Thursday 22 January 2015

SARDIN BUAT SENDIRI








SARDIN BUAT SENDIRI


Sardin ramai penggemarnya
Lauk mudah untuk keluarga bila kehabiasan stok bahan basah
Ataupun memang itu lauk kegemaran seluruh keluarga
Masa kecil keluarga ibu jarang sekali makan lauk sardin
Sebab kami tinggal di kawasan bendang dan berdekatan dengan laut
Banyak sumber lauk, ikan air tawar, ikan air laut, kerang, ketam dan pelbagai makanan laut lain
Lauk sardin cuma dihidangkan kalau terdesak sangat
Kala tetamu datang diwaktu malam
Kala musim tengkujuh yang berpanjangan
Ibu rasa sardin sedap sangat
Sebab jarang merasa kut...
Bila dah pandai buat sardin sendiri
Selalu ibu masak...
En.Suami gemar...anak -anak pun suka
Buat nasi goreng sardin, buat sambal cicah cucuq, buat sandwich
Yang penting  halal dan terjamin kebersihannya
Ibu titipkan resepinya disini
Boleh cuba kalau suka






HALAL DAN SUCI



Sardin Buat Sendiri

6 ekor ikan sardin / selayang yang gemuk-buang kepala
1/4 cawan minyak masak
2 labu bawang besar -dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1/2 cawan tomato purée
2 1/2 cawan air
6 biji cilipadi
Garam dan gula secukup rasa

Gunakan periuk tekanan
Tumis bawang besar dan bawang putih
Masukkan tomato purée dan air
Susunkan ikan dalam periuk dan letakkan cilipadi
Masak selama 30 minit atau lebih mengikut kesesuaian periuk tekanan masing- masing
Sedia dimasak mengikut kesukaan






HALAL DAN SUCI



Tip ibu:
Boleh gantikan tomato purée dengan buah tomato yang dicelur, di buang kulit dan biji serta dikisar
Boleh letakkan sedikit jus limau kalau mahu lebih masam
Boleh letak cili kisar untuk lebih pedas
Kuantiti air bergantung kepada tempoh masa memasak

Cadangan hidangan:
Boleh terus dimakan begitu sahaja
Sesuai dimasak sambal
Boleh dibuat sandwich
Dijadikan rencah untuk nasi goreng

2 comments:

  1. Aslmkm Kak..teringin jugak nak bt sdri..tp lom ada pc...hehe..

    ReplyDelete
  2. Wslm dik anna..terima kasih sudi singgah...kat lazada murah pc ni...kalau ada extra blh beli noxxa lg best...akakpun guna yg zaman2 dulukala punya..sayang sbb msh elok..

    ReplyDelete