LAKSA KEDAH |
Sejak dari kecil inilah makanan kegemaran ibu...
Bukan sahaja ibu tapi bapak, emak dan kakak pun amat gemar dengan laksa kedah ni...
Mengimbau kenangan dulu...
Kami buat sendiri laksa beras ..
Bermula dengan merendam beras
Menumbuk menggunakan lesung tangan dan kaki
Mengayaknya menjadi tepung..
Buat secara gotong royong
Dalam sepuluh keluarga..
Malamnya proses menekan dan merebus laksa
Para kaum bapak yang buat ni..
Kaum ibu pula membuat kuahnya
Guna ikan temengnung segar dari laut di hujung kampung
Kami anak-anak kecil bermain bersama-sama
Main sembunyi-sembunyi
Masa tu kampung ibu belum ada elektrik
Tuan rumah pasang lampu gasolin..
Guna minyak tanah sebagai sumber tenaga
Terang benderang macam buat kenduri
Seronok sungguh masa tu
Kami makan laksa ramai-ramai
Ulamannya pucuk selom dan timun serta bawang
Tak perlu letak limau
Sebab kuah laksa secukup rasa...
Indahnya zaman tu..
Bila ibu berpindah..
Semua itu jadi kenangan
Tapi laksa tetap kegemaran kami sekeluarga
Dan kami beli saja laksa kering
Tak buat lagi laksa beras basah tu
Apapun kami gembira menikmatinya bersama-sama
Ibu titipkan resepinya disini
Boleh cuba kalau suka
THE BEST LAKSA IN TOWN |
Laksa Kedah
Bahan A
I bungkus laksa kering-dimasak ikut arahan pada bungkusan
Bahan B
5 ekor ikan pelaling
5 ekor ikan selayang
5 keping asam gelugor
Sedikit garam
Bahan C
Dikisar halus
10 biji cili kering-rendam air panas
10 biji cilipadi
1 biji bawang besar - yang sederhana besar
1 inci belacan bakar- sebesar ibu jari tangan orang kurus
Bahan D
Secekak daun kesum
2 kuntum bunga kantan
5 keping asam gelugur
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Bahan E
Ulaman dihiris dan dimayang
Daun selom
Pucuk gajus
Timun
Cilipadi
Bawang besar
Telur rebus
Rebus bahan B dengan sedikit air hingga masak
Simpan air rebusan dan asam gelugur untuk digunakan kemudian
Asingkan isi ikan dari tulang, kisar berasingan
Tapiskan kisaran yang bahagian tulang
Airnya digunakan untuk mengisar isi ikan
Masukkan kedalam periuk air rebusan dan asam gelugur tadi
Masukkan bahan C, biarkan hingga mendidih sekejap
Tambahkan air hingga mendapat kepekatan yang disukai
Masukkan bahan D, masak anggaran 30 minit
Siap dihidangkan bersama bahan A dan bahan E
Tip ibu:
Boleh gunakan ikan kembung tapi ikan pelaling dan selayang lebih sedap dan manis
Ada yang tumis bahan kisar yang ditambah sedikit udang geragau
Kepekatan kuah bergantung kepada selera masing-masing
Ulaman juga boleh di pelbagai mengikut kesukaan
Cadangan hidangan:
Sedap dihidangkan panas
Boleh ditambah limau semasa menghidang
Boleh digantikan telur rebus dengan telur burung puyuh
Boleh ditambah petis semasa menghidang
No comments:
Post a Comment