Tuesday, 8 November 2016

HOLLANDAISE SAUCE DAN SARAPAN PINGGAN BESAR








 
   Poaches egg dan Hollandaise sauce, salad tomato , tembikai dan jagung kukus







   Bagi peminat poaches egg, ini memang kombinasi yang sangat ngamm





 

HOLLANDAISE SAUCE
Resepi : Aniza Saidin ( Aniza little kitchen )

Bahan -bahan 
3 biji kuning telur
1 sudu besar jus lemon
1/2 sudu kecil garam
1/8 sudu kecil serbuk cayenne - kalau suka
10 sudu besar mentega tanpa garam - kalau menggunakan mentega bergaram tak perlu letak garam


Cairkan mentega didalam periuk yang kecil dengan api perlahan
Jangan sampai mentega mendidih, ketepikan sebentar
Didalam blender masukkan kuning telur, jus lemon , garam dan serbuk cayenne
Kisarkan bahan diatas dengan speed yang tinggi hingga bertukar ke warna yang lebih pudar, anggaran 20 hingga 30 saat
Proses mengisar akan memberi sedikit udara pada adunan dan akan meringankan sedikit sos
Perlahankan blender dan masukkan mentega yang dicairkan perlahan-lahan 
Kisar hingga sebati. 
Rasakan garam dan masamnya, boleh tambah garam atau jus lemon kalau perlu
Kalau ingin sos yang sedikit cair boleh tambahkan sedikit air suam
Letakkan ditempat panas seperti diatas tungku dapur dan gunakan dalam masa sejam 








   Menu yang menyegarkan di pagi hari








   Sarapan pinggan besar untuk En.Suami









POACHES EGG DAN SARAPAN PINGGAN BESAR (BIG PLATE BREKFAST)










    Roti bakar, poaches egg, sausage , kentang bakar dan salad buah tembikai 







  Poaches egg kami guna cara yang letakkan sedikit cuka makan didalam air rebusan dan kacau 
  air panas hingga menjadi pusar dan masukkan telur yang dipecahkan dalam mangkuk kecil







   Kentang kami rebus separuh masak, toskan renjiskan sedikit minyak zaitun, taburkan parsley
   dan lada hitam serta sedikit garam







    Salad tembikai kami cuma letakkan sos thousand island, Alhamdulillah sepinggan yang 
     menceriakan pagi En.Suami kami.









OMMELETTE DAN BIG PLATE BREAKFAST ( KOLEKSI SARAPAN PINGGAN BESAR)








 
   Roti bakar, omelette, sausage dan kacang panggang







Kacang panggang ditumis bersama sedikit bawang








   Omelette kami letakkan sedikit capsicum, bawang dan tomato dicincang. Perasanya sedikit 
    susu cair , lada sulah dan garam










Monday, 7 November 2016

CAPATI DAN GULAI AYAM KARIPULAY










    Capati , gulai ayam Karipulay dan kopi O Tapah 





Capati dah mula menjadi kegemaran keluarga kami 
Semenjak kami dah pandai buat capati sendiri
Rasanya lebih lembut dan sedap dari yang kedai mamak
Tapi masih tak boleh lawan capati feroz nun di Tapah
Selalunya kami akan gantikan minyak sapi dengan minyak zaitun
Walaupun tak berapa sedap sikit tak pa...
Janji lebih sihatkan
Kami titipkan resepi capati sekali lagi
Kut-kut ada yang teringin nak mencuba
Silalah kalau suka....







   Capati ni lembut je...





CAPATI
Resepi asal : Mamak Haji
Diolah: Aniza Saidin  ( Aniza little kitchen)

Bahan
2 cawan tepung atta.
2 sudu minyak masak (kami gantikan dengan olive oil )
1 cawan air suam
Garam secubit rasa

Masukkan tepung dalam sebuah bekas dan buatkan lubang ditengahnya. 
Masukan air suam yang telah dicampurkan garam. 
Uli selama 3 hingga 4 minit  menjadi doh yang lembut. 
Masukan minyak masak dan uli kembali untuk mendapatkan permukaan doh yang licin dan lembut.  
Bahagikan doh kepada 12 bebola kecil. Bebola yang bulat sempurna boleh dihasilkan dengan rollkan menggunakan kedua-dua tapak tangan dengan beralas sedikit tepung. Jika bebola ini melekit ditangan semasa membentuk bola, uli semula doh dengan tambah sedikit tepung kemungkinan doh terlalu lembik. Biarkan bebola yang telah siap selama  30 minit dalam bekas yang ditutup dengan kain lembab.
Ambil bebola capati ini leperkan sedikit di tapak tangan anda dan celup kan sedikit tepung (boleh gunakan tepung beras) sebelum diletakan dalam papan lenyek. Leperkan permulaan dengan  90 darjah, memanjang 6 inci panjang. selepas itu pusingkan doh itu ke  45 darjah dan leperkan juga sepanjang 6 inci. Selepas 45 darjah sekali sepanjang 6 inci. Hasilnya anda akan dapat capati yang bulat sekata  6″. Sebelum anda tindihkan capati yang belum dimasak, sapukan sedikit tepung ke atas permukaan supaya kepingan itu tidak melekat satu sama lain.
Panaskan kuali leper atau pun kuali tak melekat (Non- Stick Pan). Jangan terlalu panas dan api sedang  sedang memadai . Sebelum masukkan capati yang belum masak itu untuk dibakar di atas kuali leper, tepuk sedikit diantara dua tapak tangan supaya tepung yang berlebihan disapukan semasa leperkan akan gugur. Tepung ini perlu dinyahkan apabila dimasak di atas kuali kerana tepung ini akan bakar dan memberi bau dan rasa yang pahit pada capati. Bakar di atas kuali dan masak (bakar kering) semasa bakar itu anda perlu mengenakan tekanan sedikit menggunakan kain yang tebal pada gelembung yang mula-mula naik. Kami tekan pelan-pelan guna sudip 
Putarkan sentiasa capati itu supaya ia masak serata. Terbalikan dan bakar sebelah lagi, seperti yang diterangkan.
Sebelum membakar capati yang seterus, bersihkan tepung yang berlebihan yang telah hangus supaya capati tersebut tidak melekat pada capati yang belum masak. Masa pembakaran capati cuma seminit dan diterbalikan dan bakar seminit . Keseluruhan masa pembakaran cuma 3 minit. 












Kebetulan malamnya kami ada masak gulai ayam Karipulay 
Jadi sangatlah sedap dicicah dengan capati ni
Kekadang kami suka juga makan capati dengan sambal sardin
Gulai ayam Karipulay ni sangat sedap tau
Sebab anak-anak tak berapa suka gulai yang berempah 
Jadi menu ni memang sangat sesuai dengan selera mereka
Kami titipkan juga resepinya disini
Boleh cuba kalau suka...







   Gulai Ayam Karipulay 





GULAI AYAM KARIPULAY

Resepi : Aniza Saidin (Aniza little kitchen )
Bahan A
Digaul bersama dan perapkan anggaran 15 minit
1 ekor ayam - potong 12
1 sudu besar serbuk kari ayam
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam
2 biji tomato - potong 6

BAHAN B
1 labu bawang besar - dimayang
6 tangkai daun kari 
2 sudu besar minyak masak

Bahan C
Dikisar bersama 
2 biji bawang besar
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia
15 biji cili kering - rendam sekejap dgn air panas

Bahan D
1 cawan santan pekat
2 cawan air
1 helai daun pandan - disimpul
Garam secukup rasa

Tumiskan Bahan B hingga bawang layu dan wangi
Masukkan bahan A dan masak sebentar hingga ayam kecut atau air ayam kering
Masukkan pula Bahan C, kacau sesekalI
Biarkan kuah mendidih dan menjadi agak pekat
Rasakan garamnya, tambah garam kalau perlu
Sedia dihidangkan bersama nasi putih

Tip kami :
Kalau tak mau tumis pun tak pa cuma kecutkan aja Bahan A bersama Bahan B dan Bahan C tanpa perlu menambahkan minyak masak
Kalau tak mau letak serbuk kari pun takpa tetap juga sedap rasanya
Boleh gantikan santan dengan susu cair
Boleh tambahkan kentang dan cili hijau 













Friday, 4 November 2016

MEE KARI NYONYA









   Meehoon kari nyonya 





Menu alternative yang kami suka masak kalau tak masak nasi 
Tapi kami suka kuahnya yang berapa rasa sangat karinya 
Keluarga kami juga tak suka makan mee kuning
Dengan itu kami akan gantikan dengan bihun 
Bahan yang tambahan lain, kami suka letak tauhu dan sawi
Kalau makan ni memang berulang-ulang
Sedapnya lahai
Malaih nak cerita banyak
Lebih baik kami teruskan aje titipkan resepinya disini...
Boleh cuba kalau suka....







  Makan dalam set pinggan mangkuk lama ni...bertambahlah sedapnya








   Bahan- bahan sampingan






MEE KARI NYONYA
Resepi : Aniza Saidin (Aniza little kitchen)

Bahan A
Dicelur dan ditoskan
1 paket mee kuning atau meehoon 

Bahan B
1 labu bawang besar - dikisar
4 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 sudu besar minyak untuk menumis

Bahan C
Di bancuh menjadi pes
2 sudu besar serbuk kari ayam 
2 sudu besar cili kisar

Bahan D
1/4 ekor ayam - dipotong kecil
10 ekor udang - sederhana besar
10 biji tauhu kering
2 keping fish cake
2 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
1 tangkai daun kari 
4 tangkai daun kesum

Bahan E
Sawi , taugeh - dicelur
Tauhu digoreng
Telur rebus
Bawang goreng
Limau nipis atau kasturi


Panaskan minyak dan tumiskan Bahan yang dikisar hingga wangi
Masukkan kulit kayu manis dan bunga lawang
Masukkan Bahan C dan kacau hingga garing dan terbit minyak
Masukkan ayam dan biarkan hingga ayam kecut 
Tambahkan santan cair, biarkan hingga mendidih
Tambahkan daun kari, daun kesum, fish cake dan tauhu kering
Masukkan pula santan pekat dan kacau senantiasa supaya tak pecah minyak
Akhir sekali masukkan udang dan masak hingga mendidih 
Tutup api, tambahkan garam secukup rasa
Hidangkan bersama Bahan A dan Bahan E

Tip kami:
Udang boleh direbus dan kopekkan kulitnya dan hidangkan bersama Bahan E
Air rebusan udang boleh digunakan semasa memasak kuah






   Tambahkan daun ketumbar untuk menambahkan aroma







   Sepiring ni memang tak cukup....










KETAM MASAK TIGA RASA









   Ketam masak tiga rasa





Masa balik kekampung kami hari tu
Pergi jalan-jalan di Pekan Sehari hari Ahad
Ada seorang Pak Cik menjual ikan dan makanan laut 
Katanya dari Rompin
Nampak sangat segar semua ikan, ketam , udang dan sotong yang dijualnya 
Kami beli sedikit ikan, sotong dan ketam 
Balik rumah tanyakan anak buah kesayangan sorang ni
Umurnya baru 10 tahun tapi dah pandai memilih menu untuk dimasak
Dia juga sangat rajin dan pandai didapur
Katanya teringin nak makan ketam tiga rasa
Baiklah lutfi nanti Ibu masakkan untuk anak yer
Anak-anak buah kami memang panggei kami Ibu sama macam anak-anak kami 
Begitu juga anak-anak kami panggei semua mak dan bapa saudara yang lain
Jadinya...
Hari tu kamipun masaklah ketam tiga rasa ni
Alhamdulillah semua nampak berselera menjamahnya
Dengan itu ...
Kami titipkan resepinya disini...
Boleh cuba kalau suka...







   Secukup rasa, masam, manis ....hhmmmm






KETAM MASAK TIGA RASA
Resepi : Aniza Saidin (Aniza little kitchen)

Bahan A
Digaul bersama
2 ekor ketam - dibersihkan dan dibuang cenkerang 
1/2 sudu teh garam 
1/2 sudu teh lada sulah

Bahan B
Bahan tumisan
1 labu bawang besar - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
1 inci halia - dihiris
4 biji cilipadi - dihiris

Bahan C
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato 
2 sudu besar minyak untuk menumis

Bahan D
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air kalau perlu
Daun ketumbar - kalau suka


Panaskan periuk kukusan dan kukus sekejap ketam yang sudah diperapkan tadi
Kukus hingga ketam masak sepenuhnya. Kulit ketam boleh di kukuskan bersama untuk dijadikan hiasan semasa menghidang
Didalam kuali panaskan minyak. Tumiskan Bahan B hingga layu sahaja tak perlu hingga garing
Masukkan cili kisar, masak sebentar hingga agak garing barulah dimasukkan sos yang lainnnya 
Tambahkan air kalau perlu. Masak hingga sos mendidih dan agak kering
Masukkan ketam yang siap dikukus tadi bersama airnya kalau ada 
Kacau rata dan tambahkan garam dan gula
Kuahnya mesti cukup rasa masin, manis dan sedikit masam
Masukkan daun ketumbar kalau suka
Tutup api dan sedia dihidangkan











OVERNIGHT OATS










   Overnight Oats






Menu yang berkhasiat 
Kalau rasa susah nak makan oat cara biasa cubalah menu ni
Pasti kita takkan rasa susah lagi nak menelan oat
Selalunya rasa merah -merah mata nak habiskan semangkuk oat kan
Pengalaman kami sendiri jugak ni
Jenuhlah dok sumbat
Macam rasa nak terkeluaq balik







   Letak buah banyak -banyak





Kali ni kami rasa lebih gembira menikmati oat
Nak jaga jantung katanya
Almaklumlah umuq dah dekat setengah abad 
Kenalah jaga kesihatan sikit
Risau dengan berbagai penyakit sekarang ni
Bukannya kira umuq muda ke tua
Sesekali tukaq selera
Asyik dok makan nasi goreng, mihun goreng jer buat menyoroq 
Sesekali elok jugak makan overnight oats ni
Kenyang lama....
Tak dahlah baru pukui 10 dok pi cari karipap atau cucuq udang







   Semangkuk overnight oats dan secawan kopi hitam pekat




Elok jugak untuk dijadikan menu bersahur
InshaAllah kita boleh bertahan lama laparnya 
Sesuai untuk anak-anak yang nak belajar berpuasa
Sesuai jugak untuk mak  ayah yang dah lanjut usianya
Tambah madu dan kurma
Berganda - ganda lagi khasiatnya 







  Pisang dan madu...Sumber tenaga nombor satu





Kami titipkan resepinya disini..
Boleh Cuba kalau suka...







   Buah kiwi dan jem blueberry






OVERNIGHT OATS
Resepi : Aniza Saidin (Aniza little kitchen)

1/2 cawan rolled oats
1/3 cawan susu segar
1 sudu besar chia seed - kalau suka
2 sudu besar Greek yogurt - boleh guna yougurt biasa
1 sudu besar madu
1/4 sudu kecil esen vanila -kalau suka
Buah - buahan atau bijirin kegemaran

Campurkan susu dan yougurt dan kacau rata
Masukkan kedalam bekas bertutup atau balang yang kecil
Masukkan oat dan chia seed
Masukkan madu kedalam campuran, tak perlu kacau yer
Masukkan buah-buahan atau bijirin kegemaran
Tutup bekas dan simpan semalamam didalam peti sejuk

Tip kami :
Kami lebih suka letak buah-buahan atau bijirin semasa nak makan
Lebih segar dan rangup
Kekadang kami gunakan susu tepung untuk menggantikan susu segar
Boleh gantikan madu dengan jem buah-buahan kegemaran masing-masing
Boleh juga masukkan peanut butter untuk rasa yang berlainan 







  Jem blueberry dan badam serta raisin







   Boleh juga diletakkan didalam jar seperti ini







   Melengkapkan keperluan zat seharian







   Sedap , lazat dan berkhasiat....sarapan yang lengkap