Wednesday, 7 October 2015

NASI MANDY YEMEN









   Kami masak sebagai menu berbuka puasa






Lima tahun dulu semasa selalu berulang alik ke senawang
menjenguk anak solehah dan anak soleh diasrama,
kami terjumpa kedai Nasi Mandy ni
Restoran Damsyik di senawang
Kalau anak- anak dibenarkan outing kami akan pergi ke sini
Ataupun kalau kami tak sempat masak
Kami bungkus Nasi Mandy ni juga
Pertama kali merasa
MasyaAllah...tabarakallah sedapnya nasi ni
Sangat lembut dan berperisa
Kadangkala kami akan makan nasi begitu sahaja
Tanpa lauk ayam atau kambing
Kami juga mencuba Nasi Mandy, Kabsha dan Nasi Arab lainnya
Di merata tempat
Di restoran terkenal sampai ke gerai -gerai
Tapi restoran di senawang tetap menduduki carta nombor satu
Mungkin sebab dia cinta pertama kami terhadap Nasi Mandy
Semenjak itu kami berusaha mencari resepi
Susahnya nak masak Nasi Mandy ni kalau ikut resepi asal
Kena masak dalam tanah
Ada dapur khas
Alhamdulillah tak lama selepas tu ada satu kedai arab dibuka
Berdekatan pejabat En.Suami
Memudahkan urusan kami
Nak mencari beras dan rempah
Air mawar dan saffron
Lepas tu kami jarang sekali ke restoran tu lagi
Kalau rasa teringin kami masak sendiri jer
Kami ubahsuai sikit resepinya
Supaya memudahkan sikit cara memasaknya
Oleh itu bersama ini
Kami titipkan resepinya...
Boleh cuba kalau suka...










                                                           Nasi Mandy







NASI MANDY YEMEN
Oleh : Aniza Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dibelah 4
1/2 sudu besar rempah Kabsha
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula perang
1/4 sudu teh serbuk pewarna saffron
1 sudu teh jus lemon
Perapkan selama 1 jam
Bakar dengan meletakkkan 1 labu bawang besar yang dipotong besar dan 5 ulas bawang putih yang di ketuk
Gunakan air atau minyak membakar ayam untuk memasak nasi


Untuk Membuat Air Rebusan Ayam
Bahan bahan:

2 biji bawang besar - cincang halus
2 biji tomato - dicincang halus
3 helai bay leaves
1 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
5 biji bunga cengkih
2 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk ketumbar
Garam
2 sk saffron dicampurkan dengan 1/4 cawan jus lemon.

Masukkan  tomato yang dihancurkan dan air. Kemudian masukkan bahan bahan lain di atas dan sedikit garam. Biarkan sehingga air mendidih dan masukkan ayam ke dalamnya. Selepas ayam masak, keluarkan ayam dan toskan. Tuangkan saffron yang dicampur dengan jus lemon ke atas ayam dan biarkan seketika. Kemudian bolehlah dibakar. Simpan air rebusan ayam untuk memasak nasi.









   Set hidangan lengkap nasi Mandy cuma salatah dan zabadi tapi kami tambah dalca ayam 





Untuk memasak Nasi
Bahan bahan:
1/4 cawan minyak zaitun 
2 sudu minyak sapi
6 cawan beras basmathi - basuh dan rendam 15 minit
8 cawan air rebusan ayam tadi
1/4 cawan susu cair
4 butir gula batu
1 labu bawang besar - dicincang
1 sudu besar serbuk rempah nasi arab
5 biji cili hijau - patahkan
2 sudu kecil saffron dibancuh bersama 1/4 cawan jus lemon
2 biji lemon kering
3 helai daun bay

Masukkan beras yang ditos ke dalam air rebusan ayam. Masak sehingga nasi kering. Kemudian masukkan hirisan bawang besar dan serbuk jintan dan ketumbar. Tutup periuk dan biarkan seketika. Titiskan saffron bertompok-tompok  di atas nasi.

Buatkan lubang dan letak aluminium foil atau cawan tahan panas yang dimasukkan sedikit minyak zaitun. Kemudian masukkan arang ke dalam aluminium foil tadi. Cepat cepat tutupkan periuk supaya asap terperangkap.

Bila  masak  kacau  nasi.  Di sini kita akan lihat warna-warna saffron bercampur dengan warna nasi asal.  Siap dihidang. Patah patahkan cili hijau dan hidang bersama ayam ,zabadi dan sambal salatah








    Kami masak untuk kawan-kawan Adam di maahad untuk 60 pax semuanya



                                                   

Zabadi

2 biji buah tomato - dibuang biji dan dipotong dadu
1 batang timun -dibuang biji dan dipotong dadu
1 labu bawang besar - potong dadu
2 tangkai cili merah - di buang biji dan dihiris nipis
2 tangkai cili hijau - dibuang biji dan dihiris nipis
1 biji lemon diperah ambil jusnya
1 sudu besar gula
1 sudu besar minyak zaitun
I tangkai daun ketumbar- dimayang
Garam secukup rasa

Cara-cara:
Campurkan kesemua bahan2 di atas, gaul mesra kesemuanya di dalam mangkuk. Perisakan sehingga secukup rasa dan sedia dihidangkan bersama Nasi Mandy.









     
                                    Paha ayam yang lembut dan berperisa






Sos Salatah

1 biji tomato  dibuang biji dihiris
5 biji cili hijau - di buang biji
2 biji cili merah-dibuang biji
10 biji cili padi
1 ulas bawang putih
1 tangkai batang ketumbar
Garam
Gula
Perahan lemon.

Cara penyediaan: 
Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.







    Set lengkap nasi mandhi






Homemade rempah khabsa
Bahan A
Disangai dan dikisar
1 sudu makan bunga cengkih
1 sudu makan lada hitam
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan jintan putih
2 sudu makan biji ketumbar
1 sudu makan buah pelaga
1 sudu buah pelaga hitam (black cardamom pods)
Bahan B
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh kunyit
Campur bahan A dan bahan B dan simpan dalam balang kedap udara









No comments:

Post a Comment