Friday 10 June 2016

SAGU GULA MELAKA RESEPI KE 2



Menu Ramadhan ke 3





    Sagu Gula Melaka 





Desert simple yang mudah sangat nak membuatnya
Kalau ada majlis atau jamuan kami suka hidangkan menu ni
Pernah masa kenduri dikampung, kami buat menu ni
Kukus dalam loyang besar
Berkilo- kilo juga sagu yang kami guna
Alhamdulillah habis semuanya 
Hampir 3 loyang besar
Dan dekat 4 kilo santan sawit yang kami guna
Semua puji kata sedap
Kali ni kami guna resepi yang lain sikit
Kami rebuih je satu dalam ayaq mendidih
Pastu tapis ambik yang biji- biji je...
Nampak lawa sikit biji- biji sagu tu







    Perish pandan




Kami suka buat warna hijau berperisa pandan
Dan warna merah berperisa ros
Makan sejuk- sejuk memang nyaman sekali
Tambahan pulak guna santan sawit jenama khalis
Memanglah lemak berkrim
Guna pulak gula kabung....lagilah sedapnya
Resepi yang bagus haruslah dikongsikan 
Bersama ini kami titipkan resepinya...
Boleh cuba kalau suka...







    Kombinasi yang sangat enak, manis gula melaka dan lemak santan sawit





SAGU GULA MELAKA
Resepi : Aniza Saidin ( Aniza little kitchen)

Bahan A
1 cawan biji sagu -cuci, rendam 10 minit dan toskan
4 cawan air 
2 helai daun pandan
Sedikit pewarna
Sedikit Essen pandan

Bahan B
Dimasak bersama dan ditapis
3 gelang gula melaka 
1/4 cawan gula pasir
1 cawan air

Bahan C
Masak sekejap hingga naik wap dan jangan sampai mendidih
1 cawan santan pekat- ibu guna santan sawit
1/2 cawan susu segar atau susu cair- blh gantikan dgn santan 
1/4 sudu teh garam

Rebus air dan daun pandan hingga mendidih 
Keluarkan daun pandan dan  masukkan biji sagu
Masak hingga sagu bertukar jernih
Kacau untuk megelakkan sagu hangit di dasar periuk
Bila dah pekat jangan risau kalau masih ada yang putih
Tutup tudung periuk dan tutup api , biarkan seketika hingga semua sagu bertukar jernih
Keluarkan sagu sedikit demi sedikit letakkan didalam tapis dan lalukan pada air mengalir
Kacau- kacau dengan sudu untuk mengeluarkan kanji
Buat hingga habis kesemua sagu tadi
Toskan sekejap, masukkan kesemua sagu kedalam bekas dan letakkan pewarna kesukaan
Boleh masukkan pewarna kesukaan dan sedikit Essen pandan
Kalau nak letak satu warna sahaja, boleh terus diletakkan didalam air mendidih tadi
Masukkan kedalam bekas kesukaan dan sejukkan
Hidangkan bersama air gula dan santan yang telah disejukkan











No comments:

Post a Comment