Bubur candil dan nangka madu
Belajar makan bubur ni masa tinggal berjiran dengan Kak Nor di Taman Bukit Anggerik Cheras
Jiran kami Kak Nor memang pandai masak
Kami pulak baru 2 bulan kahwin
Masih dok belajar masak
Dok terai, test apa makanan kesukaan En.Suami
Masa tu bulan posa
Kak Nor hantar semangkuk pada kami
Bubur biji nangka katanya....
Kosong tanpa tambahan bahan lain
Kami gemar dengan rasa kenyal - kenyal
Habis semangkuk kami makan...tentulah kami kongsi dengan En.Suami kan
Bila Sara Hanum lahir dan membesar, tak sangka ini juga menu kegemarannya
Kami suka tambah pisang atau nangka didalam bubur candil
Ataupun kekadang kami letak beberapa jenis ubi didalam menu ni
Kekadang kami letak jagung
Sebab ia antara menu kesukaan
Kami titipkan resepinya disini...
Boleh cuba kalau suka...
Suka dengan rasa kenyal candil dan wangi bau nangka
BUBUR CANDIL DAN NANGKA
Resepi : Aniza Saidin ( Aniza little kitchen )
Bahan A
untuk candil
2 cawan tepung pulut
1/4 cawan tepung jagung
1/4 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam
3/4 cawan air - tambah kalau perlu
Pewarna yang disukai
Air untuk merebus
Sehelai daun pandan - disimpul
Bahan B
Untuk kuah
1 liter air
1 cawan gula pasir
1/2 sudu teh garam
1 helai daun pandan - disimpul
1 batang kulit kayu manis
3 sudu makan tepung pulut - dicairkan dengan 1/4 cawan air
Bahan C
1 cawan santan pekat
Secubit garam
Nangka atau apa-apa buah kegemaran
Panaskan air didalam periuk dan letakkan sehelai daun pandan
Gaul rata semua jenis tepung dan baking soda
Campurkan air yang telah di campurkan garam
Uli hingga mendapat adunan yang lembut
Letakkan pewarna yang disukai
Gentelkan lonjong atau bulat, masukkan kedalam air yang mendidih
Tunggu hingga timbul dan toskan
Masukkan kedalam Bahan B yang sudah disiapkan awalnya
Untuk menyediakan kuahnya
Panaskan air dan letakkan semua Bahan kecuali tepung pulut
Bila sudah mendidih masukkan tepung pulut dan biarkan hingga pekat
Masukkan biji candil yang sudah masak
Sendukkan kedalam mangkuk dan hidangkan dengan Bahan C
Sesuai dihidangkan panas atau sejuk
No comments:
Post a Comment