Acar ikan tongkol
Menu yang kami masak kalau tak berselera nak makan
Tak perlu lain dah, sayur semua dah ada kat dalamnya
Kalau nak pedas boleh ambik cilipadi sebatang dua
Bawang putih dan bawang merah tu pun sedap dimakan dengan nasi panas
Apatah lagi kalau nasi beras wangi
Tak sedar asyik dok senduk nasi tambah kepinggan
Dulu- dulu kami suka buat acar ikan guna ikan pelaling
Selalunya guna ikan goreng lebihan dari menu makan malam
Dulu kat rumah kami mana ada petiais nak simpan lauk lebih
Kekadang kami buat nasi goreng guna ikan lebihan tu kalau setakat sekor dua
Kalau lebih banyak baru buat acar atau masak cuka
Walaupun setakat menu dari lebihan
Tapi kami gemar sungguh la menu ni
Sekarang dah berjangkit pula kat En. Suami
Dah jadi menu kegemarannya sekarang ni
Apapun tanpa perlu berceloteh panjang
Kami titipkan resepinya disini...
Boleh cuba kalau suka...
ACAR IKAN
Resepi : Aniza Saidin (Aniza little kitchen)
Bahan A
Direndam 30 minit dengan air kapur
8 biji bawang merah kecil - dibelah 2
5 ulas bawang putih - dibelah 2
4 inci halia - dihiris memanjang
20 biji cilipadi hijau
1/2 batang timun- dibuang empulur dan dipotong memanjang
1/2 batang karot- dipotong memanjang
Bahan B
Digaul bersama dan goreng
3 keping ikan isi seperti tongkol, tenggiri atau merah
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam
Bahan C
Ditumis bersama
3 biji bawang merah - dihiris
3 biji bawang putih - dihiris
1 inci halia - dihiris memanjang
2 sudu teh rempah campur
Bahan D
2 sudu besar cili kisar
1 cawan cuka makan
2 sudu besar gula pasir - boleh tambah kalau kurang
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Basuh Bahan A dan toskan
Rebus Bahan A dengan 1 cawan cuka anggaran 5 minit dan ketepikan sebentar
Dengan menggunakan minyak lebihan goreng ikan tadi dan tumiskan Bahan C hingga wangi
Masukkan cili kisar dan masak hingga terbit minyak, tambah sedikit air kalau perlu
Setelah itu masukkan ikan goreng dan Bahan A yang telah direbus bersama - sama cuka sekali
Perasakan garamnya dan gula ,imbangkan rasa masin, manis dan masamnya
Sedia dihidangkan bersama nasi panas
No comments:
Post a Comment