Monday 26 January 2015

KUIH BAKAR LABU










KUIH BAKAR LABU





Kuih Bakar
Semasa membesar di kedah waktu kecik-kecik
Ibu tak pernah jumpa kuih bakar
Apatah lagi baulu kemboja
Apa yang pernah ibu makan ialah kuih bengkang atau bingka
Masak dalam periuk
Bakar guna sabut dan tempurung kelapa
Lemak bersari
Sebab santan dari kelapa cukup tua dari tepi rumah
Yang gugur sendiri tanpa perlu dikait...
Tak lama lepas tu
Mak beli periuk yang ada lubang kat tengahnya
Macam acuan chiffon cake tu..
Tapi ada penutup dan pelapik
Mak bakar guna dapur gas
Tapikan ibu lebih suka bengkang yang dimasak guna dapur kayu
Yang guna sabut dan tempurung kelapa
Lebih wangi dan harum
Ada kerak disekeliling bengkang
Sebab ibu suka kerak tu...
Hari ni ibu nak kongsi resepi kuih bakar labu atau kentang
Kedua-duanya sedap belaka..
Ibu letakkan resepinya disini
Boleh cuba kalau suka...






HIDANGKAN BERSAMA SECAWAN TEH KOSONG....





KUEH BAKAR LABU/KENTANG
Resepi : Aniza Little Kitchen

Bahan
250 gram kentang atau labu ( setengah biji labu yg kecil)
180 gram gula pasir ( 3/4 cawan)
150 gms tepung gandum (3/4 cawan)
250 ml santan (1cawan) ataupun 1/2 cwn santan dan 1/2 cwn susu cair
1 sudu besar minyak sapi
4 biji telur
1/2 sudu teh garam


Kentang/ labu direbus dan sejukkan
Blend kesemua bahan2 termasuk kentang/labu tadi
Panaskan acuan  kuih baulu/kuih bakar/loyang yg disapu mentega/minyak sapi
Kalau menggunakan acuan baulu kemboja hendaklah  dipanaskan dulu acuan yang siap disapukan minyak sapi atau mentega.
Bakar anggaran 45 minit dengan suhu 180c mengikut kesusuaian oven masing2.




MEMANG TAK CUKUP KALAU DUA POTONG NI...



Tip ibu:

Boleh digantikan labu dengan ubu keledek
Lagi sedap kalau ada durian
Lebihkan telur untuk rasa yang lebih enak dan lembut

Cadangan hidangan:
Sesuai dimakan bila dah sejuk
Amat sesuai untuk hidangan minum petang
Sesuai juga untuk sarapan



No comments:

Post a Comment