Tuesday, 10 February 2015

NASI LEMAK HIJAU







NASI LEMAK HIJAU



Nasi lemak memang sarapan kegemaran seluruh rakyat Malaysia
Sekarang bukan setakat sarapan pagi...
malam - malam pun ramai yang suka makan nasi lemak
Makan dengan sambal ikan bilis, sambal udang dan sambal kerang
Dengan rendang ayam, rendang daging pun enak teramat
Hidangkan bersama ayam goreng berempah dan paru goreng pun sedap jugak
Dulu-dulu nasi lemak keluarga akak wangi sangat
Mak masak guna kelapa tua tepi rumah yang lemak berkrim
Guna daun pandan segar kat tepi londang dapur
Masak guna dapur kayu...ada kerak sikit
Ibu akan tunggu semua orang siap makan sebab nak ambil kerak nasi
Sedap dimakan panas-panas, gaul dengan sambal bilis
Pak andak akan bawa ikan bilis dari tanjung dawai
Ikan bilis yang Pak Ndak tangkap dan buat sendiri
Sedap dan rangup...
Pak Ndak juga bawa ikan masin dan belacan
Selepas kahwin Pak Ndak pindah Cameron highland
Lepas tu kami selalu dapat makan karot dan sayuran segar lain




BESERTA GENGNYA


Pasai Nasi lemak tadi...
Kalau nak bawa bekal ke sekolah...
Mak bungkus dalam daun pisang ..
Letak sekali sambal tumis dan sehiris telur dadar nipis
Kami tak makan Nasi Lemak dengan telur rebus
Sebab adik beradik ibu ramai...
Lebih jimat kalau telur tu di dadar nipis...
Dua biji dah cukup...buat lebar-lebar, penuh satu kuali
Itupun dah sedap sangat...
Makan bertambah-tambah..
Kalau nasib tak baik...
Sambal meleleh dari bungkusan
Habis buku dan beg basah...
Zaman tu...kalau buku tulis atau buku teks ada kesan merah atau kuning
Perkara biasa tu...sebab jarang sangat yang ada tuppaware
Selalunya bekalan memang di bungkus dalam daun pisang saja..




RENDANG AYAM MINANG


Bila dah berkeluarga...
Selalu juga ibu masakkan nasi lemak untuk keluarga
Berbagai resepi ibu cuba..
Letak halia dan bawang...letak halba, tambah buah keras
Salah satunya nasi lemak hijau ni..
Ibu terfikir apa salahnya letak perahan daun dalam Nasi Lemak
Selain memberikan aroma pandan yang wangi....ia juga menjadikan warnanya lebih menarik
Dah cuba...anak-anak suka dan En. Suami kata sedap..
Semenjak itu Nasi Lemak pandan merupakan salah satu menu kegemaran kami sekeluarga
Ibu titipkan resepinya disini
Boleh cuba kalau suka...

NASI  LEMAK HIJAU
Resepi : Aniza Little Kitchen

Bahan A
Dikisar dan ditapis
6 helai daun pandan
1 cawan air

Bahan B
3 cawan beras
2 cawan santan dari setengah biji kelapa
1 sudu besar minyak masak
2 biji buah keras ditumbuk lumat
Garam secukup rasa

Masukkan bahan A dan bahan B kedalam periuk
Masak seperti memasak nasi biasa
Kacau dengan garpu atau chopstick semasa nasi hampir kering
Biarkan seketika anggaran 10 minit selepas  nasi masak sebelum dihidangkan






AYAM GORENG SERAI


Tip ibu:
Sedap dihidangkan panas
Boleh ditambah bawang merah yang dihiris serta halia
Boleh ditambah kan secubit halba
Boleh dikukus apabila nasi kering untuk mendapatkan rasa Nasi Lemak kukus

Cadangan hidangan:
Enak dimakan bersama sambal tumis ikan bilis serta telur rebus dan timun
Sedap juga ditambah kangkung goreng didalam menu

1 comment:

  1. sedap & harum kan..tapi saya tak letak buah keras..air daun pandan, santan. hirisan halia & sedikit garam je :)

    ReplyDelete