Wednesday, 23 November 2016

NASI DAGANG TERANGGANU, GULAI IKAN TONGKOL DAN IKAN PERCIK









   Nasi dagang Terangganu, gulai ikan tongkol dan ikan percik





Nasi dagang yang menjadi kegemaran kami 
Bukan semua rakyat jelata didalam rumah kami menyukainya
Kata anak soleh Nayib Ali, tak suka pada bau dan rasa halba
Tapi anak soleh boleh terima pulak halba yang dimasukkan dalam kari 
Kami lebih menggemari nasi dagang Terangganu berbanding Kelantan
Mungkin sebab ada pulut didalamnya....
Sebab kamikan peminat pulut nombor satu 
Tapi kalau dihidangkan nasi dagang Kelantan , kami tak akan menolak
Pertama kali merasa nasi dagang Terangganu semasa berumur 12 tahun
Dimasak oleh aruah Mak Angkat kami Mak Cik Mek... Al fatihah
Mak Cik Mek orang kelantan tetapi suka masak Nasi dagang Terangganu 
Di kawankan dengan gulai ikan kembung
Nasi dagang dan gulai yang paling sedap kami pernah rasa setakat ni...
Kami cuba ceduk sedikit ilmu dengan Mak Cik Mek 
Tapi tak dapat nak praktiskan dirumah
Ye lah kan...kami baru berumur 12 tahun masa tu dan ada dua orang lagi kakak 
Peluang berekperimen didapur memang kurang sangat la
Lagipun masa tu kehidupan kami agak susah
Mana Mak nak kasi kami mencuba macam-macam
Risau karang tak jadi kan membazir bahan makanan


Bila berkahwin barulah kami berpeluang mencuba semua menu kegemaran kami
Antaranya Nasi dagang Terangganu ni
Alhamdulillah kami dijodohkan Allah dengan seorang suami yang sangat tak creeper tentang makanan
Lagilah mudah kami mencuba segala menu dan resepi kesukaan
Setelah mencuba beberapa kali, kami suka dengan resepi yang satu ni
Lebih kurang sama rasanya dengan Nasi dagang Mak Cik Mek 
Bersama ini kami titipkan resepinya...
Boleh cuba kalau suka....







   Nasi Dagang kegemaran kami 





NASI DAGANG TERANGGANU
Sumber : Norfanil.com
Resepi  : Aniza Saidin ( Aniza little kitchen )

BAHAN UNTUK NASI
Bahan A
Direndam semalamam atau sekurang - kurangnya 4 jam
4 cawan beras Jati
1 cawan beras pulut

Bahan B
Campurkan semua dan gaul rata
3 cawan santan cair 
2 ulas bawang merah - dihiris nipis
1 inci halia - dihiris batang mancis 
1 sudu teh biji halba
Sedikit gula dan garam

Bahan C
1 cawan santan pekat


Toskan dan tapiskan Bahan A, masukkan kedalam kukusan dan kukus Bahan A  selama 20 minit 
Angkat dan masukkan semua nasi ke dalam besen yang agak besar dan gaulkan dengan separuh Bahan B, biarkan seketika hingga semua santan meresap kedalam nasi 
Proses ini mesti dilakukan semasa nasi masih panas
Gaulkan lagi bersama semua santan cair. Biar  seketika dan masukkan semula nasi kedalam kukusan
Kukus lagi selama 20 minit, angkat nasi untuk kali kedua dan gaulkan dengan santan pekat hingga rata. 
Tak perlu habiskan jika nasi nampak sudah elok lembutnya.
Sedia dihidangkan bersama gulai ikan dan telur serta acar campur



UNTUK GULAI IKAN TERANGGANU
Resepi : Aniza Saidin (Aniza little kitchen)

Bahan A
Direbus bersama dengan sedikit air
1 kilo ikan tongkol hitam 
4 keping asam gelugur 
Sedikit garam dan gula

Bahan B
100 gram daging - dipotong dadu
1 1/2 liter santan

Bahan C
Dikisar bersama 
2 hiris lengkuas 
1 hiris halia
1 biji bawang besar 
3 ulas bawang putih 

Bahan D
1 sudu serbuk ketumbar
1/2 sudu serbuk jintan manis
1/2 sudu serbuk  jintan putihA
3 sudu cili kisar
1 paket rempah gulai cap Bunga Ros -15 gram 
1 batang kulit kayu manis
1 sudu besar kerisik
1/2 buku kecil gula melaka.
Sedikit Belacan

Bahan E
5 biji telur ayam - direbus dan dikopek
10 biji cili padi
sedikit garam


Masak Bahan B hingga terbit minyak.
Masukkan Bahan C dan Bahan D dan renihkan dengan api perlahan hingga mendidih agak lama
Masukkan Bahan A beserta air rebusan. Keluarkan asam keping dari rebusan untuk mengelakkan kuah gulai menjadi masam . Masukkan juga telur ayam yang telah di kelar terlebih dahulu
Masak hingga kuah agak pekat ikut kesukaan 
Masukkan cili padi dan juga garam secukup rasa
Sedia dihidangkan bersama nasi dan acar campur


ACAR CAMPUR
1 batang karot - dihiris memanjang
1 batang timun - dihiris memanjang
1 biji tomato - dihiris serong dan nipis
1 labu bawang besar - dihiris halus
1 biji cili merah - dihiris serong
1 tangkai daun ketumbar - dipotong kasar
1 sudu besar gula
1 sudu besar cuka
1 sudu teh garam

Gaul semuanya dan rasakan masam, manis dan masinnya






     Ikan percik yang sangat sedap dan wangi


IKAN PERCIK TERANGGANU
Resepi : Aniza Saidin (Aniza little kitchen)

Bahan A
Digaul rata dan dibiarkan sebentar
3 ekor ikan Ikut kesukaan - dikelar sedikit
Sedikit garam dan kunyit
3 batang lidi sate

Bahan B
1 cawan santan pekat - dari 1/2 biji kelapa 

Bahan C
Dikisar bersama
10 biji cili kering - dipotong dan direndam air panas
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 batang serai - dihiris halus
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
4 sudu besar bawang goreng

Bahan D
1 sudu besar tepung beras
1 keping asam gelugur
Garam dan gula secukup rasa

Masukkan Bahan B kedalam periuk atau kuali dan biarkan hingga pecah minyak
Kacau sekali -sekala. Masukkan pula Bahan C dan masak lagi hingga agak pekat.
Akhir sekali tambahkan Bahan D, dan masak hingga mendidih
Kuah ikan percik mesti mempunyai rasa yang sedikit manis
Cucukkan tengah ikan dengan lidi untuk mengelakkan ikan patah semasa proses membakar nanti. Bakar Bahan A ikut kesukaan. Lebih sedap kalau menggunakan arang
Bakar hingga separuh masak dan lumurkan dengan kuah yang telah disediakan tadi
Simpan sedikit kuah untuk digunakan semasa menghidang nanti.
Bakar semula sebentar saja. Hidangkan ikan percik dengan mengeluarkan lidi dari ikan dan 
curahkan kuah keatas ikan tadi. 
Boleh dimakan dengan nasi putih atau Nasi Kerabu dan Nasi Dagang 



Tip kami :
Kukus lagi sekali nasi untuk nasi tahan lebih lama, tapi kalau terus dihidangkan lebih sedap tidak dikukus
Perah santan dengan air masak untuk santan arungan nasi kali kedua
Masukkan daging semasa merebus santan untuk gulai merupakan petua dari tukang masak istana untuk mendapatkan rasa gulai yang sedap


Alhamdulillah 










Thursday, 10 November 2016

CREPES BY ALTON BROWN DAN SARAPAN PINGGAN BESAR










   Crepes by Alton Brown












   Hidangan untuk En.Suami







CREPES BY ALTON BROWN
Resepi : Aniza Saidin (Aniza little kitchen)

2 biji telur gred A
3/4 cawan susu segar
1/2 cawan air
1 cawan tepung gandum
3 sudu besar mentega dicairkan
Mentega untuk melengser kuali

Masukkan semua bahan kedalam pengisar dan kisar selama 10 saat
Simpankan adunan didalam peti sejuk selama 1 jam
Panaskan non-stick pan dan sapukan mentega
Masukkan adunan dan gelekkkan supaya adunan sekata
Masak lebih kurang 30 saat dan terbalikkan, masakkan lagi selama 10 saat
Angkat dan letakkan di atas papan pemotong dan biarkan sejuk
Boleh dimakan bersama coklat atau madu dan buah-buahan pilihan



Tip kami:
Crepes yang sudah di sejukkan boleh disusun didalam plastik dan disimpan selama beberapa hari di bahagian bawah peti sejuk dan selama 2 bulan di bahagian sejuk beku
Cairkan crepes yang dibekukan sebelum di leraikan perlahan-lahan

Untuk membuat crepes manis campurkan 2 1/2 sudu besar gula dan 1 sudu teh Essen vanila 
Untuk savory crepes campurkan 1/4 sudu teh garam, 1/4 cawan rempah pilihan yang disukai, bayam atau tomato didalam adunan 






   Indahnya pagi hari dapat menikmati crepes dan secawan kopi 







   Hidangan untuk anak soleh





 
    Mewah dengan limpahan white chocolate dan dark chocolate 







    Untuk anak soleh peminat tegar marshmallows 










ONDEH -ONDEH OGURA CAKE ( OGURA KEK PANDAN GULA MELAKA ) DAN SARAPAN PINGGAN BESAR










 
   Croissants tuna sandwich, ogura cake, pisang dan chip








   Pisang yang di drizzle dengan cokelat cair 






    Gula Melaka Ogura kek yang sangat sedap





ONDEH -ONDEH OGURA CAKE ( OGURA KEK PANDAN  GULA MELAKA )
Sumber : Puan Roha Hassan
Resepi : Aniza Saidin (Aniza little kitchen)

Bahan A
5 biji kuning telur - gred A
1 biji telur - gred A
1/4 sudu teh garam
40 gram minyak canola / minyak jagung 
90 gram santan - 40 gram santan Kara + 50 gram air
90 gram tepung gandum

Bahan B
5 biji putih telur 
1/4 sudu teh cream of tartar
100 gram gula kastor

Bahan C
50 gram gula melaka- dicincang halus
1 sudu besar air panas
1 sudu kecil pandan emulco 

Panaskan oven pada suhu 150C selama 15 atau 20 minit 
Sediakan loyang berukuran 8" dan alaskan dengan kertas kek
Campurkan gula melaka dan air panas dan kacau hingga melarut sepenuhnya
Putarkan putih telur hingga berbuih, masukkan cream of tartar dan gula castor
Pukul lagi hingga soft peak dan menjadi meringue 
Didalam bekas mixer yang berlainan masukkan semua Bahan A kecuali tepung gandum
Dengan speed yang tinggi pukul hingga kembang dan ringan anggaran 5 minit
Perlahankan mixer dan masukkan tepung sedikit demi sedikit
Kacau hingga sebati dan tutup mixer
Ambil 1/3 adunan meringue dan masukkan kedalam adunan tepung tadi 
Dengan menggunakan senduk kayu atau spatula kaup balikkan adunan meringue kedalam adunan tepung tadi hingga sebati. Masukkan semua meringue dan lakukan proses yang sama 
Bahagikan adunan kepada 2 dan masukkan satu bahagian dengan sirap gula melaka dan separuh adunan  lagi dengan pandan emulco 
Kacau rata hingga sebati 
Masukkan kedalam loyang 4 sudu besar adunan emulco, letakkan ditengah-tengah loyang
Letakkan diatasnya 3 sudu besar adunan gula melaka, lakukan proses ini hingga habis semuanya
Lorekkan permukaannya dengan menggunakan lidi sate
Bakar selama 70 minit dengan menggunakan kaedah water bath
Bila dah masak terus keluarkan dari oven dan terbalikkan diatas kertas minyak untuk mengelakkan permukaannya rosak, terbalikkan kek dan sejukkan  diatas redai kuih







   Pinggan untuk anak soleh ada marshmallow 






   Menceriakan hati anak-anak di pagi hari






    Alhamdulilah....anak-anak ceria kami pun gembira








Tuesday, 8 November 2016

SCRAMBLED EGGS DAN SARAPAN PINGGAN BESAR










   Roti bakar bercheese, scrambled egg, sausage, salad dan buah tembikai








  Creamy scrambled egg cara kami...






CREAMY SCRAMBLED EGG
Resepi : Aniza Saidin (Aniza little kitchen)

Bahan- bahan
3 biji telur
1/2 cawan susu fresh
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar mentega atau minyak zaitun

Pecahkan telur kedalam mangkuk dan campurkan dengan susu, lada sulah dan garam
Pukul telur hingga berbuih dan kembang 
Panaskan non stick pan, masukkan mentega atau minyak zaitun
Biarkan hingga mentega mencair barulah masukkan adunan telur
Biarkan telur sedikit mengeras dan kacau perlahan-lahan 
Biarkan hingga semua telur agak mengeras tutup api dengan segera
Scramble egg lebih sedap bila sedikit lembut dan basah-basah
Sedia dihidangkan bersama roti bakar atau dimakan begitu saja








   Set sarapan yang lengkap










HOLLANDAISE SAUCE DAN SARAPAN PINGGAN BESAR








 
   Poaches egg dan Hollandaise sauce, salad tomato , tembikai dan jagung kukus







   Bagi peminat poaches egg, ini memang kombinasi yang sangat ngamm





 

HOLLANDAISE SAUCE
Resepi : Aniza Saidin ( Aniza little kitchen )

Bahan -bahan 
3 biji kuning telur
1 sudu besar jus lemon
1/2 sudu kecil garam
1/8 sudu kecil serbuk cayenne - kalau suka
10 sudu besar mentega tanpa garam - kalau menggunakan mentega bergaram tak perlu letak garam


Cairkan mentega didalam periuk yang kecil dengan api perlahan
Jangan sampai mentega mendidih, ketepikan sebentar
Didalam blender masukkan kuning telur, jus lemon , garam dan serbuk cayenne
Kisarkan bahan diatas dengan speed yang tinggi hingga bertukar ke warna yang lebih pudar, anggaran 20 hingga 30 saat
Proses mengisar akan memberi sedikit udara pada adunan dan akan meringankan sedikit sos
Perlahankan blender dan masukkan mentega yang dicairkan perlahan-lahan 
Kisar hingga sebati. 
Rasakan garam dan masamnya, boleh tambah garam atau jus lemon kalau perlu
Kalau ingin sos yang sedikit cair boleh tambahkan sedikit air suam
Letakkan ditempat panas seperti diatas tungku dapur dan gunakan dalam masa sejam 








   Menu yang menyegarkan di pagi hari








   Sarapan pinggan besar untuk En.Suami









POACHES EGG DAN SARAPAN PINGGAN BESAR (BIG PLATE BREKFAST)










    Roti bakar, poaches egg, sausage , kentang bakar dan salad buah tembikai 







  Poaches egg kami guna cara yang letakkan sedikit cuka makan didalam air rebusan dan kacau 
  air panas hingga menjadi pusar dan masukkan telur yang dipecahkan dalam mangkuk kecil







   Kentang kami rebus separuh masak, toskan renjiskan sedikit minyak zaitun, taburkan parsley
   dan lada hitam serta sedikit garam







    Salad tembikai kami cuma letakkan sos thousand island, Alhamdulillah sepinggan yang 
     menceriakan pagi En.Suami kami.









OMMELETTE DAN BIG PLATE BREAKFAST ( KOLEKSI SARAPAN PINGGAN BESAR)








 
   Roti bakar, omelette, sausage dan kacang panggang







Kacang panggang ditumis bersama sedikit bawang








   Omelette kami letakkan sedikit capsicum, bawang dan tomato dicincang. Perasanya sedikit 
    susu cair , lada sulah dan garam