Kalau kami balik kampung En.Suami di Kuala Selangor
Kami mesti pi pasar basah Pasir Penambang
Donia makanan laut tu...
Dari segala jenis siput, sotong, ketam dan segala jenis ikan
Yang paling penting, semuanya segar bugar
Tiap - tiap kali kalau pergi, kami mesti beli ikan jenahak
Kena beli sekor baru dapat harga murah
Kalau kat rumah dikampung selalunya seekor memang tak cukup
Keluarga kami sangatlah ramainya...
Selalunya isi ikan jenahak ni kami goreng berlada atau masak sup
Kepalanya kami suka buat kari...
Kamikan orang kedah tulen
Kari dah jadi darah daging kami
Tambahan pula ada anak yang boleh geng dengan kami makan kari
Walaupun keluarga kola selangor lagi suka asam pedas
Tapi depa tak kisah kalau kami masak kari
Sebab kami yang masak kannnnn
Kali ni kami malas nak pergi mesin kelapa
Malas nak perah pulak tu...
Jadinya kami masak la kari kepala ikan tanpa santan ni
Kami belajar lama dulu....
Masa baru- baru kahwin
Belum ada anak lagi masa tu
Dengan kawan India kami...baik sangat orangnya
Tiap-tiap hari kawan kami tak rehat , dia kerja waktu makan tengahari
Dia sanggup korban waktu rehatnya...
Sebab nak balik awal...nak masak untuk keluarga
Dan menguruskan mak mertuanya yang tak berapa sihat
Walaupun bapa mertuanya ada dirumah tapi semua hal berkaitan ibu mertua dia yang uruskan
Kami sangat hormati kawan kami ni...
Sebab dia sangat setia pada suami dan sangat hormat pada keluarga mertua
Dalam pada tu...kami jatuh kasihan juga padanya...
Mai kita sambung cerita tentang kari kepala ikan jenahak ni
kami titipkan resepinya disini....
Boleh cuba kalau suka...
Kari Kepala Ikan Jenahak
KARI KEPALA IKAN JENAHAK MAMAK TANPA SANTAN
Resepi Oleh : Aniza Saidin (Aniza Little Kitchen )
Bahan A
Digaul rata
Seketul kepala ikan jenahak
Sedikit garam dan serbuk kunyit
Bahan B
Digaul rata dan diperap sebentar
2 sudu besar serbuk kari ikan
1 sudu besar serbuk cili atau cili kisar
5 ulas bawang merah- ditumbuk
3 ulas bawang putih-ditumbuk
1/2 inci halia - ditumbuk
Bahan C
Untuk tumisan
1 labu bawang besar - di hiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 sudu teh halba campur- campuran jintan manis, halba, biji sawi
2 tangkai daun kari
2 biji tomato masak didadu
3 sudu minyak untuk menumis
Bahan D
1 cawan air asam jawa
1 cawan air
1 sudu besar beras yang disangai dan dikisar halus
Garam secukup rasa
Bahan E
5 biji bendi dicelur
1 biji terung bakar atau goreng
I biji tomato di belah 4
Panaskan minyak dalam periuk atau kuali
Tumiskan halba campur dan daun kari hingga harum
Masukkan bawang hiris kacau hingga bawang layu
Masukkan buah tomato yang didadu
Masakkan sebentar dan barulah dimasukkan bahan B
Kacau selalu supaya rempah tidak hangit
Biarkan hingga garing dan terbit minyak
Bila dah garing masukkan bahan D, kalau kurang boleh di tambahkan air
Biarkan hingga mendidih sebentar. Kuatkan api dan masukkan bahan A
Biarkan anggaran 5 minit dan perlahankan api
Boleh dimasukkan terung dan tomato
Tutup api dan semasa menghidang barulah dimasukkan bendi
Sedap dihidangkan bersama nasi panas dan sambal belacan
Menu makan tengahari, bawal kukus nyonya, sotong goreng Kunyit, udang mentega dan sup ketam
No comments:
Post a Comment