Wednesday 29 June 2016

DENDENG BALADO PADANG




Menu Ramadhan ke 3







   Dendeng Balado Padang 




Kami penggemar masakan Padang 
Dari gulai, sambal hijau hingga ke dendeng
Semua kami suka
Dulu kami masak dendeng ikut selera sendiri je
Belajar dari majalah 
Tapi tiga tahun lepas kami berpeluang ke Jakarta dan Bandung
Barulah dapat merasa the real masakan Padang
Dari tempat asalnya...
Selepas kami jumpa resepi yang satu ni...
Kami cukup suka dengan rasanya
Dendeng tersedap pada deria rasa kami 
Seluruh keluarga pun sangat gemar
Sepinggan sekali makan dah licin
Siap ada yang meratah lagi
Resepi yang sedap haruslah dikongsi bersama...
Dengan itu...
Bersama ini kami titipkan resepinya...
Boleh cuba kalau suka...







   Pedas, rangup diluar tapi lembut didalamnya





DENDENG BALADO PADANG 
Resepi : Aniza Saidin (Aniza little kitchen)

Bahan A
1 kg daging bahagian tenderloin - dipotong 3
6 ulas bawang putih - diketuk
3 biji bawang merah - dihiris
3 biji buah pelaga
1 sudu teh lada sulah
Air untuk merebus

Bahan B
Ditumbuk halus
3 biji bawang merah
1 sudu teh lada sulah
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu besar gula pasir
1 sudu teh garam
Air untuk rendamam 

 
Bahan C
Ditumbuk kasar
4 biji cili merah
6 biji cili kering
4 biji cilipadi
8 biji bawang merah- dihiris nipis
6 sudu minyak untuk menumis

Bahan D
1 sudu makan asam jawa- diperah dengan 4 sudu besar air
3 helai daun limau purut
1 sudu teh garam

Rebus Bahan A bersama hingga daging empuk
Angkat dan potong nipis daging, ketuk daging dengan menggunakan lesung batu hingga meleper 
Campurkan semua Bahan B dan masukkan air didalam bekas yang agak besar
Masukkan hirisan daging kedalam campuran Bahan B tadi
Rendamkan anggaran 1 jam, pastikan semua daging tadi terendam 
Toskan daging dan goreng dengan sedikit minyak hingga daging agak garing
Didalam kuali yang berlainan, panaskan minyak dan tumiskan bawang merah
Biarkan hingga agak garing baru dimasukkan semua cili yang sudah ditumbuk kasar
Masak hingga cili agak garing barulah dimasukkan Bahan D
Akhir sekali masukkan daging yang sudah digoreng tadi
Kacau hingga rata dan sebati
Sedia dihidangkan bersama nasi panas




Tip kami :
Selalunya kami skip proses merendam tu, kami rebuskan bersama Bahan A dan Bahan B
Rasanya tak banyak beza sangat pun...ini kerja orang malas









No comments:

Post a Comment