Capati dan homemade sambal sardin
Semenjak anak soleh Nayib Ali belajar di Tapah
Selalulah kami berulang alik kesana
Menghampakan dan menjemputnya...kadangkala menjenguk anak soleh ni
Di Tapah...kami jumpa satu kedai capati yang sangat sedap
Namanya feroz capati...kedainya terletak dilaluan dari Tapah ke Kampar
Sedap sungguh la capati kat sini
Sangat lembut dan harum
Kami paling suka kuah sardinnya...
Sedap kemain lagi
Sebab selalu teringin nak makan capati feroz
Kami usaha cari resepi capati sedap
Setelah dicuba beberapa kali...
Akhirnya kami jatuh hati pada resepi mamak haji ni
Walaupun rasanya tak boleh lawan rasa capati feroz nun di Tapah
Tapi bolehlah kannn...
Kami suka capati dimakan bersama sambal sardin
Sedap juga dimakan bersama kari ayam atau daging atau kambing
Resepi yang sedap haruslah dikongsikan
Bersama ini kami titipkan resepinya....
Boleh cuba kalau suka....
Ada juga kari daging...tersangatlah sedapnya
CAPATI
Resepi asal : Mamak Haji
Diolah: Aniza Saidin ( Aniza little kitchen)
Bahan
2 cawan tepung atta.
2 sudu minyak masak (kami gantikan dengan olive oil )
1 cawan air suam
Garam secubit rasa
Masukkan tepung dalam sebuah bekas dan buatkan lubang ditengahnya.
Masukan air suam yang telah dicampurkan garam.
Uli selama 3 hingga 4 minit menjadi doh yang lembut.
Masukan minyak masak dan uli kembali untuk mendapatkan permukaan doh yang licin dan lembut.
Bahagikan doh kepada 12 bebola kecil. Bebola yang bulat sempurna boleh dihasilkan dengan rollkan menggunakan kedua-dua tapak tangan dengan beralas sedikit tepung. Jika bebola ini melekit ditangan semasa membentuk bola, uli semula doh dengan tambah sedikit tepung kemungkinan doh terlalu lembik. Biarkan bebola yang telah siap selama 30 minit dalam bekas yang ditutup dengan kain lembab.
Ambil bebola capati ini leperkan sedikit di tapak tangan anda dan celup kan sedikit tepung (boleh gunakan tepung beras) sebelum diletakan dalam papan lenyek. Leperkan permulaan dengan 90 darjah, memanjang 6 inci panjang. selepas itu pusingkan doh itu ke 45 darjah dan leperkan juga sepanjang 6 inci. Selepas 45 darjah sekali sepanjang 6 inci. Hasilnya anda akan dapat capati yang bulat sekata 6″. Sebelum anda tindihkan capati yang belum dimasak, sapukan sedikit tepung ke atas permukaan supaya kepingan itu tidak melekat satu sama lain.
Panaskan kuali leper atau pun kuali tak melekat (Non- Stick Pan). Jangan terlalu panas dan api sedang sedang memadai . Sebelum masukkan capati yang belum masak itu untuk dibakar di atas kuali leper, tepuk sedikit diantara dua tapak tangan supaya tepung yang berlebihan disapukan semasa leperkan akan gugur. Tepung ini perlu dinyahkan apabila dimasak di atas kuali kerana tepung ini akan bakar dan memberi bau dan rasa yang pahit pada capati. Bakar di atas kuali dan masak (bakar kering) semasa bakar itu anda perlu mengenakan tekanan sedikit menggunakan kain yang tebal pada gelembung yang mula-mula naik. Kami tekan pelan-pelan guna sudip
Putarkan sentiasa capati itu supaya ia masak serata. Terbalikan dan bakar sebelah lagi, seperti yang diterangkan.
Sebelum membakar capati yang seterus, bersihkan tepung yang berlebihan yang telah hangus supaya capati tersebut tidak melekat pada capati yang belum masak. Masa pembakaran capati cuma seminit dan diterbalikan dan bakar seminit . Keseluruhan masa pembakaran cuma 3 minit.
No comments:
Post a Comment