Wednesday 17 August 2016

DALCA AYAM ATAU KAMBING ALA NASI KANDAR





Bukan menu yang selalu kami masak
Tapi kalau masak Nasi Minyak atau Beriyani kami suka masak dalca ni
Dulu kami masak ikut cara Mak kami...
Macam gulai cuma banyak bahan tambahan
Ada terung, keledek dan pisang muda
Mak kami jarang letak kentang dan tomato
Sebab kat kampung kami susah nak jumpa barang ni
Letak keledek lebih sedap rasanya
Sebab keledek rasanya sangat manis
Kami suka meratah pisang muda...
Rasanya gebu dan sangat lemak 
Tapi hari ni kami nak bagi resepi yang lain
Resepi yang kami ambil dari Fb mamak haji
Yang sangat rajin dok perturun semua resepi Mamak dan lain-lain lagi
Siap dengan tip dan petua
Terima kasih banyak - banyak Mamak Haji
Semoga menjadi ilmu yang bermenafaat 
Bersama ini kami titipkan resepinya...
Boleh cuba kalau suka....






   Dalca ayam stail Nasi Kandar 




DALCA AYAM ATAU KAMBING ala NASI KANDAR

Sumber : Fb Mamak Haji

Resepi : Aniza Saidin (Aniza little kitchen)


Bahan A

Direbus 45 minit atau hingga kacang kembang

1/2 kg Tulang kambing bahagian rusuk atau tulang ayam

300 gram kacang parrupu atau dhal

Air secukupnya untuk merebus


Bahan B

4 biji ubi kentang - dipotong 4

1 batang karot- dipotong 45 darjah

4 biji terung bulat - dipotong 4 dan direndam

6 biji pisang muda - dibuang kulit dipotong 3 dan direndam


Bahan C

1 sudu teh serbuk jintan manis

1 sudu teh serbuk jintan putih

1 sudu teh serbuk kas-kas 

1 sudu teh serbuk kunyit

3 sudu besar rempah kari daging


Bahan D

1/2 cawan santan pekat atau susu cair - kalau suka

3 biji cili hijau - dibelah 2

2 biji cili merah - dibelah 2

3 tangkai daun pudina

Garam secukup rasa


Bahan E

Untuk tumisan

2 biji bawang besar -dihiris nipis

2 batang kulit kayu manis

5 kuntum bunga cengkih

3 kuntum bunga lawang

3 biji buah pelaga

2 tangkai daun kari


Bahan F

Dikisar bersama

2 labu bawang besar

4 ulas bawang putih

2 inci halia


Rebus Bahan A hingga empuk dan lembut, kacau sesekali untuk mengelakkan dhall hangus

Tambahkan air kalau perlu, tambahkan kentang serta karot serta Bahan C

Teruskan proses merebus hingga kentang empuk, kacau sekali sekala

Masukkan pisang dan terung dan masukkan pula Bahan D

Biarkan hingga kuah mendidih dan tutup api

Sementara itu didalam kuali panaskan minyak dan tumiskan rempah empat serangkai iaitu kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih serta buah pelaga.

Bila rempah sudah wangi masukkan bawang besar dan daun Kari kacau hingga bawang layu dan wangi baru dimasukkan Bahan F, kacau lagi hingga rempah wangi dan harum

Masukkan Bahan tumisan ini kedalam periuk rebusan dalca dan tutup periuk dengan kadar segera

Semasa menghidang kacau dalca terlebih dahulu supaya semua rempah tumisan bercampur rata dengan kuah dalca

Sedia dihidangkan bersama Nasi minyak atau Nasi putih beserta lauk sampingan seperti daging masak hitam dan ayam masak merah



Tip kami:

Terung dan pisang yang telah di potong hendaklah direndam didalam air untuk mengelakkan daripada menjadi lebam dan kehilangan

Boleh digantikan kacang dhall dengan kacang kuda

Jangan simpan kacang dhall didalam petisejuk sebab kacang tidak akan empuk apabila direbus

Boleh gunakan periuk tekanan semasa merebus untuk mempercepatkan proses memasak



Menu yang paling ngam digengkan dengan dalca ayam tadi...





   Ayam masak merah






   Papadom






    Nasi minyak atau Beriyani 


 






No comments:

Post a Comment