Wednesday, 21 January 2015

LASAGNA UMAR RAFIE







Rindu pada anak soleh Umar Rafie
Sebenarnya rindu sangat pada semua anak soleh dan solehah empat orang tu
Dah dekat dua bulan Umar Rafie bersama ibu dirumah
Setelah tujuh tahun berjauhan...
Sekarang dua minggu Umar Rafie sibuk di kem
Terasa sunyi pulak ibu
Ibu kena ajar diri sendiri...rindukan Umar
Sebab lagi tiga minggu Umar nak terbang jauh
Nak tinggalkan keluarga dan negara tercinta
Ibu redha...seredha redhanya...
Resepi lasagna ni ibu tuliskan khas untuk Anak Soleh Umar Rafie
Kalau teringin nanti Umar boleh masak sendiri
Sebab ibu tiada disana untuk sediakan buat Umar
Tapi ibu tahu Umar memang pandai masak
Cuma Umar tak berpeluang nak mencuba dirumah
Sebab dapur tu...Ibu yang punya
Ibu titipkan resepinya disini
Boleh cuba kalau suka.....



LASAGNA DAGING




Italiana lasagna

Bahan untuk pasta

Bahan A
2 cawan tepung gandum
3 biji telur

Bahan B
1 sudu kecil minyak zaitun
1 sudu kecil garam
Air untuk merebus pasta

Campurkan semua bahan A dan uli sekejap hingga menjadi doh dan tak melekat ditangan
Rehatkan selama 15 minit
Gelekkkan dengan menggunakan mesin mee hingga nipis mengikut saiz bekas lasagna yang hendak dimasak nanti
Panaskan bahan B hingga mendidih
Rebus pasta sekejap hingga lembut


Bahan untuk sos daging/merah

Bahan A
2 sudu besar minyak zaitun
2 labu bawang holland
3 ulas bawang putih

Bahan B
300 gram daging kisar
2 helai daun bay
1/4 sudu teh serbuk oregano
1/4 sudu teh serbuk thyme
1/2 sudu teh serbuk teh lada putih

Bahan C
I batang saleri - dihiris halus
5 kuntum cendawan shiratake -dihiris halus

Bahan D
2 biji tomato- rendam air panas, buang kulit dan biji, cincang halus
1/2 cawan tomato purée

Bahan E
1 3/4 cawan air
2 kiub pati daging lembu
Atau
1 3/4 cawan stok daging lembu
Garam secukup rasa

Tumiskan bahan A hingga layu dan wangi
Masukkan bahan B, biarkan hingga daging bertukar warna coklat dan agak kering
Masukkan bahan C, kacau sebati
Masukkan pula bahan D
Akhir sekali masukkan bahan E
Biarkan hingga mendidih

Bahan untuk Bechemal sos/sos putih

Bahan A
4 sudu besar butter
5 sudu besar tepung gandum

Bahan B
1 1/2 cawan susu segar
1 sudu teh serbuk lada putih
Garam secukup rasa

Panaskan butter hingga cair
Masukkan tepung, kacau hingga tepung kekuningan dan tak melekat di periuk
Masukkan bahan B, kacau segera supaya tak berbintil
Masak hingga sos pekat dan tutup api

Bahan untuk taburan
80 gram parmesan cheese


Cara untuk melapis lasagna

Gunakan bekas keserol yang tahan panas atau bekas aluminium yang boleh didapati di kedai barangan kuih
Letakkan lapisan pasta menutupi dasar bekas, diikuti sos daging dan akhir sekali sos bechamel
Ulangi proses hingga habis semua bahan
Sepatutnya diatas sekali adalah sos bechamel
Taburkan parmesan cheese
Bakar pada suhu 180C selama 30 minit


BUAT LEBIH UNTUK BEKALAN BALIK HOSTEL



Tip ibu:
Boleh letakkan carot juga kedalam sos merah
Boleh letakkan cendawan dalam tin menggantikan shiratake
Boleh guna semua buah tomato menggantikan tomato purée
Boleh gunakan dada ayam yang dikisar menggantikan daging
Boleh tambah bahan tabur dengan cheddar dan parmesan



SEDAP LA WALAWEIII
Cadangan hidangan:
Hidangkan ketika masih panas
Sesuai untuk makan malam
Tambahkan salad untuk hidangan sampingan












FLUFFY PANCAKE SARA HANUM





Dulu masa anak - anak masih kecil...
Pancake atau lempeng merupakan menu sarapan kegemaran mereka
Terutama anak solehah sorang ni...Sara Hanum
Sekarang mereka dah besar
Masih juga pancake yang mereka suka
Kalau sarapan ni...
Kena buat banyakkkkk
Setakat sepuluh keping memang tak cukup
Hidangkan panas -panas
Untuk ibu dan ayah cukup dengan mentega dan madu
Anak - anak suka makan bersama coklat sos atau mentega kacang
Kalau ibu terlebih rajin buat strawberry compote
Kalau malas makan dengan jem strawberry pun sedap juga
Kali ni anak solehah masakkan untuk ibu pancake ni
Bangga sangat ibu tau...
Anak dara dah pandai masuk dapur
Kalau ibu tinggalkan dengan adik- adik
Taklah adik kelaparan nanti
Terima kasih kakak Sara Hanum ...
Buatkan ibu pancake yang amatlah sedap ni..
Ibu letakkan resepinya..
Boleh cuba kalau suka...



FLUFFY PANCAKE



Pancake Fluffy

Bahan A
Campurkan dan biarkan 10 minit
1 cawan susu segar
1 sudu besar cuka makan atau jus lemon

Bahan B
I biji telur
2 sudu besar gula

Bahan C
Diayak bersama
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat

Bahan D
2 sudu besar butter dicairkan
1 sudu teh Vanila essen

Campurkan bahan A dan rehatkan selama 10 minit
Campurkan bahan B, kacau rata dan sebati
Masukkan pula bahan C dan bahan D, kacau sebati
Sediakan non stick pan dan letakkan sesenduk kecil adunan tanpa perlu diletakkan minyak atau butter. Sedia dihidangkan sewaktu masih panas





SEDAP SANGAT STRAWBERRY COMPOTE DAN CHOCOLATE SAUCE





SARA HANUM BUATKAN JUGA VANILA TEA UNTUK IBU




Tip akak:
Boleh dicampurkan chocolate chip didalam adunan untuk mendapatkan pancake chocolate
Semasa memasak boleh diletakkan hirisan pisang diatas pancake untuk menjadikan banana pancake
Boleh juga di taburkan kekacang yang sudah siap dipanggang




TERIMA KASIH ANAK SOLEHAH SARA HANUM



Cadangan hidangan:
Boleh dimakan begitu saja bersama butter
Sedap juga  di sajikan bersama madu
Boleh juga dihidangkan bersama buah- buahan segar
Enak juga di sajikan bersama maple syrup

BRUCHETTA TUNA AYAH





Kadangkala walaupun baru lepas mengambil makanan berat, mulut tetap teringin nak mengunyah lagi
Apatah lagi kalau tidur lewat malam
Perkara biasa bagi ibu menemankan En.Suami siapkan kerjanya
Kesian pulak kat En. Suami yang tentu lapar juga
Ibu masakkan Bruchetta Tuna
Tapi bukan origional resepi ni tau
Ibu dah ubahsuai ikut keperluan dan selera sendiri
Amat sesuai dijadikan pembuka selera atau appetizer ...
Ataupun sebagai snek dan kudapan





BRUCHETTA TUNA







Nak lebih sihat tak perlu letak cheese bagai
Cuma renjiskan dengan minyak zaitun extra daranya...
Pernah ibu dan En.Suami makan bruchetta yang paling sedap
Kat Avani Gold Coast Sepang...
Buatkan ibu teringat- teringat, siap jumpa chef lagi
Tapi tak berani nak minta resepi
Cuma  ucapkan terima kasih sebab buatkan kami bruchetta yang sedap...
Ibu memang gemar memuji chef atau tuanpunya restoran kalau dapat makanan sedap
Yang sesuai tekak dan selera
Nak kasi semangat sikit dan menceriakan hari diaorang ...
Ok... Nak berhenti membebel dulu
Takut lari tajuk nanti karangan ibu ni...
Ibu letakkan resepinya
Boleh cuba kalau suka....


SESUAI DIMAKAN SEBAGAI SARAPAN ATAU SNEK



Bruchetta Tuna 
Resepi : Aniza Little Kitchen

Bahan A
3 biji tomato
Air untuk merebus

Bahan B
1 batang roti perancis atau
1/4 cawan minyak zaitun

Bahan C
1 tin tuna
4 ulas bawang putih - dicincang
3 sudu besar basil dicincang
4 ulas bawang putih di cincang
1/2 sudu teh garam
1/4 sudu teh lada hitam
3 biji buah zaitun dicincang kalau suka

Bahan D
2 sudu besar parmesan cheese di parut
2 sudu besar cheddar cheese di parut

Masak air panas hingga mendidih, masukkan tomato sekejap
Keluarkan tomato dan terus rendamkan kedalam air sejuk
Kopekkan kulit tomato buangkan biji dan dipotong kiub
Potong roti ikut kesesuaian dan sapukan dengan minyak zaitun
Bakar sekejap hingga agak garing
Campurkan semua bahan C dengan lebihan minyak zaitun dari bahan B
Kalau menggunakan tuna in water..toskan airnya
Perapkan didalam freeze anggaran 30 minit
Letakkan campuran tadi diatas roti yang dibakar
Taburkan cheese
Bakar sekejap dgn api atas sekadar unt mencairkan cheese
Ataupun
Campurkan semua bahan dan perapkan sekejap untuk sebatikan rasanya
Boleh dihidangkan terus tanpa dibakar...



TERAMATLAH ENAKNYA



Tip ibu:
Boleh dijadikan menu sarapan pagi
Gunakan tomato dalam tin pun sedap
Bakar roti atas non stick pan untuk memudahkan kerja
Untuk menu yang lebih sihat, tak perlu letak tuna dan cheese
Renjiskan sedikit minyak zaitun setelah diletakkan bahan campuran diatas roti
Gunakan whole meal bread untuk rasa yang berlainan

Cadangan hidangan:
Hidangkan bersama semangkuk salad
Ataupun enak juga bersama semangkuk sup berkrim
Hidangkan segera selepas di siapkan

TART APPLE NAYIB ALI






Apabila memasak ni
Teringat kat anak soleh Nayib Ali...
Dari kecik hingga dah besar
Suka benar dengan apple pie...



APPLE TART



Tak kira versi apple pie, apple tart ataupun apple pie goreng
Yang dekat McDonald tu pun dia suka...
Itu sebelum kami pakat-pakat boikot McD...
Anak-anak soleh dan solehah yang lain pun gemar juga..
Setakat buat 15 biji memang tak cukup...
Yang comey- comey tu...mini apple pie
Ada banyak resepi yang ibu cuba
Semua ada keistimewaan tersendiri
Semua sedap belaka...
Tapi yang resepi ni En. Suami dan anak-anak kata
Paling best...paling sedap
Akak letakkan resepinya..
Boleh cuba kalau suka...



YANG BELUM DIMASAK




Apple Tart
resepi :Laura in the kitchen
Di olah : Aniza Little Kitchen

Untuk kulit
Bahan A
2 ½ cawan tepung gandum
¼ cawan gula castor
1 ½ sudu teh kulit Oren di parut
¼ sudu teh garam
1 sudu teh vanila essen atau ekstrak
1 ½ sudu teh Baking Powder

Bahan B
¾ cawan mentega sejuk tanpa garam dipotong kecil
¼ cawan shortening sejuk dipotong kecil

Bahan C
3 biji kuning telur
Beberapa sudu besar air sejuk

Masukkan semua bahan A dalam mangkuk dan adun hingga menjadi seperti serbuk roti
Campurkan bahan B hingga sebati dan biarkan ada sedikit- sedikit ketulan didalamnya
Tambahkan bahan C dengan mencampurkan telur terlebih dahulu
Tambahkan air sejuk sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut
Balutkan doh dengan plastik pembalut dan simpan dalam peti sejuk selama satu jam

Untuk Inti:

Campurkan semua bahan hingga sebati
3 biji epal hijau dikupas dan dihiris nipis
¼ cawan gula perang
2 1/2 sudu besar tepung gandum
Kulit lemon yang di parut dari sebiji buah lemon
2 sudu teh jus lemon
1 sudu teh serbuk kayu manis
1/8 sudu teh garam

Keluarkan adunan kulit dari peti sejuk dan uli sebentar untuk melembutkannya
Canaikan diatas papan pencanai yang di taburkan sedikit tepung
Canai anggaran 1/8 inci tebalnya
Letakkan didalam acuan tart yang sudah digris
Cucukkan dasar tart dengan menggunakan garpu di beberapa tempat
Susunkan buah epal mengikut kreativiti
Curahkan cecair yang berlebihan kedalam
Bakar dalam oven yang dipanaskan pada suhu 180C selama 30 minit
Biarkan sedikit sejuk sebelum dikeluarkan dari acuan


SUPER YUMMYY



Tip Ibu :
Resepi yang sama boleh digunakan untuk membuat apple pie
Boleh letakkan sedikit mentega sejuk diatas inti sebelum dibakar
Boleh juga di tambahkan adunan kulit pie dan digunakan untuk dijadikan penutup untuk pie ini
Boleh di tambahkan kismis didalam inti

Cadangan hidangan:
Hidangkan bersama aiskrim vanila
Boleh juga dihidangkan bersama sos caramel
Enak juga di sajikan bersama sos coklat



Tuesday, 20 January 2015

NASI MINYAK KUNIN BAPAK


Disebabkan ibu orang kedah asli...
Sarapan pagi atau nyorok kata orang kedah dengan nasi minyak perkara biasa
Tak perlu kenduri kahwin kut nak makan Nasi Minyak
Bapak ibu sangat pakar masak menu ni...
Mak tak dibenarkan masuk dapur kalau bapak  memasak
Tapi bahannya mak kena sediakan awal - awal
Tapikan ibu suka Nasi minyak warna kunin....
Bapak punya warna putih
Makan dengan gulai ayam kampung
Mak yang giling rempah gulai tu....
Letak kerisik dari kelapa tua tepi rumah
Gulai yang pekat likat...
Taraaa....tak tau nak habaq macammana lah....
Memang syok sangat menjamahnya...
Tapi kali ni ibu masakkan gulai udang..
Tak letak santan dan kerisik
Letak yogurt...pun sedaplah sangat
Pada tekak ibu lah...
En.Suami pun kata sedap..
Anak soleh Nayib Ali pun suka
Makan bertambah - tambah...
Ibu orang yang paling gembira...
Ibu letakkan resepinya disini...
Boleh cuba kalau suka...



NASI MINYAK KUNIN ABAH



Nasi Minyak Kuning Abah
Resepi : Aniza Little Kitchen

Bahan A
3 cawan beras

Bahan B
3 sudu besar minyak sapi
2 sudu  besar mentega/ margerine
I labu kecil bawang besar
2 labu bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci kulit kayu manis
I kelopak bunga lawang
4 kelopak bunga cengkih
4 biji buah pelaga
I sudu teh herba campur
I tangkai daun kari

Bahan C
3 1/2 cawan air
1/4 cawan susu cair
6 ketul gula batu
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh chicken stok kalau suka( xletak pun xpe)

Basuh bahan A dan toskan
Tumis bahan B hingga garing dan wangi
Masukkan bahan C, biarkan hingga mendidih
Bolehlah dialihkan ke rice cooker ataupun dimasak seperti biasa.
Masukkan bahan A, biarkan hingga nasi masak baru di kacau menggunakan garpu untuk mengelakkan nasi hancur.


NASI MINYAK DAN GENG


Tip Ibu
Kalau guna beras basmathi lebihkan airnya...contoh untuk 1 cawan beras basmathi airnya adalah 1 1/2 cawan.
Kegunaaan susu cair untuk melembutkan nasi dan gula batu untuk mengilatkan nasi.
Akak tumis terus didalam periuk nasi guna dapur gas, bila nasi dah mendidih baru akak alihkan kedalam tempat rice cooker dan teruskan proses memasak.
Walaupun nasi dah masak jangan dibuka tudungnya, biarkan anggaran 10 - 15 minit untuk mengelakkan nasi jelatah.

Cadangan hidangan:
Sedap dihidangkan bersama kari ayam atau daging
Sedap juga bersama masak kurma atau masak hitam daging atau ayam
Tambahkan juga jelatah atau acar dalam menu
Boleh juga dihidangkan bersama sambal tumis

MAKAN DENGAN GULAI UDANG PUN SEDAP


Ibu sertakan juga resepi gulai udang disini
boleh cuba kalau suka



GULAI UDANG BERYOGURT




Gulai Udang Yogurt
Resepi : Aniza Little Kitchen

Bahan A
250 gram udang sederhana besar
1 /2 sudu teh serbuk kunyit

Bahan B
3 sudu minyak untuk menumis
2 ulas bawang kecil / merah
2 ulas bawang putih
1 labu kecil bawang besar
I tangkai daun kari

Bahan C dikisar halus
I batang serai
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 labu kecil bawang besar
2 ulas bawang putih

Bahan D
2 sudu besar serbuk rempah kari ikan
1 sudu besar serbuk cili atau cili giling

Bahan E
1/4 cawan yogurt
1/4 cawan susu cair
2 cawan air

Gaulkan hingga sebati bahan A, ketepikan
Tumiskan bahan B hingga garing dan wangi, dimulakan dengan menumis bawang kecil dan bawang putih agak2 garing baru dimasukkan bawang besar.
Masukkan bahan C, kacau hingga agak garing
Masukkan bahan D, kacau selalu jangan sampai hangit
Masukkan sedikit air dan biarkan hingga rempah garing dan wangi
Masukkan bahan E, biarkan hingga mendidih, kuat kan api dan masukkan bahan A
Masak sekejap hingga mendidih untuk mengelakkan udang keras.
Kari udang ini sepatutnya pekat dan likat..

SELAMAT MEMASAK

IKAN SIAKAP KUKUS





Walaupun dilahirkan dikampung  nun di kedah
Yang senantiasa di sajikan dengan gulai dan sambal tumis tapi ibu juga suka masak ikan siakap kukus...
Ibu kurang gemar ikan siakap tapi En.Suami dan anak - anak ok jer
Ibu lebih gemar kerapu...bawal emas pun sedap juga
Ada berbagai versi ikan kukus yang ibu masak
Salah satunya yang ni lah
Kegemaran semua isi rumah
Hidangkan dengan nasi panas, taugeh goreng kicap atau bak choy...
Memang terangkatlah...
Makan menu tak perlu banyak lauk sampingan
Sesuai untuk para isteri dan ibu yang selalu tak terkejar masa
Ibu letakkan resepinya
Boleh cuba kalau suka...




IKAN SIAKAP KUKUS








































Ikan Siakap Kukus

Bahan A
I ekor ikan siakap ( dibersihkan dan direndam sekejap dengan limau nipis)
1/2 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada hitam atau putih

Bahan B
Dimayang halus
3 inci halia muda
3 ulas bawang putih

Bahan C
Dipotong kasar
2 batang daun bawang
3 biji cilipadi atau 1 biji cili besar
1 tangkai daun ketumbar - kalau suka

Bahan D
Digaul bersama
2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar jus lemon atau limau nipis
1 sudu teh kicap pekat
1 sudu teh sos ikan
1 sudu teh minyak bijan - kalau suka

Bahan E
Digoreng hingga wangi
2 sudu besar minyak masak
2 ulas bawang merah

Letakkan bahan A kedalam bekas yang tahan panas
Taburkan dengan bahan B dan C dan sumbat sedikit didalam perut ikan
Curahkan dengan bahan D dan E
Kukus dengan api sederhana selama 30 minit ataupun hingga ikan masak
Sedia untuk dihidangkan




ENAK SANGAT NI......




Tip ibu :
Hidangan panas
Boleh diletakkan serai dan daun limau purut untuk menjadikan ikan kukus laa thai
Tambahkan carrot yang dihiris halus untuk tambahan sayuran
Tambahkan juga cendawan kering yang direndam terlebih dahulu

Cadangan hidangan:
Hidangkan bersama nasi putih ataupun nasi goreng cina
Tambahkan sayur taugeh kicap
Hidangkan juga tauhu kukus
Tambahkan cili potong berkicap untuk yang suka pedas