Friday 30 October 2015

TEMOSA RAJA

 





 
   Temosa Raja


Pertama kali menengok gambarnya di Instagram seorang teman
Kami segan nak tanyakan resepinya
Sebab teman ni orang meniaga
Dia buat temosa raja ni untuk jualan
Tapikan....
Kami dok teringin sangat nak membuatnya
Bermulalah pencarian kami dimerata-rata
Mencair resepi temosa raja
Katanya banyak di dapati di pekan pahang
Al maklumlah disitukan bandar di raja pahang
Alhamdulillah kami jumpa resepi ni
Disalah satu blog....



 Abaikan kelim kami yang tak berapa nak comey


Minta ampun minta maaf kami lupa nak salin nama tuan punya blog
Kami minta halal sebab guna resepi puan
Walaupun kami ubah...asalnya tetap resepi puan
Moga Allah memberkati hidup puan sekelurga kami doakan
Bersama - sama ini kami titipkan resepinya...
Boleh cuba kalau suka...

Temosa Raja 

Untuk inti:

Bahan A
500 gram isi ayam atau daging di potong dadu
1/2 cawan santan pekat

Bahan B
Dikisar bersama
8 labu bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
15 biji cili kering- direndam
1 batang serai
2 sudu besar biji ketumbar
1/2 sudu besar jintan manis
1/2 sudu besar jintan putih
Garam dan gula secukup rasa

Bahan C
5 biji telur direbus dan dihiris bulat

Masukkan semua bahan kecuali telur kedalam periuk
Masak hingga pekat dan pecah minyak
Sejukkan sebentar


  Posing lawa-lawa dok tunggu giliran untuk di goreng 



Untuk kulit
300g tepung gandum
75g margerine
2 biji kuning telur
1/2 cawan air
Gaulkan tepung dan margarine hingga sekata
Masukkan kuning telur yang sudah dicampurkan air
Uli hingga sebati, perapkan anggaran 15 minit
Ambil sedikit adunan dan dicanai nipis
Terapkan adunan menjadi kepingan yang bulat
Ambil satu daripada adunan itu dan letakkan kepingan telur diatasnya
Diikuti dgn sedikit inti dan lapiskan sekeping lagi hirisan telur diatasnya.
Kemudian ambil sekeping lagi kulit temosa dan tutup diatasnya
Kelimkan keliling kulit temosa tersebut
Goreng dalam minyak yang sederhana panas yg banyak hingga kekuningan.



 Makan sebiji pun dah kenyang sebab kami buat besaq

Alhamdulillah puashati kami dapat makan temosa raja ni...
Rangup kulitnya dan mewah dengan isi
Memang sesuai sangatlah dengan namanya....

Wednesday 28 October 2015

ASAM PEDAS MELAKA




ASAM PEDAS MELAKA

Menikmati nasi panas bersama asam pedas memang mengasyikkan
Tambahan pula ada sambal belacan dan sedikit ulaman
Menambahkan nikmatmya lagi rebus sebiji dua telur masin
Kalau nak berdiet jangan dicuba menu ni yer
Memang hancurlah diet...
Kami suka mencuba pelbagai menu asam pedas
Asam pedas Melaka yang mudah ni kami paling suka
Kalau ada ikan jenahak atau pari memang sangat umph
Kalau ikan kembung pun sangatlah sedap juga
Kegemaran En. Suami  kami ni...
Bersama ini kami titipkan resepinya....
Boleh Cuba kalau suka...





    Asam Pedas Melaka




Asam Pedas Melaka

Bahan A
Digaul bersama
4 ketul ikan pari / parang / tenggiri 
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk kunyit

Bahan B
Dikisar bersama
4 labu bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
2 batang serai
3 cm belacan
2 cm kunyit hidup
1 sudu besar lada hitam 

Bahan C
1/2 cawan cili kisar

Bahan D
1/4 cawan minyak masak
1 sudu teh halba

Bahan E
2cawan air asam jawa- dr 1/2 sudu besar asam jawa

Bahan F
1 kuntum bunga kantan
2 tangkai daun kesum

Bahan G
5 biji sayur bendi
1 biji terung sederhana besar- dipotong kasar
1 biji buah tomato -dipotong enam
Garam secukup rasa

Panaskan minyak dan masukkan halba
Masukkan bahan B, masak hingga wangi dan agak kering
Masukkan bahan C, masak dengan api perlahan hingga garing dan wangi
Masukkan pula bahan A, kuatkan sikit api dan kacau sebentar
Masukkan bahan E dan bahan F
Bila kuah mendidih , terus Masukkan bahan G
Biarkan hingga semuanya masak
Sedia dihidangkan bersama nasi putih, sambal belacan , ulaman dan telur masin



      Kali ni  kami guna ikan ikan tuka



Thursday 8 October 2015

LAKSA NYONYA




 
                                        Laksa Nyonya


Menikmati laksa nyonya buat pertama kali
Terus jatuh hati dengan rasanya
Masa tu dah berumur 23 tahun pun
Makan kat  cafe didalam Central Market
Semangkuk cuma RM10 kalau tak salah
Tapi itu 23 tahun yang dulu...memanglah mahal sangatkan
Macam harga kat hotel
Tapi sebab ada orang belanja
Kami makan jugalah...
Sedapnya laksa nyonya di situ
Lemak berkrim, ada udang besaq, ada ayam dan banyak tauhu kering
Warna laksa tak berapa nak merah
Sebab dihidangkan bersama sambal 
Lepas makan kat situ kamipun memulakan pencarian
Mencari resepi laksa nyonya yang sedap
Puas dok belek majalah Wanita, Nona dan seangkatannya...
Masa tu bukan boleh tanya kat makcik google
Belum ada lagi kut rasanya
Bila jumpa resepi kami akan cuba
Sampailah kami jumpa satu resepi ni..
Walaupun tak sama rasanya tapi lebih kuranglah
Di rumah kami ramai yang tak minat mee kuning
Jadi kami tukarkan laksa nyonya ni kepada meehoon
Atau angel hair pun ok jugak
Kalau ada yang teringin nak mencuba...
Kami titipkan resepinya disini...
Boleh cuba kalau suka....




                                             Set Untuk Laksa Nyonya

Laksa Nyonya
Resepi :Aniza Saidin

Bahan A
Mee kuning Atau Meehoon dicelur hingga lembut
Atau angel hair direbus hingga lembut

Bahan B
Untuk tumisan dikisar bersama 
20 tangkai cili kering - direndam hingga lembut
10 ulas bawang merah
1 sudu besar biji ketumbar atau 1 sudu teh serbuk ketumbar
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
1 inci belacan
5 biji buah keras
1/4 cawan minyak untuk menumis

Bahan C
2 batang serai dititik
6 cawan santan
Air rebusan udang
6 biji tauhu kering
10 biji bebola ikan
2 keping kek ikan
Beberapa tangkai daun kesum kalau suka
Garam dan gula secukup rasa

Bahan D 
15 ekor udang rebus
1 cawan isi kerang rebus
2 keping tauhu goreng- dipotong memanjang 
Taugeh
Sawi - dicelur
Daun bawang
Bawang goreng

Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan B
Biarkan hingga wangi serta garing dan terbit minyak
Masukkan bahan C dimulai dengan santan dan air rebusan udang
Biarkan hingga mendidih baru dimasukkan yang lainnya
Perasakan garam dan gula
Biarkan mendidih dengan api perlahan
Sedia dihidangkan bersama bahan A dan bahan D



                                     Tengok gambar ni dah buat kami teringin 


Sambal Tumis Udang Kering

Bahan A
Dikisar bersama
15 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci belacan
1 camca besar udang kering, rendam dan toskan

Bahan B
1/3 cawan jus asam jawa 
Garam dan gula kabung secukup rasa

Panaskan minyak dan masukkan bahan A
masak hingga wangi dan terbit minyak
Masukkan jus asam jawa
Masak dengan api perlahan hingga pekat
Masukkan garam dan gula
Siap untuk dihidangkan bersama laksa nyonya


SERIMUKA AKA PULUT SEKAYA









                                                 Pulut Sekaya Pandan





Ada yang panggil  serimuka
Ada juga yang gelarkannya puteri salad
Tapi kami orang kedah
Jadi kami namakannya pulut sekaya
Kuih ni ada dua bahagian
Hak bahagian bawah badannya
Hak bahagian atas kepalanya
Badannya adalah pulut bersantan
Kepalanya boleh buat macam- macam jenis
Selalunya orang dok buat kepala hijau
Tok cik kami suka buat warna cokelat
Letak gula merah
Boleh juga letak isi durian
Pun sangatlah sedapnya
Kami ada banyak versi pulut sekaya
Yang lembik- lembik paling kami suka
Tapi buat untuk makan sendiri jerlah
Nak hidang susah...terlampau lembik
Kami selalu kaut dengan sudu jer
Pulut sekaya kami letak jintan manis dan kulit kayu manis
Bau wangi jeee...
Sebabnya kami tak tahan bau teloq
Kami juga guna daun pandan serani
Sebab kami tak berapa suka guna pewarna tiruan
Kami titipkan resepinya disini
Boleh cuba kalau suka....









                                                     Lemak berkrim




PULUT SEKAYA  AKA SERIMUKA
Oleh :Aniza Little Kitchen
Loyang segi empat 12 x 12

Bahan A
Untuk bahagian bawah
3 cawan beras pulut ( rendam 1/2 jam)
1 cawan santan pekat
1 cawan air
1 sudu teh garam
2 helai daun pandan

Panaskan periuk kukusan
Masukkan semua bahan kedalam loyang
Sukatan cecair sepatutnya sama paras dengan pulut
Kukus hingga pulut masak
Keluarkan dari kukusan dan tekan pulut didalam loyang hingga padat
Ataupun keluarkan pulut, alaskan loyang dengan plastik baru di tekankan pulut diatasnya


Bahan B
Untuk bahagian atas
1 1/2 cawan gula pasir
6 biji telor ayam
2 cawan santan pekat
4 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung custard
5 helai daun pandan
5 helai daun pandan serani
2 cawan air
1/4 sudu teh serbuk jintan manis
1/4 sudu teh serbuk halia
1/4 sudu teh kulit kayu manis
1/4 sudu teh garam


Blenderkan daun pandan bersama 2 cawan air dan semua serbuk rempah 
Tapiskan dan ketepikan jusnya
Kacaukan santan pekat bersama telur dan air daun pandan
Tapiskan kedalam periuk, masukkan tepung gandum kacau sebati
Masukkan bersama gula, santan pekat dan garam
Kacau sekejap diatas api perlahan hingga naik wap
Curahkan ke atas pulut yang siap ditekan tadi
Kukuskan selama 1/2 jam hingga pulut masak
Sesekali buka tutup kukusan dan lapkan tudungnya untuk mengelakkan wap jatuh diatas kuih
Sejukkan sebelum dipotong








                                 Sepotong kuih yang membuatkan hati ceria






Tip kami :
Boleh gunakan gula merah menggantikan gula putih untuk mendapatkan sekaya gula merah
Boleh tambahkan lagi tepung gandum untuk sekaya yang lebih pejal dan keras
Kami menggunakan acuan kek yang boleh dibuka tepinya untuk memudahkan proses mengeluarkan kuih
Tutupkan loyang dengan tudung periuk untuk mengelakkan air wap jatuh ke atas kuih









Wednesday 7 October 2015

NASI MANDY YEMEN









   Kami masak sebagai menu berbuka puasa






Lima tahun dulu semasa selalu berulang alik ke senawang
menjenguk anak solehah dan anak soleh diasrama,
kami terjumpa kedai Nasi Mandy ni
Restoran Damsyik di senawang
Kalau anak- anak dibenarkan outing kami akan pergi ke sini
Ataupun kalau kami tak sempat masak
Kami bungkus Nasi Mandy ni juga
Pertama kali merasa
MasyaAllah...tabarakallah sedapnya nasi ni
Sangat lembut dan berperisa
Kadangkala kami akan makan nasi begitu sahaja
Tanpa lauk ayam atau kambing
Kami juga mencuba Nasi Mandy, Kabsha dan Nasi Arab lainnya
Di merata tempat
Di restoran terkenal sampai ke gerai -gerai
Tapi restoran di senawang tetap menduduki carta nombor satu
Mungkin sebab dia cinta pertama kami terhadap Nasi Mandy
Semenjak itu kami berusaha mencari resepi
Susahnya nak masak Nasi Mandy ni kalau ikut resepi asal
Kena masak dalam tanah
Ada dapur khas
Alhamdulillah tak lama selepas tu ada satu kedai arab dibuka
Berdekatan pejabat En.Suami
Memudahkan urusan kami
Nak mencari beras dan rempah
Air mawar dan saffron
Lepas tu kami jarang sekali ke restoran tu lagi
Kalau rasa teringin kami masak sendiri jer
Kami ubahsuai sikit resepinya
Supaya memudahkan sikit cara memasaknya
Oleh itu bersama ini
Kami titipkan resepinya...
Boleh cuba kalau suka...










                                                           Nasi Mandy







NASI MANDY YEMEN
Oleh : Aniza Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dibelah 4
1/2 sudu besar rempah Kabsha
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula perang
1/4 sudu teh serbuk pewarna saffron
1 sudu teh jus lemon
Perapkan selama 1 jam
Bakar dengan meletakkkan 1 labu bawang besar yang dipotong besar dan 5 ulas bawang putih yang di ketuk
Gunakan air atau minyak membakar ayam untuk memasak nasi


Untuk Membuat Air Rebusan Ayam
Bahan bahan:

2 biji bawang besar - cincang halus
2 biji tomato - dicincang halus
3 helai bay leaves
1 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
5 biji bunga cengkih
2 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk ketumbar
Garam
2 sk saffron dicampurkan dengan 1/4 cawan jus lemon.

Masukkan  tomato yang dihancurkan dan air. Kemudian masukkan bahan bahan lain di atas dan sedikit garam. Biarkan sehingga air mendidih dan masukkan ayam ke dalamnya. Selepas ayam masak, keluarkan ayam dan toskan. Tuangkan saffron yang dicampur dengan jus lemon ke atas ayam dan biarkan seketika. Kemudian bolehlah dibakar. Simpan air rebusan ayam untuk memasak nasi.









   Set hidangan lengkap nasi Mandy cuma salatah dan zabadi tapi kami tambah dalca ayam 





Untuk memasak Nasi
Bahan bahan:
1/4 cawan minyak zaitun 
2 sudu minyak sapi
6 cawan beras basmathi - basuh dan rendam 15 minit
8 cawan air rebusan ayam tadi
1/4 cawan susu cair
4 butir gula batu
1 labu bawang besar - dicincang
1 sudu besar serbuk rempah nasi arab
5 biji cili hijau - patahkan
2 sudu kecil saffron dibancuh bersama 1/4 cawan jus lemon
2 biji lemon kering
3 helai daun bay

Masukkan beras yang ditos ke dalam air rebusan ayam. Masak sehingga nasi kering. Kemudian masukkan hirisan bawang besar dan serbuk jintan dan ketumbar. Tutup periuk dan biarkan seketika. Titiskan saffron bertompok-tompok  di atas nasi.

Buatkan lubang dan letak aluminium foil atau cawan tahan panas yang dimasukkan sedikit minyak zaitun. Kemudian masukkan arang ke dalam aluminium foil tadi. Cepat cepat tutupkan periuk supaya asap terperangkap.

Bila  masak  kacau  nasi.  Di sini kita akan lihat warna-warna saffron bercampur dengan warna nasi asal.  Siap dihidang. Patah patahkan cili hijau dan hidang bersama ayam ,zabadi dan sambal salatah








    Kami masak untuk kawan-kawan Adam di maahad untuk 60 pax semuanya



                                                   

Zabadi

2 biji buah tomato - dibuang biji dan dipotong dadu
1 batang timun -dibuang biji dan dipotong dadu
1 labu bawang besar - potong dadu
2 tangkai cili merah - di buang biji dan dihiris nipis
2 tangkai cili hijau - dibuang biji dan dihiris nipis
1 biji lemon diperah ambil jusnya
1 sudu besar gula
1 sudu besar minyak zaitun
I tangkai daun ketumbar- dimayang
Garam secukup rasa

Cara-cara:
Campurkan kesemua bahan2 di atas, gaul mesra kesemuanya di dalam mangkuk. Perisakan sehingga secukup rasa dan sedia dihidangkan bersama Nasi Mandy.









     
                                    Paha ayam yang lembut dan berperisa






Sos Salatah

1 biji tomato  dibuang biji dihiris
5 biji cili hijau - di buang biji
2 biji cili merah-dibuang biji
10 biji cili padi
1 ulas bawang putih
1 tangkai batang ketumbar
Garam
Gula
Perahan lemon.

Cara penyediaan: 
Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.







    Set lengkap nasi mandhi






Homemade rempah khabsa
Bahan A
Disangai dan dikisar
1 sudu makan bunga cengkih
1 sudu makan lada hitam
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan jintan putih
2 sudu makan biji ketumbar
1 sudu makan buah pelaga
1 sudu buah pelaga hitam (black cardamom pods)
Bahan B
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh kunyit
Campur bahan A dan bahan B dan simpan dalam balang kedap udara









KARI KEPALA IKAN JENAHAK MAMAK TANPA SANTAN



Kalau kami balik kampung En.Suami di Kuala Selangor 
Kami mesti pi pasar basah Pasir Penambang
Donia makanan laut tu...
Dari segala jenis siput, sotong, ketam dan segala jenis ikan
Yang paling penting, semuanya segar bugar
Tiap - tiap kali kalau pergi, kami mesti beli ikan jenahak
Kena beli sekor baru dapat harga murah
Kalau kat rumah dikampung selalunya seekor memang tak cukup
Keluarga kami sangatlah ramainya...
Selalunya isi ikan jenahak ni kami goreng berlada atau masak sup
Kepalanya kami suka buat kari...
Kamikan orang kedah tulen
Kari dah jadi darah daging kami
Tambahan pula ada anak yang boleh geng dengan kami makan kari
Walaupun keluarga kola selangor lagi suka asam pedas
Tapi depa tak kisah kalau kami masak kari
Sebab kami yang masak kannnnn
Kali ni kami malas nak pergi mesin kelapa
Malas nak perah pulak tu...
Jadinya kami masak la kari kepala ikan tanpa santan ni
Kami belajar lama dulu....
Masa baru- baru kahwin
Belum ada anak lagi masa tu
Dengan kawan India kami...baik sangat orangnya
Tiap-tiap hari kawan kami tak rehat , dia kerja waktu makan tengahari
Dia sanggup korban waktu rehatnya...
Sebab nak balik awal...nak masak untuk keluarga
Dan menguruskan mak mertuanya yang tak berapa sihat
Walaupun bapa mertuanya ada dirumah tapi semua hal berkaitan ibu mertua dia yang uruskan 
Kami sangat hormati kawan kami ni...
Sebab dia sangat setia pada suami dan sangat hormat pada keluarga mertua
Dalam pada tu...kami jatuh kasihan juga padanya...
Mai kita sambung cerita tentang kari kepala ikan jenahak ni
kami titipkan resepinya disini....
Boleh cuba kalau suka...


                                Kari Kepala Ikan Jenahak


KARI KEPALA IKAN JENAHAK MAMAK TANPA SANTAN
Resepi Oleh : Aniza Saidin (Aniza Little Kitchen )      

Bahan A
Digaul rata
Seketul kepala ikan jenahak
Sedikit garam dan serbuk kunyit

Bahan B
Digaul rata dan diperap sebentar
2 sudu besar serbuk kari ikan 
1 sudu besar serbuk cili atau cili kisar
5 ulas bawang merah- ditumbuk
3 ulas bawang putih-ditumbuk
1/2 inci halia - ditumbuk

Bahan C
Untuk tumisan
1 labu bawang besar - di hiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 sudu teh halba campur- campuran jintan manis, halba, biji sawi
2 tangkai daun kari
2 biji tomato masak didadu
3 sudu minyak untuk menumis 

Bahan D
1 cawan air asam jawa
1 cawan air 
1 sudu besar beras yang disangai dan dikisar halus
Garam secukup rasa

Bahan E 
5 biji bendi dicelur
1 biji terung bakar atau goreng
I biji tomato di belah 4

Panaskan minyak dalam periuk atau kuali
Tumiskan halba campur dan daun kari hingga harum 
Masukkan bawang hiris kacau hingga bawang layu
Masukkan buah tomato yang didadu
Masakkan sebentar dan barulah dimasukkan bahan B
Kacau selalu supaya rempah tidak hangit
Biarkan hingga garing dan terbit minyak
Bila dah garing masukkan bahan D, kalau kurang boleh di tambahkan air
Biarkan hingga mendidih sebentar. Kuatkan api dan masukkan bahan A
Biarkan anggaran 5 minit dan perlahankan api
Boleh dimasukkan terung dan tomato
Tutup api dan semasa menghidang barulah dimasukkan bendi
Sedap dihidangkan bersama nasi panas dan sambal belacan


  

Menu makan tengahari, bawal kukus nyonya, sotong goreng Kunyit, udang mentega dan sup ketam