MENU ATKINS KAMI
Menu dan resepi yang kami reka dan cipta masa berdiet Atkins dulu
Dah tiga tahun berlalu
Kami tak simpan resepi dan bahan yang digunakan
Satu kerugian yang besar
Dulu kami sangat rajin mengira jumlah karbohairat yang terkandung didalam setiap bahan yang kamikan gunakan....
Sekarang kami dah lupa....
Jenuh nak study balik
Tapi kami letakkan juga gambar-gambar menu Atkins disini
Kalau ingat nanti kami nak tulis resepi pelan-pelan
Untuk panduan dimasa depan
Sila jamu mata saja yer....
Resepinya nanti kemudian kami tulis pelan-pelan
Sarapan mudah dan senang...egg benedict, masa makan taburkan sedikit lada hitam. Jangan dok pi tambah sos atau kicap pulak na...nanti hancur semua diet Atkins
Untuk makan tengahari boleh buat ikan bakar dan salsa ni, tapi kena kurangkan buah tomato tu na...sebab tomato boleh tahan juga tinggi jumlah carb, bawang pun camtu jugak
Ni la salsa stail Atkins...kami makan salsa ni dengan ikan bakaq, nak kurangkan rasa mual
Kalau hari nak makan salsa kami pastikan hari tu sangat kurang jumlah carb yang diambil sebab salsa ni tinggi kandungan carb dari tomato dan bawang...kami gantikan limau dengan cuka epal sebab nak jimatkan jumlah carb. Jangan dok ambik semangkuk pulak naaa, kasi makan 2 sudu besar je sehari.
Untuk makan malam boleh cuba ayam goreng berserai ni, kami cuma lumurkan ayam dengan sedikit garam dan kunyit. Semasa menggoreng kami masukkan sebatang serai yang diketuk untuk mendapatkan rasa dan aroma yang wangi....yelah kan menu Atkins ni bukannya sedap sangat jadi kenalah pandai ejas menu sana sini nak bagi berselera nak menelannya...
Telur dadar kosong dan tomato panggang....taburkan sedikit daun pasley untuk menambahkan rasa.
Kami gunakan minyak zaitun semasa beratkins untuk mendapatkan lemak yang agak sihat. Kurangkan garam dan perasa untuk mendapatkan hasil penurunan yang maksimum.
Kambing bakar ni kami cuma perapkan dengan sedikit garam, lada hitam,apple cider dan oregano. Sos kami dah lupa resepinya....rasanya mayonise, Apple cider dan basil yang kami kisar bersama.
Yang depan tu egg Benedict yang dibelakang tu telur rebus yang kami hancurkan dan campurkan bersama sedikit mayonise jenama kewpie yang warna merah tu...kandungan carbnya cuma 0.2 gram untuk 15ml. Hidangkan bersama salad pun sangat sedap
Telur dadar kosong yang diisikan salad dan tuna dalam tin pun sangat sesuai untuk menu makan malam. Kalau suka dan jumlah carb untuk sehari masih mencukupi boleh tambah sedikit mayonise kewpie. Pastikan guna tuna yang dalam air garam ataupun tuna dalam minyak zaitun.
Chicken corden blue stail Atkins
Kami lumurkan dada ayam tanpa tulang bersama sedikit garam dan lada hitam. Ketukkan isi ayam supaya leper dan letakkan sekeping cheddar cheese didalamnya. Kami dah lupa jenama cheese yang paling kurang jumlah carbnya. Gulungkan isi ayam tadi dan bakar dengan menggunakan non stick pan hingga masak. Kami hidangkan bersama kacang buncis yang dipanggang dengan sedikit minyak zaitun. Sebenarnya Atkins tak benarkan makan semua jenis kekacang kerana jumlah carb yang tinggi tapi ada harinya kami ambil juga kalau jumlah carb kami masih mencukupi. Kena pandai campur dan tolak kalau nak makan sedap sikit yer
Kami panggil ni pizza Atkins, yang sebenarnya cuma telur dadar yang dicampurkan sedikit sausage dan brokolli. Masakkan perlahan-lahan dalam non stick pan dengan api perlahan. Tutupkan kuali untuk mempercepatkan proses memasak. Terbalikkan diatas kuali yang berasingan untuk mendapatkan hasil yang cantik. Masak lagi sebentar untuk mendapatkan pizza yang garing di kedua-dua belah
Ayam panggang, gyeran mari dan tomyam tulang ayam. Nak makan sedap kenalah rajin sikitkan.
Jamu mata dulu baru jamu perut. Biar nampak sedap walaupun tekak dah tak lalu nak menelannya
Pesanan kami kalau nak mulakan diet Atkins ni silalah belajar dulu yer...fahamkan betul-betul peraturan dan caranya supaya ianya tak mendatangkan kemudaratan dikemudian hari...
Selamat beratkins semua...
No comments:
Post a Comment