PORTUGUESE EGG TART |
Menikmati sebiji portuguese egg tart yang tersangat nikmatnya
Sedap dan nyaman dimulut...
Suatu masa dulu ibu tak berapa gemar tart ni
Sebab ibu memang tak tahan dengan bau telur
Tapi ibu berusaha banyakkkk kali membuatnya untuk menghilangkan bau telur tu
Akhirnya ibu dapat resepi yang sesuai ditekak ibu sekeluarga
Ibu tapiskan kastadnya beberapa kali
Letakkan vanila yang harum baunya
kalau tak rajin menguli pastry puff
Guna aja puff pastry jenama kawan
Atau yang sedia terjual dipasaraya...
Tapi... kalau rajin apasalahnya...luangkan sedikit masa
Hasilnya memang terbaik
Yang penting menu yang terhasil
Terjamin halal dan suci..
Anak-anak dan suami pun puas makan sebab boleh buat banyak-banyak
Boleh aje beli yang tersedia di mana-mana kedai pastry
Tapi harganya boleh tahan...Kalau family sorang dua ok lagi...
Kalau ramai macam keluarga ibu ni...memang bercatulah..
Boleh juga dijadikan buahtangan
Kalau melawat teman taulan atau sanak saudara.
Ibu titipkan resepinya disini
Boleh cuba kalau suka....
RANGUP DAN LEMAK BERKRIM |
PORTUGUESE EGG TART
Resepi: Aniza Little Kitchen
Bahan untuk Puff Pastry
Bahan A
Campurkan dan gaul sebati
400g tepung gandum
1/8 camca teh garam
50g mentega
Bahan B
200 ml air
Bahan C
250 gram pastry marjerin -boleh beli kat kedai jual bahan bakeri
Sedikit tepung untuk ditabur
Campurkan bahan A dan bahan B sedikit-sedikit hingga mendapat doh yang lembut dan tak melekat ditangan.
Boleh tambahkan sedikit tepung kalau doh masih melekit
Rehatkan doh 30 minit didalam peti sejuk
Keluarkan doh dari peti sejuk dan letak atas papan pencanai yang telah ditabur dengan sedikit tepung
Dengan menggunakan penggelek, canai doh menjadi bentuk seolah bentuk T. Letakkan pastry marjerin di tengahnya.
Lipat doh kiri dan kanan dan atas dan bawah seperti membungkus pastry margerin tu
Kemudian terbalikan doh.
Canai doh perlahan - lahan hingga mendapat ketebalan 0.5mm.
Jangan ditekan semasa mencanai dikhuatiri pastry marjerin terkeluar
Lipat dikiri dan kanan menjadi seperti sebuah buku
Balut kan dengan plastik wrap dan simpan di peti sejuk selama 15 minit
Ulangi proses mencanai dan melipat dan rehatkan di peti sejuk selama empat kali
Sediakan digunakan untuk pelbagai menu cream puff
Bahan Untuk Custard
1 3/4 cawan susu segar
1/2 cawan gula pasir
2 biji telur
2 sudu besar tepung custard
1 sudu teh essen vanila
Masak separuh susu dgn gula pasir hingga berwap
Separuh susu lagi dicampurkan tepung custard dan telur
Campurkan keduanya dan tapiskan
Masukkan essen vanila
Masak diatas api perlahan hingga pekat dan meletup-letup
Ambil adunan cream puff yang disediakan awal tadi dan bentukkkan kedalam acuan muffin
Masukkan inti perlahan-lahan hingga memenuhi acuan
Bakar dengan suhu 180 hingga 25 minit atau hingga bahagian atas tart sedikit keperangan
Dah cuba resepi ni. Best. Saya ada share kat youtube.com
ReplyDelete