakan semasa memasak kuah






   Tambahkan daun ketumbar untuk menambahkan aroma







   Sepiring ni memang tak cukup....










Wednesday, 5 October 2016

MANGGI KETAM











   Manggi ketam







Pasai kami terliuq dengan orang dok cerita
Dok tunjuk gambaq....
Depa dok makan manggi ketam kat area pantai timur nuu
Punyalah kami teringin nak makan
Walaupun takdak ketam nipah 
Ketam bunga pun bolehlah
Kami tak tau lah betoi ke dak resepi ni..
Tapi kami rasa sangat sedap
Sebab ada ketam kot yang bagi rasa manih pada kuahnya 
Kalau ada teringin nak cuba 
Kami titipkan resepinya disini...






   Sangat sedap dan mudah memasaknya





MANGGI KETAM
Resepi : Aniza Saidin (Aniza little kitchen)

1 paket manggi perasa kari 
1ekor ketam - dibersihkan
1 biji telur
1 batang pokok sawi atau beberapa helai kobis
Sedikit bunga kobis kalau suka
Sedikit daun bawang serta daun sup
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji cilipadi
Sedikit minyak untuk menumis

Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih yang dihiris halus
Masukkan cilipadi kacau sebentar
Masukkan air, biarkan hingga mendidih. Masukkan separuh dari perencah manggi
Masukkan ketam dan manggi
Ketepikan sedikit manggi dan ketam dan pecahkan telur kedalam
Biarkan hingga telur sedikit keras dan masukkan sayuran
Tambahkan garam kalau perlu, taburkan daun sup dan daun bawang
Sedia dihidangkan








Monday, 5 September 2016

MEE KICAP DAN SUP WANTAN









   Mee kicap bersama wantan goreng dan sup wantan





Semenjak anak soleh belajar di Tapah , Perak 
Selalu jugalah kami kesana
Menghantarnya pulang selepas bercuti semester
Ataupun kekadang menjengoknya disana
Disinilah kami berkenalan dengan menu mee kicap
Hasil pencarian di internet dan puas bertanya dengan Mak Cik Google
Kami jumpa satu tempat makan di Tapah yang katanya terkenal dengan menu mee kicap
Kedai tu terletak distesen bas Tapah
Alhamdulillah memang sedap Mee Kicap dan Mee Kari yang dijual disitu 
Maka bermulalah pencarian kami mencari resepi mee kicap yang tersedap
Mencuba beberapa resepi dan mengolah disana - sini
Maka dapatlah kami hidangkan mee kicap masakan rumah
Mungkin rasanya sedikit berlainan tapi yang penting ahli rumah semua menggemarinya







   Set lengkap dihidangkan bersama bawang goreng, minyak bawang putih dan cili kicap bercuka





Ada resepi mee kicap menggunakan mee wantan
Ada yang gunakan mee kuning biasa
Tapi kami paling suka guna mee wantan yang kering
Selepas di rebus sebentar ia memberikan rasa kenyal seperti yang kami suka
Selalunya kami akan hidangkan bersama sup wantan yang sangat sedap
Kombinasi yang sangat sempurna 







   Mee kering yang direbuskan sebentar dihidangkan bersama kulit wantan yang digoreng garing





Oleh kerana ianya resepi yang kami suka 
Dan digemari semua isi rumah
Haruslah kami titipkan resepinya disini....
Boleh cuba kalau suka...













MEE KICAP DAN SUP WANTAN
Resepi : Aniza Saidin (Aniza little kitchen)

Bahan A
Minyak bawang putih
1/4 cawan minyak masak
6 ulas bawang putih - diracik halus
Goreng hingga kekuningan dan biarkan sebentar

Bahan B
Untuk membuat mee 
1 peket mee wantan ( celur dan toskan )
Bahan untuk digaul dengan mee
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kicap mee
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar minyak bawang putih
1 sudu teh minyak bijan - kalau suka
Gaul semua hingga rata dan ketepikan














Bahan C
Untuk Wantan
2 keping dada ayam
1/2 biji bawang holland
1/2 batang karot
2 batang daun bawang
1 sudu teh tepung jagung
1 sudu teh minyak bijan - kalau suka
1 sudu besar minyak bawang putih
1 sudu teh lada sulah
1 sudu teh garam
Kulit Wantan secukupnya 
Masukkan semua bahan dalam food processor dan kisar hingga sebati
Ambil sekeping kulit wantan, letakkan sesudu kecil isi ayam tadi dan gamkan ikut kesukaan dengan menggunakan sedikit air. Ketepikan sebentar














Bahan D
Sup wantan 
2 keping dada ayam
3 hiris halia
2 sudu besar minyak bawang putih
1 sudu teh lada sulah
1 sudu teh serbuk pati ayam - kalau suka
3 batang bahagian putih daun bawang
Garam secukup rasa
Air secukupnya 

Masukkan semuanya kedalam periuk kecuali wantan , fish ball dan fish cake 
Rebus hingga mendidih dan ayam empuk. Masukkan fish ball, fish cake dan wantan yang sudah disiapkan awal tadi. Masak hingga wantan masak sepenuhnya 
Keluarkan ayam , siapkan dan ketepikan













Bahan E
Cili kicap
5 biji cilipadi -dihiris halus
1 sudu besar kicap cair
1/2 sudu kecil cuka makan 
1 sudu makan air masak
Campurkan semuanya dan gaul rata

Bahan F
Bahan sampingan
3 pokok sawi putih - dicelur dengan sedikit minyak dan toskan
Isi ayam yang disiat 

Cara menghidang mee kicap
Didalam mangkuk masukkan mee, sawi celur dan isi ayam yang dicarik
Hidangkan bersama mee sup berwantan dan cili kicap
















Thursday, 9 June 2016

MENU RAMADHAN KE 3


8/6/2016 (Ramadhan ke 3)





   Menu Ramadhan ke 3




Alhamdulillah dah 3 hari kita berpuasa
Masih diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik
Syukur sangat-sangat
Hari ni anak-anak dah tak berselera nak makan nasi 
Jadi kami masakkan kueyteow daging
Dapat kat pasaraya kueyteow yang kecik-kecik tu
Sedaplah sikit dari kueyteow yang biasa







   Kueyteow goreng daging




Minta maaf tak dapat bagi resepi yang lengkap
Letakkan apa yang ada didapur
Kebetulan ada daging rebus lebihan dari buat dendeng
Kami jadikan rencah
Letak cilipadi dan kicap je ni...
Sos ikan sikit..
Alhamdulillah....
Janji ada juadah untuk berbuka








   Kueyteow sepeket makan berempat pun tak habis.....



Resepi yang lainnya nanti kami berikan kemudian yer
Nak menaip dulu satu -satu...
Selamat berpuasa semua....