7/6/2016 (Ramadhan 2)
Menu Ramadhan ke 2
Anak solehah dah balik kerumah malam tadi
Alhamdulillah dah habis peperiksaan untuk semester kali ni
Moga anak solehah dapat menjawab semua soalan dengan hati yang tenang
Hari ni seronok sikit nak main masak- masak
Sebab dah ramai sikit isi rumah
Semalam ada beli babat lembu atau perut lembu
Bukan selalupun kami beli ni
Setahun sekali pun jarang
Penangan bulan posa...
Semua teringin nak makan
Beli jugak rebung jeruk
Pun sebenarnya bahan yang jarangggg sangat kami nak beli
Tanya pada anak-anak menu yang disukai
Kata anak-anak nak makan babat masak lemak cilipadi
Babat lemak cilipadi bersama rebung jeruk
Kami bukannya pandai sangat masak babat ni
Tapi kami buatlah ikut selera sendiri
Bersama ini kami titipkan resepinya....
Boleh cuba kalau suka...
Pekat dan likat kuahnya...terlebih kuning
LEMAK CILIPADI BABAT DAN REBUNG
Bahan A
500 gram babat - dibersihkan dan direbus 30 minit
250 gram rebung jeruk - dicuci dan direbus 10 minit
Segengam cilipadi-kurangkan kalau tak tahan pedas
2 inci kunyit hidup- anggaran seruas ibu jari tangan
4 batang serai-di titik
Bahan B
I keping asam gelugur
I biji kelapa- diperah untuk 2 cawan santan pekat dan 2 cawan santan cair
Garam secukup rasa
Tumbuk hingga lumat cilipadi dan kunyit
Masukkan kedalam periuk dan masak hingga agak kering
Proses ini penting untuk mengurangkan rasa pedas cili dan mengelakkan sakit perut
Masukkan babat dan rebung serta santan cair
Masak anggaran 10 minit
Masukkan bahan B dan kacau selalu supaya santan tak pecah minyak
Biarkan hingga mendidih dan tambahkan garam secukup rasa
Elakkan meletakkan garam terlalu awal untuk mendapatkan kuah yang cantik
Sedia untuk dihidangkan
Babat gulai Padang
Ini untuk En.Suami
Dah kami dok tanya nak masak apa
Siap kami bagi pilihan
A- Lemak cilipadi
B - gulai Padang
Jawapan En. Suami tak sama dengan jawapan anak-anak
Tapi takpa....
Bukannya susahpun nak masak gulai Padang ni
Semua bahan dah ada didapur
Bukan nak kena tumbuk bagai
Kami blend jer semuanya
Mudah dan senang
Pedas menyengat, lemak berkrim...babat tenggelam dengan rebung
GULAI PADANG BABAT DAN REBUNG
Resepi : Aniza Saidin ( Aniza little kitchen )
Bahan A
1/2 kilo babat atau perut lembu - dicuci dan direbus 30 minit
1/2 kilo rebung madu - dicuci dan direbus 10 minit
Bahan B
Dikisar halus
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
3 biji buah keras
3 biji cili merah
6 biji cili padi
Bahan C
2 batang serai - diketuk
2 inci lengkuas diketuk
Bahan D
1 cawan santan pekat
1 cawan air
1 keping asam gelugur
Bahan E
2 helai daun limau purut
2 helai daun salam
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Tumiskan bahan B dengan sedikit minyak, masukkan Bahan C
Masak hingga tumisan garing dan wangi
Masukkan bahan A, kacau sekejap dan tambahkan Bahan D
Masak dengan api perlahan hingga mendidih
Masukkan Bahan E, masak lagi hingga kuah agak pekat
Sedia dihidangkan bersama nasi putih
Kerabu babat dengan taugeh dan timun jepun
Tekak kami pulak teringin nak makan kerabu
Ada sikit lebihan babat yang dah siap direbus
Ada pulak taugeh dan timun jepun
Teringin nak makan kerabu macam Mak kami selalu buat
Letak kerisik dan santan pekat
Kalau ada kacang botol pun sangatlah sedap
Taugeh jangan celur lama sangat
Cuma lalukan pada air panas
Kalau lisut dah hilanglah rangup ya
Kami titipkan juga resepinya disini...
Boleh cuba kalau suka...
Kerabu resepi Mak kami...stail orang Kedah
KERABU TAUGEH CARA ORANG KEDAH
Resepi : Aniza Saidin ( Aniza little kitchen )
Bahan A
I mangkuk taugeh - disiram air panas
1/2 mangkuk perut lembu - direbus 30 minit
4 batang kacang botol - diracik halus
1/2 biji bawang besar - dihiris halus
Bahan B
Dikisar bersama
2 biji cili merah
6 biji cili padi - boleh tambah kalau suka
2 biji bawang merah
1 batang serai - dihiris
1 inci halia
1 sudu teh belacan bakar
1 sudu teh lada hitam
1 sudu besar jus limau atau asam jawa
Bahan C
1 cawan kelapa - disangai hingga perang dan ditumbuk
1/4 cawan santan pekat
Garam dan gula secukup rasa
Campurkan Bahan B dan Bahan C, gaul sebati
Campurkan Bahan A dan gaul rata
Rasakan masin, masam dan manisnya
Sedia dihidangkan
Ayam panggang, murtabak Singapore dan kurma pemberian rakan En. Suami
Risaukan anak- anak dan En. Suami tak puas makan hanya berlaukkan babat
Kami buatkan juga sedikit ayam panggang
Kebetulan ada yang dah siap di marinate
Kami cuma cairkan dan bakar saja
Buatkan juga telur dadar
Murtabak tu pun yang dibekukan
Ole-ole dari En.Suami semasa ke Johor Baharu hari tu
Memang disimpan untuk anak-anak
Alhamdulillah sudah selesai Ramadhan ke 2
Jomlah kita berterawih, kumpulkan pahala di bulan mulia ni
Untuk mendapat redha Allah sebenarnya...
No comments:
Post a Comment