Apabila memasak ni
Teringat kat anak soleh Nayib Ali...
Dari kecik hingga dah besar
Suka benar dengan apple pie...
APPLE TART |
Tak kira versi apple pie, apple tart ataupun apple pie goreng
Yang dekat McDonald tu pun dia suka...
Itu sebelum kami pakat-pakat boikot McD...
Anak-anak soleh dan solehah yang lain pun gemar juga..
Setakat buat 15 biji memang tak cukup...
Yang comey- comey tu...mini apple pie
Ada banyak resepi yang ibu cuba
Semua ada keistimewaan tersendiri
Semua sedap belaka...
Tapi yang resepi ni En. Suami dan anak-anak kata
Paling best...paling sedap
Akak letakkan resepinya..
Boleh cuba kalau suka...
YANG BELUM DIMASAK |
Apple Tart
resepi :Laura in the kitchen
Di olah : Aniza Little Kitchen
Untuk kulit
Bahan A
2 ½ cawan tepung gandum
¼ cawan gula castor
1 ½ sudu teh kulit Oren di parut
¼ sudu teh garam
1 sudu teh vanila essen atau ekstrak
1 ½ sudu teh Baking Powder
Bahan B
¾ cawan mentega sejuk tanpa garam dipotong kecil
¼ cawan shortening sejuk dipotong kecil
Bahan C
3 biji kuning telur
Beberapa sudu besar air sejuk
Masukkan semua bahan A dalam mangkuk dan adun hingga menjadi seperti serbuk roti
Campurkan bahan B hingga sebati dan biarkan ada sedikit- sedikit ketulan didalamnya
Tambahkan bahan C dengan mencampurkan telur terlebih dahulu
Tambahkan air sejuk sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut
Balutkan doh dengan plastik pembalut dan simpan dalam peti sejuk selama satu jam
Untuk Inti:
Campurkan semua bahan hingga sebati
3 biji epal hijau dikupas dan dihiris nipis
¼ cawan gula perang
2 1/2 sudu besar tepung gandum
Kulit lemon yang di parut dari sebiji buah lemon
2 sudu teh jus lemon
1 sudu teh serbuk kayu manis
1/8 sudu teh garam
Keluarkan adunan kulit dari peti sejuk dan uli sebentar untuk melembutkannya
Canaikan diatas papan pencanai yang di taburkan sedikit tepung
Canai anggaran 1/8 inci tebalnya
Letakkan didalam acuan tart yang sudah digris
Cucukkan dasar tart dengan menggunakan garpu di beberapa tempat
Susunkan buah epal mengikut kreativiti
Curahkan cecair yang berlebihan kedalam
Bakar dalam oven yang dipanaskan pada suhu 180C selama 30 minit
Biarkan sedikit sejuk sebelum dikeluarkan dari acuan
SUPER YUMMYY |
Tip Ibu :
Resepi yang sama boleh digunakan untuk membuat apple pie
Boleh letakkan sedikit mentega sejuk diatas inti sebelum dibakar
Boleh juga di tambahkan adunan kulit pie dan digunakan untuk dijadikan penutup untuk pie ini
Boleh di tambahkan kismis didalam inti
Cadangan hidangan:
Hidangkan bersama aiskrim vanila
Boleh juga dihidangkan bersama sos caramel
Enak juga di sajikan bersama sos coklat
No comments:
Post a Comment