Thursday, 26 May 2016

STUFFED POTATO ( KENTANG SUMBAT )









   Stuffed potato




Selalunya kami sediakan menu ni kalau buat ayam panggang atau steak
Sebagai menu tambahan untuk makanan utama 
Kalau ada anak solehah kat rumah barulah rajin sikit nak mengerjakan kentang tu
Masa mengeluarkan isinya memang kena hati-hati betul
Kalau tak kulitnya akan terkoyak 
Sama juga masa nak masukkan intinya
Tapi sebab anak-anak suka
Kami merajinkan diri juga untuk menyediakan Stuffed potato ni
Apapun kami titipkan resepinya disini...
Boleh cuba kalau suka...






Kebetulan ada cheddar dan Parmesan cheese je masa ni...



KENTANG SUMBAT ( STUFFED BAKED POTATO )
Resepi : Aniza Saidin ( Aniza little kitchen )

Bahan A
4 biji Kentang russet besar - diberus kulitnya
1/2 cawan air

Bahan B
2 sudu besar minyak zaitun
1/4 cawan daging kisar
1 sudu besar tepung jagung atau gandum
1 biji besar bawang holland - dicincan
2 ulas bawang putih - dicincang
5 biji cendawan shiratake - dihiris nipis
1 sudu teh serbuk lada hitam kasar
1/2 sudu teh oregano 
1/2 sudu teh basil - kalau suka
Garam secukup rasa

Bahan C
1/4 cawan susu cair
2 sudu besar mentega
2 sudu besar English parsley - dicincang
Sedikit garam - kalau perlu

Bahan D
Keju mozzarella, Parmesan dan cheddar

Susunkan kentang didalam pemanggang ajaib dan tambahkan air
Masak hingga kentang empuk
Kalau tiada pemanggang ajaib bolehlah dibakar menggunakan oven, tak perlu letak air

Sementara itu sediakan bahan intinya
Panaskan minyak dan tumiskan bawang holland serta bawang putih
Masukkan daging kisar dan cendawan, tambahkan semua rempah ratus 
Masak hingga daging agak kering dan ketepikan sebentar

Apabila kentang sudah empuk, potong sedikit bahagian atasnya
Dengan perlahan-lahan dan berhenti-hati keluarkan isi kentang dengan menggunakan sudu
Jangan sampai kulitnya teriyaki, kita akan gunakan semula kulit kentang untuk mengisi inti nanti
Lenyekkan kentang dengan mencampurkan Bahan C, campurkan juga Bahan B yang sudah siap dimasak tadi, kacau sebati
Masukkan inti kedalam kulit kentang tadi dan taburkan dengan cheese kesukaan 
Bakar didalam oven dengan menggunakan api atas sahaja pada suhu 180'C selama 15 minit ataupun hingga cheese mencair
Sedia dihidangkan panas





   Step by step 










Wednesday, 25 May 2016

PIE AYAM MINI





   Pie ayam 



Sesekali kami akan masak pie ayam ni
Kalau bukan untuk makan sendiri, kami suka bawa sebagai buahtangan ke majlis jamuan 
Senang dan mudah...tak payah nak potong-potong
Hidangkan jer terus sebiji camtu
Paling sedap kalau dihidangkan bersama sos lada hitam
Kalau malas nak buat sos lada hitam, makan dengan sos cili pun sedap
Kami suka makan camtu jer
Dah secukup rasa...tapi kena makan masa panaih-panaih
Cerita banyak pun tak guna....
Senang cerita....
Kami titipkan resepinya disini...
Boleh cuba kalau suka...





   Makan waktu masih panaih-panaih




PIE AYAM MINI
Di olah: aniza little kitchen

Bahan A ( Untuk pastry)
250 gram tepung gandum
100 gram mentega
1/2 sudu teh garam
3 sudu besar air sejuk ( tambah kalau perlu)

Bahan B ( Untuk inti )
2 sudu besar mentega - untuk ditumis
1 biji bawang holland - dicincang
2 cawan isi ayam- hiris nipis
5 biji cendawan shiratake- hiris nipis
1 biji kentang - dipotong dadu dan direbus
1/2 batang karot - dipotong dadu dan direbus
1 sudu teh lada hitam - ditumbuk
1/2 sudu teh basil
1 sudu besar tepung gandum
1/4 cawan sudu besar susu cair
Perasa ayam - kalau suka
Garam secukup rasa

Bahan C
1 biji kuning telur 
1 sudu teh susu cair

Campurkan mentega  tepung dan garam hingga rata
Tambahkan air sejuk sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut
Balut dengan plastik dan simpan anggaran 30 minit didalam peti sejuk

Sementara itu siapkan intinya
Panaskan mentega dan masukkan bawang holland, kacau hingga layu
Masukkan ayam, cendawan, lada hitam dan basil, kacau hingga ayam agak kering airnya
Masukkan tepung gandum dan kacau rata
Tambahkan susu dan kacau dengan cepat supaya kuah tidak bergentel
Tambahkan kentang dan karot
Tambahkan garam secukup rasa dan biarkan kuah agak pekat
Tutup api dan sejukkan sebentar
 
Sediakan acuan mini untuk pie 
Canaikan adunan pastry dengan melapikkan dengan lapisan plastik
Terap ikut saiz acuan, masukkan kedalam acuan dan cucukkan dasarnya sedikit dengan garpu
Masukkan inti dan tutup atasnya dengan sekeping lagi kulit pastry
Buatkan dua atau tiga lubang diatasnya dengan menggunakan hujung pisau 
Sapukan kuning telur yang sudah dicampurkan susu diatas pastry tadi
Bakar pada suhu 180'C selama 15 hingga 20 minit
Sedia dihidangkan panas





Yang di ataih tu pie apple yang sangat sedap jugak




Tip kami:
Jangan terlalu menguli doh untuk mengelakkan doh mengecutkan semasa membakar 
Boleh juga dijadikan sebiji pie yang besar
Lagi mudah kalau menggunakan pastry segera atau kulit pratha 










DAGING SALAI VS DAGING PEKASAM









   Daging pekasam



Semalam kami ke pasaraya menambahkan stok barang dapur
Ternampak daging sejuk beku yang agak cantik 
Kami beli anggaran 2 kilo sebab harganya pun ok
Lagipun macam- macam menu yang terlintas dalam kepala kami ni...
Awal pagi tadi kami keluarkan daging dari petiais sebab tak sempat nak proses 
Banyak ikan dan ayam yang perlu diberi perhatian semalam
Kami biarkan daging mencair anggaran satu jam
Lepas tu kami potong- potong ikut keperluan dan menu masakan
Penting untuk memotong daging semasa separa beku untuk mendapatkan bentuk dan ukuran yang diinginkan dan memudahkan proses memotong
Untuk daging salai kami hiriskan lebar dengan ketebalan 1/2 inci
Untuk menyediakan daging pekasam pulak
Kami hiriskan nipis daging selebar 2 inci
Untuk daging yang hendak dibuat rencah, kami cuma hiris nipis daging tu
Selepas tu kami jerangkan air hingga mendidih dan celurkan daging sebentar
Kami celur daging secara berasingan yer
Kata orang proses mengcelur ini perlu untuk menghilangkan  bau daging dan bahan pengawet pada daging sejuk beku
Proses ni memang orang kampung kami buat kalau masak daging sejuk beku pada masa majlis kenduri 
Toskan daging hingga agak kering airnya





    Daging salai



DAGING SALAI


Untuk menyediakan daging salai
Kami lumurkan dengan garam yang ditumbuk halus bersama kunyit hidup
Kami panaskan pemanggang ajaib dengan api yang kuat
Letakkan sedikit minyak dan masukkan daging
Bila bahagian daging agak kering terbalikkan
Biarkan kedua-dua bahagian daging garing baru perlahankan api dan panggang hingga daging masak dan kering
Sedia dimasak atau disimpan bila diperlukan






    Daging pekasam



Untuk menyediakan daging pekasam pulak
Selepas dibasuh, dihiris nipis dan ditoskan hingga kering
Kami susunkan daging didalam bekas dan taburkan garam dan renjiskan jus limau kasturi diatasnya
Lakukan proses yang sama hingga daging habis semuanya
Simpan di bahagian bawah peti ais semalamam 
Sedia dimasak mengikut menu kegemaran masing-masing
Daging pekasam sedap digoreng bersama bawang dan cili hijau
Sedap juga dimasak lemak cilipadi






  Stok daging salai, daging pekasam dan daging rencah



Ada lagi lebihan daging kami hiris nipis untuk stok sebagai rencah semasa memasak mee atau meehoon ataupun nasi goreng, masukkan dalam tuppaware kecik-kecik untuk sekali masak 
Memudahkan proses untuk mennyah beku nanti





   Daging pekasam yang siap digoreng bersama bawang dan cili...kemainlah sedapnya



Alhamdulillah dah selesai kerja kami hari ni
Dah siap stok daging salai, daging pekasam dan daging untuk rencah
Lepas ni mudah la sikit tugas memasak kami 
Kita kena jadi surirumah yang bijak merancang barulah semua kerja memasak didapur menjadi mudah dan cepat.


DAGING PEKASAM
Resepi : Aniza Saidin (Aniza little kitchen)

Bahan-Bahan
1 kilo daging 
15 biji limau kasturi ( boleh gantikan dengan limau nipis atau lemon)
2 sudu besar garam kasar

Bersihkan daging dalam ketulan besar dan hiris nipis
Labih mudah daging dipotong semasa masih separa beku kalau menggunakan daging sejuk beku. Toskan sekejap
Susunkan daging didalam bekas yang sesuai taburkan garam dan jus limau
Pastikan biji limau tak termasuk kedalam bekas daging kerana ia akan menyebabkan rasa pahit pada daging
Ulangi proses yang sama hingga habis kesemua daging
Tutup bekas kemas-kemas dan perapkan semalamam 
Boleh digoreng garing dan diletakkan bawang dan cili
Simpan didalam peti sejuk selepas 5 hari di jerukkan 
 







IKAN BELANAK MASAK LEMAK KUNIN





Jarang sangat nak jumpa ikan belanak sekarang ni...
Kegemaran bapak kami ni
Ikan belanak sangat berlemak dan amat lembut isinya
Kebetulan terjumpa dikedai runcit berdekatan rumah kami
Kamipun beli...teringin nak goreng garing tanpa dibuang sisik 
Bapak kami makan ikan belanak camni
Tapi risau anak dan En.Suami tak pandai pulak nak makan 
Kamipun buanglah sisiknya 
Kelar banyak-banyak biar rangup isinya
Teringin juga nak makan masak lemak kunin
Campur nenas...
Kemain lagi sedapnya
Makan dengan nasi panas berasap
Enaknya tak terkata...
Tambahan ada sambal belacan dan sedikit ulaman 
Ceritapun tak guna.... 
Kami titipkan resepinya disini...
Boleh cuba kalau suka...






  Lemak kuning ikan belanak bersama nenas




MASAK LEMAK KUNIN IKAN BELANAK BERSAMA NENAS
Resepi : Aniza Saidin ( Aniza Litt kitchen )

Bahan-bahan
5 ekor ikan belanak
2 biji bawang merah - dihiris halus
1 inci kunyit hidup - ditumbuk bersama garam
2 batang serai - diketuk
5 biji cili padi akar atau
2 biji cili hijau
1/4 biji nenas - dikopek dan dipotong kecil
1 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
1 keping asam gelugur
Garam secukup rasa

Masukkan santan cair kedalam periuk bersama bawang merah, kunyit dan serai
Kacau hingga mendidih dan masukkan ikan serta nenas
Masukkan juga asam gelugur
Biarkan hingga ikan masak masukkan santan pekat serta cili 
Kacau selalu hingga kuah mendidih,tambahkan garam kalau perlu
Sedia dihidangkan 






   Sedap juga digoreng garing









AYAM KAPITAN , LEMPENG BAWANG DAN ROTI JALA









   Ayam kapitan bersama kentang




Temankan En.Suami pi bank 

Bukan temankan dalam bank pun

Dok tunggu dalam kereta ja

Sebab selalunya bank yang En.Suami nak pergi susah nak dapat parking

Dah selesai bayar loan kereta di area ampang

Bertolak pulak ke melawati...

Bank untuk loan rumah disini

Dah selesai semuanya...

En.Suami ajak bersarapan..

Melilau satu melawati cari kedai yang sesuai

Sebab kami jarang sarapan diluar

Selalunya menu yang kami ambil selalu tak kena selera

Berhenti kat satu gerai ni...

Order roti canai biasa untuk kami dan roti canai telur untuk En.Suami

Bungkus dua biji juga untuk anak soleh Nayib Ali

En.Suami hantar kami balik rumah dan terus ke opis

Kami menyinggah di kedai runcit tepi rumah sebab barang mentah dan lauk pauk dah habis

Nampak ikan belanak besar-besar, beli 12 ekor

Beli juga ayam seekor, suruh potong 12, beli juga sedikit sayur dan ulaman...

Teringin nak buat masak lemak kuning ikan belanak, pastu nak goreng garing seekor dua..

Nak buat juga kerabu taugeh campur kacang botol dan sambal mangga muda..

Hhmmmm sedapnya...tak sabar rasanya nak tunggu makan tengahari

Sambil menyiang ikan teringat pulak kat anak soleh ni...

Tanyakan Nayib nak makan apa tengahari ni

Ikan atau ayam....Kari ayam pun ok jugak Ibu jawabnya 

Baru dua hari lepas masak kari...kami teringat dah lama tak masak ayam kapitan

Semua bahan pun ada didapur

Sedap dimakan bersama nasi dan enak juga dicicah roti atau lempeng

Alhamdulillah. ....

Berselera anak soleh makan tengahari tu...

Pagi esoknya kami buatkan roti jala dan lempeng

Pun sangatlah enaknya...

Kami titipkan resepinya disini...

Boleh cuba kalau suka...







   Enak juga dimakan bersama lempeng beradu kucai dan roti jala




AYAM KAPITAN

Resepi : Aniza Saidin ( Aniza little kitchen)


Bahan A

Di gaul bersama

1 kilo ayam -dipotong 12

2 sudu teh besar serbuk kunyit

1 sudu teh garam


Bahan B

Dikisar bersama

15 biji cili kering- direbus

3 biji cili merah

8 biji bawang merah

5 ulas bawang putih

1 labu bawang besar

1 inci lengkuas

1 inci halia 

1 inci kunyit hidup

3 batang serai

5 biji buah keras

1 sudu besar belacan

1 sudu besar tomato puree


Bahan C

1 cawan santan pekat

2 helai daun limau purut

Jus dari sebiji limau nipis

Garam dan gula secukup rasa

5 sudu minyak untuk menumis 


Bahan D

Daun ketumbar

Bawang goreng


Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar

Masak hingga garing dan wangi

Masukkan ayam dan kacau hingga kulit ayam agak garing 

Masukkan santan dan daun limau purut, perlahankan api dapur 

Biarkan kuah merenih anggaran 30 minit, tambah air kalau perlu 

Masukkan garam dan gula serta jus limau

Sedia dihidangkan dengan menaburkan sedikit daun ketumbar dan bawang goreng


Tip kami:

Boleh ditambahkan ubi kentang didalam masakan






Menu yang serasi bersama 




LEMPENG BAWANG
Resepi : Aniza Saidin ( Aniza little kitchen)

Bahan A
2 cawan  tepung gandum
1 biji telur
2 cawan  air
1/2 sudu kecil garam

2 sudu santan pekat atau susu cair - kalau suka

Bahan B
1 biji bawang besar - dicincang
2 tangkai daun kucai - dihiris

Satukan semua bahan A dan kacau sebati
Masukkan bahan B, kacau rata
Kalau suka lempeng yang nipis boleh ditambahkan sedikit lagi air
Panaskan non- stick pan dan letakkan anggaran sesenduk adunan
Golekkan non- stick pan untuk mendapatkan lempeng yang bulat dan cantik 
Biarkan lempeng agak garing dan merekah-reka ditepinya dan terbalikkan
Masak hingga kedua- dua bahagian agak garing
Sedia dihidangkan bersama kari atau sambal
Sesuai dihidangkan sewaktu masih panas






   Roti jala yang lembut dan sangat lemak 




ROTI JALA
Resepi : Aniza Saidin ( Aniza little kitchen)

2 cawan tepung gandum
2 cawan santan sederhana pekat
1 biji telur
1 sudu teh garam halus
1 sudu minyak masak
beberapa titik pewarna kuning


Masukkan semua bahan ke dalam blender dan blend hingga semua sebati.
Tapis adunan supaya tak bergentel, biarkan selama 15 minit
Panaskan non-stick atau kuali leper dengan api perlahan
Masukkan bancuhan tepung  kedalam acuan roti jala dan dengan segera kiraikan  adunan tadi diatas kuali. Biarkan hingga roti jala bertukar warna menunjukkan ianya sudah masak
Angkat dan gulung atau lipat  ikut citarasa  masing-masing
Sedia dihidangkan bersama kari ayam atau daging






Alhamdulillah sedap selera En.Suami dan anak soleh









AYAM KARAMEL







   Ayam karamel



Dulu kerap sungguh kami dok masak ayam karamel ni...
Masa anak-anak masih ramai dirumah
Resepi mudah dan senang
Cepat pulak tu nak siapkan
Yang paling penting anak-anak suka
Walaupun kerap dok buat ayam ni...
Tak jumpa pulak gambar yang elok sikit 
Mungkin masa tu kami malaih nak ambik gambaq
Ataupun tak sempat nak ambik...
Ayamnya sudah licin
Apapun untuk kenangan dan simpanan sendiri
Kami titipkan juga resepinya disini...
Boleh cuba kalau suka...






   Sedap diratah begitu saja....



AYAM CARAMEL
Resepi : Aniza Saidin ( Aniza little kitchen )


Bahan A
6 ketul paha ayam atau kepak
1 inci halia- ditumbuk lumat
3 ulas bawang putih- ditumbuk lumat
1 sudu teh lemon juice- tak letak pun tak pe
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh oregano- tak letak pun tak pe

Bahan B
4 sudu gula
1 cawan air

Bahan C
1 sudu sos tiram
1 sudu kicap manis
1 sudu sos cili
1 sudu minyak masak
 
Bahan D
2 sudu madu

Perapkan bahan A selama 1/2 jam
Masakkan gula didalam kuali dengan api perlahan hingga gula keperangan
Masukkan air dan biarkan hingga gula mencair
Masukkan bahan A dan bahan C
Rebus hingga kuahnya hampir kering dan berbuih-buih
Masukkan bahan D dan teruskan memasak hingga kuahnya hampir kering
Sedia dihidangkan..


Tip kami :
Boleh dipanggang ayam sebentar kalau suka rasa dan aroma ayam panggang












TAUHU LEMBUT KUKUS BERSAMA DAGING KISAR











  Tauhu lembut kukus bersama daging kisar




Kegemaran anak solehah kami ni...
Termasuk juga adik-adiknya 
Mereka gemar sangat segala bentuk tauhu 
Menurun selera ayahandanya kut....
Segala menu berasaskan tauhu, mereka tak menolak
Tauhu sumbat
Tauhu bakar 
Rojak tauhu
Tauhu anura 
Apa- apa sajalah
Kali ni kami masak tauhu lembut kukus 
Rencahnya daging kisar
Bersama ni kami titipkan resepinya....
Boleh cuba kalau suka....







   Sedap dihidangkan bersama nasi panas ataupun bubur Nasi 





TAUHU LEMBUT KUKUS BERSAMA DAGING KISAR

Resepi : Aniza Saidin ( Aniza little kitchen )



Bahan A

1 keping tauhu lembut


Bahan B

2 sudu besar minyak masak
2 ulas bawang putih - dicincang halus

1 inci halia- di hiris nipis

1/2 biji bawang holland- dicincang halus

1/2 sudu teh serbuk lada sulah


Bahan C

Digaulkan bersama

1/2 cawan daging kisar

1 sudu besar tepung jagung

1/2 sudu teh garam


Bahan D

Digaulkan bersama

2 camca besar sos tiram
2 camca teh kicap pekat
1/2 camca teh minyak bijan
1/4 cawan air


Bahan E

Daun sup dan daun bawang - dihiris halus


Letakkan tauhu diatas bekas tahan panas

Didalam kuali panaskan 2 sudu besar minyak

Tumiskan Bahan B hingga layu dan wangi

Masukkan Bahan C , kacau hingga daging agak kering

Masukkan Bahan D dan masakan hingga mendidih

Curahkan keatas tauhu dan kukus selama 5 hingga 10 minit

Hiaskan dengan Bahan E

Hidangkan panas








   Kali ni kami letakkan daun kucai dan cili padi





Tip kami:

Boleh dikukus dahulu tauhu kemudian barulah dicurahkan sos keatasnya