Monday 26 January 2015

KUIH BADAK BERENDAM










BADAK BERENDAM




Tak ingat bila mula masak kuih badak yang suka berendam ni...
Kuih badak yang suka berenang dalam minyak tu pun sedap juga
Kegemaran bapak tu...
Kuih badak yang suka berendam ni kegemaran mak...
Sebab lebih kurang sama dengan tepung bungkuih
Mak memang suka tepung bungkuih
Dan memang pakar buat tepung bungkuih
Ramai orang buat kuih ini, intinya kelapa
Mak dulu kalau buat inti kacang hijau..
Anak mak buat inti kacang merah...
Sebab ada lebih inti buat kuih pau hari tu..
Simpan kat tempat sejuk beku...
Bila nak digunakan...keluarkan sekejap dah boleh digunakan untuk pelbagai menu lain
Buat pun sikit jer...
Sebab yang nak makan cuma tiga orang
Kegemaran anak solehah Sara Hanum jugak ni...
Janji jangan inti kelapa..
Sara Hanum tak minat kuih yang berintikan kelapa tapi pelik kalau kuih koci suka pulak...
Dulu kalau buat kuih ni, warna putih jer..
Suci dan murni gitu...
Kena buat acuan daun pisang
Macam kuih tepung pelita tu...
Muat dalam dua biji isinya
Lebih wangi dan harum baunya...
Kali ni ibu letak warna dan air daun pandan sikit
Nak bagi ceria dan meriah...
Bila bergambar nampak lawa sikit...
Ibu titipkan resepinya disini
Boleh cuba kalau suka...





SESUAI UNTUK MINUM PETANG


KUIH BADAK BERENDAM
Diolah Oleh : Aniza Little KItchen

Bahan kulit
I cawan tepung pulut
1 sudu besar tepung gandum
3/4 cawan air bergantung jenis tepung
Sedikit Essen pandan
 Sedikit garam
Seperiuk air mendidih untuk merebus



Inti Kacang merah
500 gm kacang merah
1 1/2 cawan gula pasir
1 keping gula melaka
1 helai daun pandan
1/2 cawan minyak masak
Cara-cara
Kacang merah di rebus sehingga empuk dan lembut
Boleh gunakan pressure cooker
Masukan gula pasir, gula melaka, minyak masak dan daun pandan. Masak lagi sehingga pekat
Sejukkan

Kuah Santan
2 cawan santan pekat
1 sudu besar tepung jagung
Sedikit garam
Sehelai daun pandan

Masakkan semuanya dengan api perlahan hingga pekat, kalau terlampau pekat boleh tambah sedikit lagi air.


Campurkan semua bahan kulit hingga menjadi doh yang lembut
Ambil anggaran sebesar ibu jari masukkan inti.
Bulat-bulatkan dan rebus didalam air mendidih
Bila kuih terapung terus diangkat dan toskan
Masukkan terus kedalam kuah santan
Sedia dihidangkan...





LEMAK BERKRIM



Tip ibu:
Boleh digantikan dengan inti kelapa
Boleh juga digantikan dengan inti kacang hijau
Boleh guna santan sawit atau santan kotak

Cadangan hidangan:
Enak dimakan begitu sahaja
Letakkan beberapa kiub ais dan buah nangka yang dihiris halus untuk rasa yang berlainan
Boleh juga dihidangkan bersama jagung berkrim




No comments:

Post a Comment