CREAM CARAMEL |
Pertama kali merasa cream caramel semasa bekerja di hotel dulu..
Sedaplah sangat chef dekat situ buat...
Cuba belajar..
Guna resepi mat saleh yang versi bakar
Guna krim bukan susu cair
Tak berapa kena dengan selera..
Bila dah kerja di bank..
Ada seorang kawan
Anis namanya...ibunya pandai buat cream caramel
Mintak resepi dengannya
Guna susu pekat manis semua...
Pun sedap juga tapi terlalu manis pulak...
Ibu suka yang kurang manis dan licin..
Tak mau yang isinya mengerutu...
Berbelas tahun...mencuba beratus resepi..
Kekadang dah dapat yang sesuai tapi ibu hilangkan pulak resepinya..
Kekadang ibu main campak2 jer...
Jadi sedap dan cantik...
Dah tak tau pulak sukatannya ...
Memang selalu buat cream caramel ni...semua rakyat jelata dikerajaan ibu menyukainya..
Kalau buat sebiji memang sekali makan jer...
Tapi...
Entah kenapa...ibu jarang ambil gambar cream caramel ni...
Sampai nak letak kat sini pun tak ada gambar yang elok
Kalau ada tetamu...ini juga menu dessert yang ibu suka sediakan..
Sebab mudah dan cepat...
Ibu titipkan resepinya disini..
Boleh cuba kalau suka...
UNTUK KESAYANGAN YANG MENINGKAT USIANYA |
Cream Caramel
Resepi : Aniza Little Kitchen
Loyang 8 inci atau 12 mould kecil
Anggaran 900 ml cecair
Bahan A
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/2 cawan air
4 biji telur gred A
1/4 sudu teh vanila essen
Bahan B
Gula hangus
1/2 cawan gula
1/4 cawan air
Sediakan gula hangus dengan mecampurkan gula dan air dan masakkan dengan api perlahan hingga gula mencair dan bertukar perang
Alihkan dengan segera kedalam loyang atau mould
Untuk menyediakan adunan cream caramel campurkan semuanya dan kacau perlahan- lahan hingga gula hancur. Tapiskan dua kali untuk mengelakkan bau hanyir telur
Curahkan kedalam gula hangus yang sudah mengeras
Kukus anggaran 30 minit atau lebih dengan api yang sederhana
Sejukka dahulu sebelum dikeluarkan dari bekas atau dihidangkan
Tip ibu:
Boleh digantikan susu cair dengan susu segar
Sediakan terus gula didalam bekas yang akan digunakan untuk mengukus untuk memudahkan proses
Boleh ditambah satu sudu besar tepung custard untuk warna yang sedikit kekuningan
Cadangan hidangan:
Sesuai dihidangkan sejuk
Boleh ditambah buah-buahan campuran semasa menghidang
No comments:
Post a Comment