Wednesday 4 February 2015

CHICKEN POT PIE









CHICKEN POT PIE






KEGEMARAN SEMUA KELUARGA KAMI




Chicken pot pie
Ibu suka mendengar namanya
Comel jer bunyinya
Pertama kali En.Suami bercerita tentangnya
Makan di cafe DOME
Harganya memang boleh tahanlah..
Ibu cari resepi...
Cuba buat sendiri
Suruh En.Suami rasa...katanya
Samalah macam yang dia makan tu
Semenjak itu...selalu ibu masak ni
Bila anak- anak dah besar sikit
Diaorang pun gemar sangat menu ni..
Kalau ada lebihan mushroom sup atau creamy chicken soup tu
Ibu tambah sayuran dan cheese
Dah boleh buat chicken pot pie
Kalau ada yang teringin atau bahan dah ada di dapur
Cubalah masak yer
Ibu titipkan resepinya disini
Boleh cuba kalau suka...






SANGAT YUMMEH




CHICKEN POT PIE
Resepi :Aniza Little Kitchen
Untuk 8 biji remikin yang kecil

Bahan A
250 gram isi ayam - 2 ketul dada ayam
1/2 sudu teh serbuk lada hitam

Bahan B
2 sudu besar butter
I labu bawang holland - dicincang
2 ulas bawang putih - dicincang
3 sudu besar tepung gandum
1 cawan stok ayam- 1 kiub ayam campur 1 cawan air
Secubit oregano, basil dan thyme
Sehelai daun bay
1/2 sudu teh lada putih

Bahan C
1/4 cawan batang saleri - dicincang
1/4 cawan karot - dicincang
1/4 cawan kacang peas
4 biji cendawan shiratake - dicincang

Bahan D
1 cawan susu segar atau krim masakan
1/4 cawan cheese cheddar
Garam secukup rasa

Bahan E
8 keping puff pastry segera atau homemade
1 biji telur- di pukul

Perapkan bahan A bersama dan biarkan sekejap
Sementara itu panaskan butter, masukkan bawang holland dan bawang putih
Biarkan hingga layu dan wangi
Masukkan tepung dan kacau rata, masukkan stok aya sedikit demi sedikit
Kacau sentiasa supaya tak bergentel
Masukkan bahan C, kacau sebentar hingga sayuran agak masak
Masukkan bahan A tadi
Masukkan bahan D, kacau rata dan biarkan mendidih
Kalau terlalu pekat boleh tambah sedikit air
Masukkan bahan sup ini kedalam remikin
Bahagikan sama rata
Sapukan bibir remikin dengan telur dan letakkan sekeping pastry puff
Buatkan hirisan diatas pastry puff untuk mengeluarkan wap semasa membakar nanti
Sapukan telur di keseluruhan puff pastry
Susunkan remikin diatas dulang pembakar
Bakar didalam oven 180C yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 30-40 minit
Hidangkan segera





ENAK DIMAKAN PANAS-PANAS



Tip ibu:
Boleh gunakan susu cair untuk menggantikan susu segar
Boleh gunakan roti pratha untuk menggantikan puff pastry

Cadangan hidangan:
Sedap dihidangkan semasa masih panas
Sedap juga dihidangkan bersama sos lada hitam

No comments:

Post a Comment