Capati , gulai ayam Karipulay dan kopi O Tapah
Capati dah mula menjadi kegemaran keluarga kami
Semenjak kami dah pandai buat capati sendiri
Rasanya lebih lembut dan sedap dari yang kedai mamak
Tapi masih tak boleh lawan capati feroz nun di Tapah
Selalunya kami akan gantikan minyak sapi dengan minyak zaitun
Walaupun tak berapa sedap sikit tak pa...
Janji lebih sihatkan
Kami titipkan resepi capati sekali lagi
Kut-kut ada yang teringin nak mencuba
Silalah kalau suka....
Capati ni lembut je...
CAPATI
Resepi asal : Mamak Haji
Diolah: Aniza Saidin ( Aniza little kitchen)
Bahan
2 cawan tepung atta.
2 sudu minyak masak (kami gantikan dengan olive oil )
1 cawan air suam
Garam secubit rasa
Masukkan tepung dalam sebuah bekas dan buatkan lubang ditengahnya.
Masukan air suam yang telah dicampurkan garam.
Uli selama 3 hingga 4 minit menjadi doh yang lembut.
Masukan minyak masak dan uli kembali untuk mendapatkan permukaan doh yang licin dan lembut.
Bahagikan doh kepada 12 bebola kecil. Bebola yang bulat sempurna boleh dihasilkan dengan rollkan menggunakan kedua-dua tapak tangan dengan beralas sedikit tepung. Jika bebola ini melekit ditangan semasa membentuk bola, uli semula doh dengan tambah sedikit tepung kemungkinan doh terlalu lembik. Biarkan bebola yang telah siap selama 30 minit dalam bekas yang ditutup dengan kain lembab.
Ambil bebola capati ini leperkan sedikit di tapak tangan anda dan celup kan sedikit tepung (boleh gunakan tepung beras) sebelum diletakan dalam papan lenyek. Leperkan permulaan dengan 90 darjah, memanjang 6 inci panjang. selepas itu pusingkan doh itu ke 45 darjah dan leperkan juga sepanjang 6 inci. Selepas 45 darjah sekali sepanjang 6 inci. Hasilnya anda akan dapat capati yang bulat sekata 6″. Sebelum anda tindihkan capati yang belum dimasak, sapukan sedikit tepung ke atas permukaan supaya kepingan itu tidak melekat satu sama lain.
Panaskan kuali leper atau pun kuali tak melekat (Non- Stick Pan). Jangan terlalu panas dan api sedang sedang memadai . Sebelum masukkan capati yang belum masak itu untuk dibakar di atas kuali leper, tepuk sedikit diantara dua tapak tangan supaya tepung yang berlebihan disapukan semasa leperkan akan gugur. Tepung ini perlu dinyahkan apabila dimasak di atas kuali kerana tepung ini akan bakar dan memberi bau dan rasa yang pahit pada capati. Bakar di atas kuali dan masak (bakar kering) semasa bakar itu anda perlu mengenakan tekanan sedikit menggunakan kain yang tebal pada gelembung yang mula-mula naik. Kami tekan pelan-pelan guna sudip
Putarkan sentiasa capati itu supaya ia masak serata. Terbalikan dan bakar sebelah lagi, seperti yang diterangkan.
Sebelum membakar capati yang seterus, bersihkan tepung yang berlebihan yang telah hangus supaya capati tersebut tidak melekat pada capati yang belum masak. Masa pembakaran capati cuma seminit dan diterbalikan dan bakar seminit . Keseluruhan masa pembakaran cuma 3 minit.
Kebetulan malamnya kami ada masak gulai ayam Karipulay
Jadi sangatlah sedap dicicah dengan capati ni
Kekadang kami suka juga makan capati dengan sambal sardin
Gulai ayam Karipulay ni sangat sedap tau
Sebab anak-anak tak berapa suka gulai yang berempah
Jadi menu ni memang sangat sesuai dengan selera mereka
Kami titipkan juga resepinya disini
Boleh cuba kalau suka...
Gulai Ayam Karipulay
GULAI AYAM KARIPULAY
Resepi : Aniza Saidin (Aniza little kitchen )
Bahan A
Digaul bersama dan perapkan anggaran 15 minit
1 ekor ayam - potong 12
1 sudu besar serbuk kari ayam
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam
2 biji tomato - potong 6
BAHAN B
1 labu bawang besar - dimayang6 tangkai daun kari
2 sudu besar minyak masak
Kalau tak mau tumis pun tak pa cuma kecutkan aja Bahan A bersama Bahan B dan Bahan C tanpa perlu menambahkan minyak masak
Bahan C
Dikisar bersama
2 biji bawang besar
5 biji bawang merah5 ulas bawang putih
2 inci halia
15 biji cili kering - rendam sekejap dgn air panas
Bahan D
1 cawan santan pekat2 cawan air
1 helai daun pandan - disimpul
Garam secukup rasa
Tumiskan Bahan B hingga bawang layu dan wangi
Masukkan bahan A dan masak sebentar hingga ayam kecut atau air ayam kering
Masukkan pula Bahan C, kacau sesekalI
Biarkan kuah mendidih dan menjadi agak pekat
Rasakan garamnya, tambah garam kalau perlu
Sedia dihidangkan bersama nasi putih
Tip kami :
Kalau tak mau letak serbuk kari pun takpa tetap juga sedap rasanya
Boleh gantikan santan dengan susu cair
Boleh tambahkan kentang dan cili hijau
No comments:
Post a Comment