Wednesday, 22 April 2015

LEPAT LABU BERINTI KELAPA DAN GULA KABUNG








LEPAT LABU



Beberapa hari lepas kami beli labu manis yang amat cantik isinya
Jarang kami jumpa isi labu yang halus dan wangi baunya
Malam tadi kami dah buat sira labu
Rasanya macam ubi keledek manis
Masa kami rebus tu En.Suami sampai tegur
Apa yang wangi sangat kami masak kat dapur tu
Pagi ni kami kukus lebihan labu tu
Kami nak buat lepat pulak
Sebenarnya kami suka lepat yang kosong jer
Yang tak ada inti apa-apa
Tapi En.Suami sukal lepat berinti kelapa
Kami tambah nilai pada lepat tu
Kami tambah gula kabung
Isi labu kami sangat cantik kuning ya
Bila dilenyek halus mulus isinya
Rasanya dah tentu manis sangat-sangat
Kami malas nak cerita banyak lah
Kami titipkan resepinya disini
Boleh cuba kalau suka







INTINYA MENYEDAPKAN LAGI RASANYA






Lepat Labu Inti Kelapa Dan Gula Kabung

Bahan A
Dikupas dan dikukus
1/2 biji labu sederhana besar
Anggaran 2 cawan labu yang dilecek

Bahan B
1/4 cawan gula ( boleh tambah kalau suka)
2 1/2 cawan tepung gandum ( tambah kalau adunan terlalu lembut)
1 sudu besar tepung beras
1/4 cawan santan pekat

Bahan C
1/4 cawan kelapa parut
Secubit garam halus
1/2 buku gula kabung dihiris halus
Daun pisang untuk membungkus

Bahan A dilecek halus
Campurkan dengan bahan B
Adunan akan menjadi agak lembut
Letakkan anggaran dua sudu adunan ke atas daun pisang
Letakkan sedikit kelapa parut dan gula kabung
Tutupkan dengan adunan labu semula
Bungkuskan adunan hingga kemas
Kukuskan anggaran 15 hingga 20 minit hingga masak
Sejukkan sebelum dihidangkan

Tip kami
Labu lebih baik dikukus kerana kalau direbus labu akan menyerap banyak air
Boleh diletakkan kelapa parut sahaja tanpa gula kabung
Kurangkan gula dalam adunan kerana labu dan inti gula kabung sudah cukup manis


No comments:

Post a Comment