Monday, 8 August 2016

KUAH KACANG YANG KAMI SUKA





    Kuah kacang




Hari raya di zaman kecil kami tak ada  menu kuah kacang
Kami cuma makan ketupat palas dengan kari pekat berkerisik daging atau ayam kampung
Bila kami pindah ke pahang
Kami jumpa macam-macam menu raya
Hampir semua menu dari negeri -negeri dimalaysia 
Dari pelbagai kaum dan etnik
Sebab jiran kami dari pelbagai negeri dan keturunan
Kami belajar buat Nasi Impit dan kuah kacang dari jiran kami orang perak
Belajar buat ketupat daun kelapa dari jiran kami orang melaka
Belajar makan Nasi dagang dan gulai ikan aye dari ibu angkat orang kelantan
Sampai la...Kakak kami kahwin dengan orang Selangor dan kami pun sama jodoh dengan orang Selangor, abang sulung pun sama jodohnya orang jawa Selangor...
Jadi menu raya kami pun bertambah
Ada Nasi impit, ada ketupat daun kelapa dan lontong jugak
Ada rendang ayam, kuah lodeh, sambal kelapa dan kuah kacang
Tapi menu yang wajib ada semestinya ketupat daun palas dan kari daging
Ini menu kegemaran kesemua keluarga kami
Macam - macam resepi kuah kacang yang kami cuba...
Ada yang letak udang kering
Ada yang letak Isi ayam atau daging
Ada juga yang kosong jer...
Ada yang kata tak payah letak halia
Ada yang titik aje serainya 
Ada yang tak letak bawang putih langsung
Resepi yang satu ni kami agak gemar
Wangi je bau kuah kacangnya 
Masa tumis letak bunga lawang dan kulit kayu manis
Tapi lepaih masak kena keluarkan...
Kalau tak bau kuah kacang jadi tak best...
Letak juga sikit jintan manis
Anak dara kami suka kuah kacang yang ada daging yang diracik halus 
Bersama ini kami titipkan resepinya...
Boleh cuba kalau suka...








   Enak disajikan bersama Nasi Impit atau lontong





KUAH KACANG
Resepi : Aniza Saidin ( Aniza little kitchen)

Bahan A
I kilo kacang tanah 
Disangai separuh dibuang kulit dan dikisar kasar

Bahan B
Untuk tumisan
2 inci kulit kayu manis
1 biji bunga lawang
Minyak untuk menumis

Bahan C
Digoreng dan dikisar bersama
15 biji cili kering direbus hingga lembut
2 labu bawang besar
1 ulas bawang putih
1 sudu teh jintan manis
sebesar ibu jari halia
3 batang serai

Bahai D
1 inci lengkuas diketuk
1 sudu besar udang kering - ditumbuk

Bahan E
Isi ayam atau daging yang dihiris halus
Air tambahan

Bahan F
Asam jawa diperah airnya
Gula kabung dan garam secukup rasa

Tumiskan bahan B, masukkan bahan C dan bahan D
Masak hingga pecah minyak dan agak garing
Masukkan bahan E, kacau hingga kecut airnya
Masukkan bahan F, kacau hingga sebati
Tambah sedikit air, masukkan bahan A
Masak dengan api perlahan hingga kuah pekat
Keluarkan bunga lawang dan kulit kayu manis untuk megelakkan bau yang berlebihan
Sedia dihidangkan bersama nasi  impit atau lontong






   Sedapnya dijadikan cicahan untuk cucur udang....








No comments:

Post a Comment