Friday, 4 November 2016

KETAM MASAK TIGA RASA









   Ketam masak tiga rasa





Masa balik kekampung kami hari tu
Pergi jalan-jalan di Pekan Sehari hari Ahad
Ada seorang Pak Cik menjual ikan dan makanan laut 
Katanya dari Rompin
Nampak sangat segar semua ikan, ketam , udang dan sotong yang dijualnya 
Kami beli sedikit ikan, sotong dan ketam 
Balik rumah tanyakan anak buah kesayangan sorang ni
Umurnya baru 10 tahun tapi dah pandai memilih menu untuk dimasak
Dia juga sangat rajin dan pandai didapur
Katanya teringin nak makan ketam tiga rasa
Baiklah lutfi nanti Ibu masakkan untuk anak yer
Anak-anak buah kami memang panggei kami Ibu sama macam anak-anak kami 
Begitu juga anak-anak kami panggei semua mak dan bapa saudara yang lain
Jadinya...
Hari tu kamipun masaklah ketam tiga rasa ni
Alhamdulillah semua nampak berselera menjamahnya
Dengan itu ...
Kami titipkan resepinya disini...
Boleh cuba kalau suka...







   Secukup rasa, masam, manis ....hhmmmm






KETAM MASAK TIGA RASA
Resepi : Aniza Saidin (Aniza little kitchen)

Bahan A
Digaul bersama
2 ekor ketam - dibersihkan dan dibuang cenkerang 
1/2 sudu teh garam 
1/2 sudu teh lada sulah

Bahan B
Bahan tumisan
1 labu bawang besar - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
1 inci halia - dihiris
4 biji cilipadi - dihiris

Bahan C
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato 
2 sudu besar minyak untuk menumis

Bahan D
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air kalau perlu
Daun ketumbar - kalau suka


Panaskan periuk kukusan dan kukus sekejap ketam yang sudah diperapkan tadi
Kukus hingga ketam masak sepenuhnya. Kulit ketam boleh di kukuskan bersama untuk dijadikan hiasan semasa menghidang
Didalam kuali panaskan minyak. Tumiskan Bahan B hingga layu sahaja tak perlu hingga garing
Masukkan cili kisar, masak sebentar hingga agak garing barulah dimasukkan sos yang lainnnya 
Tambahkan air kalau perlu. Masak hingga sos mendidih dan agak kering
Masukkan ketam yang siap dikukus tadi bersama airnya kalau ada 
Kacau rata dan tambahkan garam dan gula
Kuahnya mesti cukup rasa masin, manis dan sedikit masam
Masukkan daun ketumbar kalau suka
Tutup api dan sedia dihidangkan











No comments:

Post a Comment