Tuesday, 16 August 2016

KEK PISANG LEMBAB





   Banana cupcakes




Semalam kami pulang kedaerah yang di rindui 
Dalam perjalanan kami nampak ada orang jual durian di tepi jalan
Teringinlah pulak tapi nak berhenti dah terlajak jauh
Cakap kat En.Suami jom kita ronda-ronda kat broga
Kut-kut la jumpa orang juai durian
Tapi hampa...satu kedai pun tak dak juai durian
Pastu nampak ada orang bukak meja depan rumah
Nampak macam ada pisang
Kami beli dua sikat pisang berangan kampung
Hajat hati nak buat cokodok untuk menu minum petang nanti
Petang tu tanyalah dengan En. Suami nak makan cokodok pisang tak
Katanya buatlah kek , kalau buat cokodok tak habis jadi keras
Kalau kek boleh simpan sehari dua
Disebabkan rumah kesuma kekurangan bahan dan peralatan
Kami memilih untuk membuat kek yang paling simple ni
Tak perlu guna mixer
Tak perlu ada butter
Alhamdulillah sedap sangat hasilnya
Lembut dan lembap
Selepas sehari lagilah sedap rasanya
Kami buat versi cupcakes sebab nak cepat masak
Dan senang nak hulurkan sepiring pada jiran
Tak payah tunggu sejuk nak potong
Kami tambahkan juga chocolate rice dan chocolate chip
Bertambahlah enaknya kek pisang kami tu
Bagi yang nak mencuba
Kami titipkan resepinya disini...
Boleh cuba kalau suka...







   Sangat lembut dan sedap





BANANA CUP CAKES
Di olah : Aniza Saidin

Bahan A
2 biji telur gred A
1 cawan gula perang atau gula pasir
1 cawan butter dicairkan atau minyak jagung
1 sudu teh esen pisang 
1/4 sudu teh garam

Bahan B
10 biji pisang emas atau lemak manis
Dilecek halus
1/2 cawan susu segar

Bahan C
Diayak bersama 2 kali
2 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat

Bahan D - kalau suka
2 biji pisang-dihiris nipis
1/2 cawan chocolate chip

Mula-mula kita kena panaskan oven dahulu pada suhu 170C 
Oven hendaklah di panaskan 15 minit sebelum memasukkan kek 
Didalam pengisar masukkan bahan A dan putar anggaran 3 hingga 5 minit hingga adunan pekat
Masukkan adunan tadi kedalam pisang yang sudah dilecek dan
Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar dan gaul sebati
Sediakan anggaran  30 biji cawan kertas dan tuangkan adunan ke dalamnya anggaran 3/4 suku penuh. 
Boleh hiaskan  atas adunan dengan kepingan pisang yang di hiris dan chocolate chip kalau suka.
Bakar dengan suhu 200C anggaran 20 minit
Cucuk tengah kek dengan lidi untuk pastikan kek telah masak. Jika lidi keluar kering maknanya  kek telah cukup masak, jika sebaliknya tambahkan lagi masa membakar.







   Letak chocolate chip lagi umphh rasanya....




KEK PISANG LEMBAB 
Diolah : Aniza Saidin

Bahan A
4 biji telur gred A
1 cawan gula perang
3/4 cawan butter dicairkan atau minyak jagung
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu teh esen pisang atau esen vanilla
sedikit garam

Bahan B
8 biji pisang berangan sederhana besar atau apa jenis pisang 
Dilecek halus
1 sudu besar air limau nipis-optional

Bahan C
Diayak bersama 2 kali
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat

Bahan D - kalau suka
2 biji pisang-dihiris nipis
1/2 cawan chocolate chip

Mula-mula kita kena panaskan oven dahulu pada suhu 170C 
Oven hendaklah di panaskan 15 minit sebelum memasukkan kek 
Didalam pengisar masukkan bahan A dan putar anggaran 3 hingga 5 minit hingga adunan pekat
Masukkan aduanan tadi kedalam pisang yang sudah dilecek
Masukkan tepung dan gaul sebati
Sediakan loyang ukuran 9 inci yang dialas  dengan kertas pembakar dan sapukan loyang dengan sedikit butter
Tuangkan adunan ke dalam loyang
Hiaskan atas adunan dengan kepingan pisang yang di hiris dan chocolate chip
Bakar dalam ketuhar pada suhu 170 C selama 45 minit atau sehingga kek telah masak dengan sempurna.
Cucuk tengah kek dengan lidi untuk pastikan kek telah masak. Jika lidi keluar kering maknanya kek telah cukup masak, jika sebaliknya tambahkan lagi masa membakar.
Kalau ingin membuat cupcakes sediakan 30 biji cawan kertas
Bakar dengan suhu 170C anggaran 15 minit







   Ada chocolate rice dan hirisan pisang...









No comments:

Post a Comment