Wednesday 22 April 2015

FRUIT TARTLET








FRUIT TARTLET


Anak solehah Sara Hanum ada assignment untuk di siapkan
Kena temuramah pemilik syarikat
Sepatutnya yang di interview orang lain tapi
Kita cuma merancang Allah menentukan segalanya
So...
Ayahnya jadi bidan terjun
Sara dan the gangs tetapkan temujanji
Ayah ok saja...demi anak ayah turutkan
Kami pergi ke UIA Gombak
Tempat perjumpaan dengan Sara dan the gangs
Kami masak- masak sikit
Nak menjamu Sara dan kawan-kawannya
Kami buat spaggetti , mini apple pie dan fruit tartlet
Seronok dan kami bergembira disana
Kawan-kawan Sara sangat baik dan berkhemah
Siapa nak cari calun menantu memang lah sesuai sesangat
Bukan sahaja mereka cantik, terpelajar tapi amat berbudi bahasa
Sebenarnya kami cuma nak tulis resepi fruit tarlet ni
Kami letakkan dua jenis cream custard yang boleh digunakan
kedua-duanya pun sedap belaka
Pilihlah mengikut kesesuaian bajet dan rasa
Jadi.....
Kami titipkan resepinya disini
Boleh cuba kalau suka ....




UNTUK SARA AND THE GANGS



FRUIT TARTLET

Sumber : Mak Lang Azie
Diolah : Aniza Little Kitchen

Bahan A
200g mentega
100g gula ising
1/4 sudu kecil esen vanila

Bahan B
1 biji telur

Bahan C
420g tepung
1 sudu besar susu tepung

Putar bahan A hingga lembut. Masukkan bahan B dan putar lagi.
Masukkan bahan C dan gaul hingga menjadi doh yang lembut.
Simpan sebentar didalam peti sejuk
Ambil sedikit doh dan tekankan ke dalam acuan tat.
Potong lebihan di tepi-tepi acuan dengan pisau.
Cucukkan dasar tat dengan garfu.
Bakar selama 12 minit atau hingga perang keemasan.
Keluarkan dari acuan dan biarkan sejuk. Simpan di dalam bekas kedap udara.





TAK ADA BUAH LAIN CUMA ANGGUR JER





Custard cream
Sumber : Mak Lang Azie

2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung kastad atau tepung jagung
8 sudu besar gula (ikut manis kesukaan)
2 cawan (500ml) susu segar
2 biji telur
2 sudu besar mentega
Kaedah penyediaan :
Campurkan tepung gandum, tepung castard/tepung jagung dan gula ke dalam periuk. Campurkan 2 sudu besar susu dan kacau rata.
 Masukkan telur dan kacau rata.
Tuangkan lebihan susu ke dalam bancuhan dan mentega.
Masak di atas api perlahan dan kacau selalu agar bancuhan tidak berketul.
Bila bancuhan menjadi pekat dan bersinar, padamkan api dan biarkan sejuk.






MASAK MENU NI JUGA




Resepi Vanilla Creme Diplomat
Diolah :Aniza Little Kitchen

Bahan A
250g susu segar
1st esen vanila

Bahan B
1 biji telur
30g gula kastor
10g tepung kastad
15g tepung jagung

Bahan C
 200g fresh cream, pukul hingga kental

Didihkan bahan A
Satukan bahan B hingga sebati dan masukkan separuh bahan A dan kacau sebati
Masukkan adunan tadi kedalam periuk yang ada separuh lagi bahan A
 Kacau guna whisk hingga pekat atas api kecil.
 Alihkan dari api, tutup permukaan kastad dengan cling wrap. Biarkan sejuk pada suhu bilik kemudian simpan dalam peti sejuk hingga benar-benar sejuk.
Apabila sudah sejuk, pukul sebentar guna sudu atau whisk. Kaup balikkan ke dalam fresh cream hingga sebati.



Tip kami:

Sapukan satu lapisan nipis coklat pada permukaan dalam tart untuk mengelakkan tart lemau semasa meletakkan krim nnti
Antara buah-buahan yang boleh digunakan ialah kiwi, peach dan strawberry
Krim custard biasa pun dah cukup sedap tapi vanila cream diplomat tersangatlah sedapnya






No comments:

Post a Comment