Disebabkan kami peminat masakan Padang
Tentulah rendang ni pun menjadi kesukaan kami
Selalu masak tapi terlupa nak ambik gambar
Nasib baik ada satu gambar ni
Walaupun masih didalam kuali...
Bolehlah untuk dibuat rujukan dimasa depan
Kalau ada yang teringin nak rasa keenakkan rendang ni...
Bersama ini kami titipkan resepinya....
Boleh cuba kalau suka....
Rendang Padang yang masih cair dan hampir kering
Resepi : Aniza Saidin ( Aniza little kitchen)
Bahan A
1 kilo daging tanpa lemak- dipotong dadu
12 cawan santan pekat -Dari 3 biji kelapa
4 sudu minyak untuk menumis
Bahan B
Dikisar bersama
12 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
150 gram cili kering ( lebihkan kalau suka pedas)
1 sudu teh lada putih biji
2 cm kunyit hidup
3 biji buah keras
Bahan C
3 batang serai-dititik
3 cm lengkuas - dititik
2 cm halia- dititik
3 helai daun limau purut- dibuang urat tengah
3 helai daun salam
1 helai daun kunyit - dicarik
2 kuntum bunga lawang
2 keping asam gelugur
Bahan D
1 sudu besar kerisik
Garam dan gula secukup rasa
Panaskan minyak dan tumiskan bahan B, masak hingga rempah wangi dan garing
Masukkan daging dan biarkan hingga kering airnya
Ataupun cara ke 2, perapkan daging bersama bahan kisar selama 5 jam atau semalamam
Kemudian dimasak hingga kering air daging
Masukkan santan dan bahan C dan kacau selalu supaya santan tidak bergentel
Teruskan mengacau hingga terbit minyak dan kuah agak kering
Masak hingga daging empuk
Perasakan dengan bahan D
Kalau suka rendang yang agak kering boleh diteruskan proses merendang anggaran 2 jam ke 3 jam
Rendang yang kering dan sangat sedap
No comments:
Post a Comment