Wednesday, 31 August 2016

BUBUR KANJI ( BUBUR LAMBUK KEDAH STAIL)






Menu kegemaran bapak kami ni
Bila Ramadhan menjelang mesti masak ni hampir setiap hari
Menu wajib ada sewaktu berbuka
Kamipun suka benar dengan menu ni....
En.Suami dan anak-anak pun sama
Bubur yang sangat ringkas dan sangat kurang bahan tapi rasanya amat lazat sekali
Teringat masa kami kecik-kecik dulu
Masa tu kami masih tinggal dikampung Kuala Dulang Kechil Yan Kedah
Dikampung kelahiran kami tu...
Kalau bulan posa seluruh kampung akan keluar beramai-ramai ke masjid
Ada yang bawa kelapa , ada yang bawa beras dan bahan masakan lainnya...
Paling best kena bawa kukur kelapa sorang satu
Sebab masa tu mana ada mesin kelapa dan santan yang siap diperah
Kami masak ramai-ramai
Buat beberapa periuk besar, selalunya kami guna kawah 
Kacau berjam-jam sampai beras menjadi bubur yang sangat halus dan mulus
Baunya wangi sangat dengan campuran serai, halia dan daun pandan
Dah siap setiap keluarga akan dibekalkan satu mangkuk tingkat 
Disimpan juga untuk majlis berbuka dan moreh
Kami rasa bubur kanji ni la yang paling sedap sekali
Rasanya buat kami teringat-teringat sampai sekarang
Oleh itu kami titipkan resepinya disini...
Boleh cuba kalau suka....







    Bubur kanji kedah stail 






BUBUR KANJI ( BUBUR LAMBUK KEDAH STAIL)
Resepi : Aniza Saidin ( Aniza little kitchen )

Bahan A
Digaul rata dan diperapkan selama 2 jam
2 cawan beras
1 sudu teh garam 
2 sudu besar minyak masak 

Bahan B
2 liter air
3 ulas bawang putih - diketuk
2 inci halia - diketuk
2 batang serai - diketuk
1 helai daun pandan - disimpul
6 biji lada hitam - diketuk sedikit
1/2 cawan lobak asin - diracik halus

Bahan C
Digaul rata dan diperapkan 15 minit
1 cawan udang putih halus - dibuang kepala dan ekor
1 sudu teh kicap cair
1 sudu teh kicap pekat manis
1 sudu teh lada sulah
1/2 sudu teh garam

Bahan D
Secekak daun kucai - dipotong 1" panjang
1 cawan santan pekat
Garam secukup rasa

Bahan E
3 ulas bawang merah - dihiris nipis
2 inci halia - dihiris nipis
Sedikit minyak untuk menumisy


Bahan A yang sudah diperapkan dicuci bersih hingga hilang warna keruhnya 
Proses ini penting untuk menghilangkan kanji beras
Toskan dan ketepikan sebentar
Sementara itu panaskan  Bahan B didalam periuk hingga mendidih
Masukkan beras yang sudah ditoskan tadi dan kacau selalu supaya tak berkerak 
Masak sekurang- kurangnya 2 jam untuk menghasilkan bubur yang lembut dan halus
Masukkan Bahan C dan Bahan D, kacau sebentar dan tambahkan garam secukup rasa
Didalam kuali yang berasingan panaskan sedikit minyak, goreng bahan E hingga garing dan wangi
Masak sebentar hingga ayam kering airnya dan masak sekata
Masukkan kedalam bubur nasi dan tutup periuk
Semasa menghidang kacau bubur supaya bahan  bercampur rata
Hidangkan semasa masih panas















Tip kami :
Resepi asal bubur kanji tak letak segala jenis perasa dari Bahan C, cuma udang putih semata 
Boleh juga pressure cooker untuk memudahkan kerja memasak
Boleh juga menggunakan slow cooker























1 comment: