Dulu masa anak - anak masih kecil...
Pancake atau lempeng merupakan menu sarapan kegemaran mereka
Terutama anak solehah sorang ni...Sara Hanum
Sekarang mereka dah besar
Masih juga pancake yang mereka suka
Kalau sarapan ni...
Kena buat banyakkkkk
Setakat sepuluh keping memang tak cukup
Hidangkan panas -panas
Untuk ibu dan ayah cukup dengan mentega dan madu
Anak - anak suka makan bersama coklat sos atau mentega kacang
Kalau ibu terlebih rajin buat strawberry compote
Kalau malas makan dengan jem strawberry pun sedap juga
Kali ni anak solehah masakkan untuk ibu pancake ni
Bangga sangat ibu tau...
Anak dara dah pandai masuk dapur
Kalau ibu tinggalkan dengan adik- adik
Taklah adik kelaparan nanti
Terima kasih kakak Sara Hanum ...
Buatkan ibu pancake yang amatlah sedap ni..
Ibu letakkan resepinya..
Boleh cuba kalau suka...
FLUFFY PANCAKE |
Pancake Fluffy
Bahan A
Campurkan dan biarkan 10 minit
1 cawan susu segar
1 sudu besar cuka makan atau jus lemon
Bahan B
I biji telur
2 sudu besar gula
Bahan C
Diayak bersama
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
Bahan D
2 sudu besar butter dicairkan
1 sudu teh Vanila essen
Campurkan bahan A dan rehatkan selama 10 minit
Campurkan bahan B, kacau rata dan sebati
Masukkan pula bahan C dan bahan D, kacau sebati
Sediakan non stick pan dan letakkan sesenduk kecil adunan tanpa perlu diletakkan minyak atau butter. Sedia dihidangkan sewaktu masih panas
SEDAP SANGAT STRAWBERRY COMPOTE DAN CHOCOLATE SAUCE |
SARA HANUM BUATKAN JUGA VANILA TEA UNTUK IBU |
Tip akak:
Boleh dicampurkan chocolate chip didalam adunan untuk mendapatkan pancake chocolate
Semasa memasak boleh diletakkan hirisan pisang diatas pancake untuk menjadikan banana pancake
Boleh juga di taburkan kekacang yang sudah siap dipanggang
TERIMA KASIH ANAK SOLEHAH SARA HANUM |
Cadangan hidangan:
Boleh dimakan begitu saja bersama butter
Sedap juga di sajikan bersama madu
Boleh juga dihidangkan bersama buah- buahan segar
Enak juga di sajikan bersama maple syrup
No comments:
Post a Comment