Cream puff
Dulu- dulu, inilah dessert kegemaran anak -anak kami
Buat berpuluh biji kejap jer habis
Dulu-dulu mana ada internet macam sekarang untuk kami cari resepi
Resepi ni kami dapat dari majalah
Dah tak ingat Nona atau Wanita
Saji atau Rasa...
Itulah sumber kami mendapatkan resepi
Kekadang menjadi kekadang tidak
Tapi kami tak putus asa
Cuba sampai berjaya...
Sekarang mudah...tekan-tekan dah jumpa resepi yang dicari
Ramai yang baikhati dan pemurah turunkan ilmu
Siap buat tutorial lagi
Resepi Chef Alex Goh kami guna dari dulu lagi
Sesuai selera kami sekeluarga
Kami suka letak Vanila creme diplomat sebagai filing
Enak dan berkrim
Resepi yang bagus haruslah di kongsi
Bersama ini kami titipkan resepi...
Boleh cuba kalau suka...
CREAM PUFF
Sumber : Chef Alex Goh
Resepi : Aniza Saidin ( Aniza little kitchen )
Bahan A
100 gram mentega
250 ml air
1/2 sudu teh garam
Bahan B
150 gram tepung gandum - diayak
3 biji telur - gred A
Masak Bahan A hingga mendidih
Tutup api dan masukkan tepung, kacau satu arah hingga sebati
Masak semula dengan api perlahan dan dikacau satu arah hingga adunan tidak melekat pada periuk
Masukkan doh kedalam mixer dan putar hingga doh menjadi suam
Pecahkan telur dan kacau dengan menggunakan garpu
Masukkan telur sedikit demi sedikit sambil dipukul hingga menjadi pes yang lembut
Letakkan didalam piping bag yang sudah dipasang nozzle pecah 6
Picitkan diatas loyang yang telah digriskan dan jarakkan antara satu sama lain
Spraykan air diatas cream puff tadi
Proses ini penting untuk menghasilkan wap semasa dibakar dan membantu proses mengembang
Panaskan oven pada suhu 220'C 10 minit terlebih dahulu sebelum memasukkan puff
Bakar pada suhu 220'C selama 15 minit selepas itu turunkan suhu pada 180'C dan bakar lagi selama 15 minit
Keluarkan puff dari oven dan sejukkan diatas jaring
Potong dibahagian tengah puff dan picitkan sos custard atau cream kesukaan
CREAM CUSTARD
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung custard
4 sudu besar gula pasir
1 biji telur
1 cawan susu segar
1 sudu besar mentega sejuk
Campurkan semua Bahan diatas dan kacau diatas api perlahan hingga pekat dan meletup-letup
Tutup api dan masukkan mentega
Kacau hingga mentega mencair, masukkan kedalam bekas dan tutup dengan cling wrap dan biarkan sejuk pada suhu bilik
Simpan didalam peti sejuk sekurang-kurangnya 2 jam sebelum digunakan
VANILA CREME DIPLOMAT
Resepi :Aniza Little Kitchen
Bahan A
250g susu segar
1st esen vanila
Bahan B
1 biji telur
30g gula kastor
10g tepung kastad
15g tepung jagung
Bahan C
200g fresh cream, pukul hingga kental
Simpan didalam peti sejuk sebelum digunakan
Didihkan bahan A
Satukan bahan B hingga sebati dan masukkan separuh bahan A dan kacau sebati
Masukkan adunan tadi kedalam periuk yang ada separuh lagi bahan A
Kacau guna whisk hingga pekat atas api kecil.
Alihkan dari api, tutup permukaan kastad dengan cling wrap. Biarkan sejuk pada suhu bilik kemudian simpan dalam peti sejuk hingga benar-benar sejuk ataupun semalamam
Apabila sudah sejuk, pukul sebentar guna sudu atau whisk. Kaup balikkan ke dalam fresh cream hingga sebati.
Tip kami :
Jangan buka pintu oven sebelum cream puff masak sepenuhnya
Masukkan telur sedikit demi sedikit hingga mendapat adunan yang sesuai, tak perlu habiskan kalau hasil adunan bila dipaipkan akan mengekalkan bentuknya
No comments:
Post a Comment