Tuesday, 10 February 2015

ASAM PEDAS TETEL







ASAM PEDAS DAGING TETEL




Kalau dulu semasa zaman kanak- kanak
Asam pedas bukanlah satu menu yang dimasak didapur rumah kecil kami
Kami hanya tahu sambal tumis yang dimasak cair dan isinya adalah ikan
Tak kira ikan air tawar atau ikan air masin
Tanpa daun kesum atau bunga kantan ataupun daun limau purut
Bila dah bekerja....
Baru kenal dengan asam pedas yang sebenar
Baru tahu ada pelbagai versi asam pedas
En. Suami pengemar asam pedas
Keluarga di kuala selangor selalu masak asam pedas
Tapi agak cair dan rempahnya cuma bawang dan cili
Tanpa daun kesom sebab ada ahli keluarga yang kurang mengemari bau daun ni
Ibu belajar dengan kawan-kawan resepi asam pedas yang sedap
Kalau ke melaka kerumah kawan yang asam pedasnya enak sesangat
Ibu ringan mulut bertanyakan resepinya
Mak teh masak asam pedas letak rempah ketumbar dan jintan
Letak daun kari dan daun limau purut
Tak lupa juga serai yang dikisar
Belajar pula dengan Kak nor jiran sebelah rumah
Orang Batu Pahat Johor
Masak asamnya pun sangat superb
Kak Nor letak lengkuas dalam menu asam pedasnya
Belajar juga buat asam pedas dengan seorang Chinese auntie
Masa beli ikan di pasar
Katanya itu curry asam sgt syiok kalau letak lobak jeruk
Pun akak cuba buat...pun ok jugak
En.Suami tak memilih apa jenis asam pedas pun
Semua versi digemarinya...yang penting kuahnya mesti pekat
Asam pedas daging tetel, tak kira  versi melaka atau Johor
Enak sangat kalau dihidangkan bersama telur masin serta sambal belacan dan ulaman...
Akak sertakan resepinya ...
Boleh cuba kalau suka...


 Asam Pedas Daging Tetel

Bahan A
1/4 cawan minya masak
Kisar hingga halus
5 biji bawang kecil
1 biji bawang besar
5 biji bawang putih
1 inci halia
2 biji buah keras
2 batang serai
I inci lengkuas
1 inci kunyit hidup

Bahan B
10 sudu makan cili kisar
1 sudu teh serbuk lada hitam

Bahan C
 I kilo daging tetel

 Bahan D
1 sudu makan asam jawa + 1 cawan air
Garam dan gula secukupnya

Bahan E
2 biji tomato dipotong kecil
3 helai daun limau purut


Tumiskan bahan A hingga garing dan wangi.
Masukkan bahan B, masak dengan api perlahan hingga garing.
Masukkan bahan C, masak hingga kering air atau hingga daging empuk, boleh tambah sedikit air
kalau perlu.
Masukkan bahan D, masak lagi dan tambah air kalau kuah agak kering
Masukkan bahan E, tunggu hingga mendidih.

Tip akak:
Akak akan tambah setengah sudu serbuk jintan manis dan jintan putih serta ketumbar untuk versi lain asam pedas. Tambahkan juga daun kari.
Boleh ditambah terung atau bendi.
Boleh diletakkan lobak jeruk
Enak juga bersama nenas

Cadangan hidangan:
Enak dimakan bersama nasi putih , sambal belacan dan ulaman
Boleh ditambah telur asin kedalam menu
Boleh ditambah ikan masin
Enak juga dihidangkan bersama telur dadar



No comments:

Post a Comment